Masjid paling mewah atas muka bumi, dihiasi 7777 keping jubin emas tulen dan 100 tan berlian

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Tidak dapat dinafikan bahawa keindahan seni bina masjid yang unik dan luar biasa sentiasa menarik perhatian masyarakat dunia untuk mengunjunginya.

Contoh masjid dengan seni bina yang menakjubkan termasuk Masjidil Haram di Makkah, Masjid Sheikh Lotfollah di Iran

Masjid Nabawi di Madinah, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin di Brunei, dan Masjid Faisal di Pakistan, antara lain.

Namun, terdapat sebuah masjid yang dianggap mempunyai nilai yang sukar digambarkan dan merupakan destinasi wajib dikunjungi sekali seumur hidup, tidak kira agama.

Masjid tersebut adalah Masjid Ali di kota Najaf, Iraq, yang menonjol dengan keindahan luar biasanya dan membuatkan setiap pelawat terpesona, seolah-olah berada di dalam cerita dongeng.

Masjid paling mewah atas muka bumi, dihiasi 7777 keping jubin emas tulen dan 100 tan berlian

Dikategorikan sebagai masjid paling mewah di dunia, Masjid Ali memukau pengunjung dengan sinar gemerlapan berlian di setiap sudutnya. Kemewahan ini menggambarkan betapa hebatnya umat Islam dalam menghias tempat ibadat mereka sehingga kelihatan seperti berada di dalam syurga.

Masjid ini dihiasi dengan 100 tan berlian dan kristal pelbagai warna, termasuk merah, biru, dan kuning, yang dipasang secara manual dengan gabungan potongan cermin.

Dengan keluasan 5,627 meter persegi, Masjid Ali dibina dengan kos melebihi AS$40 bilion dan mengambil masa satu setengah tahun serta melibatkan 1,200 pekerja. Kubah emas masjid ini menggunakan 46 tan emas, menunjukkan kemegahannya.

Dinding masjid diperbuat daripada Greek Alabaster, batu putih yang padat dan memancar cahaya, sementara masjid ini disimbah dengan kilauan emas dan dilengkapi dengan 7,777 jubin emas tulen pada kubah dan dua menara emas setinggi 35 meter setiap satu, yang diperbuat daripada 40,000 jubin emas.

Di dalam masjid, pengunjung akan disambut dengan permaidani tenunan tangan terbesar di dunia, memberikan keselesaan maksimum.

Keindahan dan kemewahan Masjid Ali menjadikannya bualan ramai, dengan sekurang-kurangnya lapan juta pelawat mengunjungi masjid ini setiap tahun, dan pernah mencapai hingga 20 juta pelawat dalam tempoh setahun.

Menurut sejarah, Masjid Ali pertama kali dibangunkan oleh Buyid Shahanshah, Adud Al-Dawla, pada tahun 977 Masihi, di sekitar makam Ali Bin Abi Thalib. Bangunan ini musnah teruk semasa peperangan Iraq dan dibangunkan semula pada tahun 1086.

BACA: “Umur baru 12 tahun, mak suruh aku jadi bibik rumah makcik, masalahnya suami makcik gatal, bila aku tukar baju, dia buat-buat masuk bilik”