Masjid di Wilayah Presekutuan kini boleh solat Jumaat ikut kapasiti

Pulau Pinang

Masjid di Wilayah Presekutuan kini boleh solat Jumaat ikut kapasiti. Bermula 1 Oktober, kehadiran jemaah untuk solat Jumaat, solat fardhu dan solat jemaah yang lain semua masjid dan surau di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dibenarkan mengikut kapasiti sebenar.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan kebenaran itu diberikan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) penjarakan 1.5 meter ketika solat jemaah.

Selain itu, Mohd Ajib juga memaklumkan semua aktiviti pengimarahan Kuliah Maghrib, Kuliah Subuh, Kuliah Dhuha, Kuliah Zohor, Tazkirah Sebelum Solat Jumaat, Tadarus Al-Quran, Kuliah Muslimat, Bacaan Yasin, Tahlil, Program Zikir Munajat dan Doa dibenarkan tertakluk kepada SOP yang dikeluarkan.

“Semoga umat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan memanfaatkan peluang tersebut untuk mengimarahkan masjid dan surau serta bermunajat dan berdoa agar penularan wabak Covid-19 segera berakhir,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada 1 Oktober, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN)

Masjid

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jawi-benarkan-solat-jumaat-ikut-kapasiti-dan-semua-aktiviti-imarah-masjid-322741

BACA: Susulan video tular bantahan pihak kuil terhadap pihak berkuasa, Wan Fahysal kunjungi kuil terbabit

CATEGORIES