“Masih belum selesai”, walaupun Menteri Besar Kedah itu sudah memohon ampun, titah Sultan Selangor

Oleh INFORAKYAT

“Masih belum selesai”, walaupun Menteri Besar Kedah itu sudah memohon ampun, titah Sultan Selangor

Isu berhubung kenyataan Sanusi Md Nor yang dianggap menghina institusi diraja apabila memperlekeh pelantikan menteri besar “masih belum selesai”,

walaupun pemimpin PAS itu sudah memohon ampun, titah Sultan Selangor.

"Masih belum selesai", walaupun Menteri Besar Kedah itu sudah memohon ampun, titah Sultan Selangor

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah demikian selepas pertemuan berasingan dengana Pesuruhjaya PAS Selangor Ahmad Yunus Hairi dan Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, hari ini.

“Pertemuan secara berasingan ini membincangkan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor dalam satu ceramah beliau di Selangor baru-baru ini, yang dianggap menghina institusi diraja Selangor.

“Baginda bertitah bahawa perkara ini masih belum selesai,” menurut kenyataan Istana Selangor di Facebook.

Terdahulu, Sanusi yang juga ketua pengarah pilihan raya Perikatan Nasional dilaporkan membuat ucapan pada sebuah ceramah seolah-olah menyentuh tentang perkenan Sultan Selangor, berkait pelantikan “menteri besar cokia (tiada kualiti)”.

Susulan itu, pelbagai pihak membuat laporan polis, termasuk Ahli Dewan Diraja Selangor Emran Kadir yang menyifatkan kenyataan Sanusi menghina institusi beraja di Selangor, memandangkan Sultan mempunyai prerogatif dalam pelantikan menteri besar.

Khamis lepas, Ketua Polis Negara Razarudin Husain dilaporkan berkata, polis sedang menyiasat Sanusi bagi kesalahan berkait 3R (kaum, agama, institusi diraja).

Pada Sabtu, Sanusi berkata, beliau telah mengutuskan warkah kepada Sultan Selangor untuk menjelaskan maksud sebenar ucapannya, dan memohon ampun.

BACA:

Anak Harun Salim Bachik calon popular PH untuk menang di Dun Seri Serdang