Masih ada petani yang terpaksa buang sayur-sayuran

Masih ada petani yang terpaksa buang sayur-sayuran

Begitu teruknya pengurusan bencana dan Kerajaan..Semalam tonton Berita, Masih ada Petani terpaksa membuang sayur sayuran mereka.. sdah masuk minggu keempat.. Apa yang berlaku pada minggu pertama masih berulang..ada Sayur dan buah yang dibuang,Ada nelayan membuang hasil Ikan..

Berbeza dengan Singapore..Singapore pada minggu pertama, Dia dah keluarkan dana Khas untuk nelayan dan Petani, termasuk pengeluar telur..Bukan takat menyokong pengeluaran mereka.. tetapi mereka akan dibantu untuk menambah pengeluaran kepada 30%.. Sektor Pertanian mereka disokong Kerajaan..

Apa yang berlaku di Malaysia, Kerajaan berlepas tangan, Sampaikan Lembu pun terlepas sehingga melompat keatas kereta Timbalan menteri KPDNK.. mengikut alasan menteri yang langgar perintah PKP tu lah..

Kita kena faham, Antara faktor penting adalah bekalan Pertanian dan Makanan, kita kena faham..sektor ini kebanyakan rantaiannya dibantu oleh peniaga dan Peraih Tradisi,

Peraih dan Peniaga tradisi ni depa angkut Ikan, atau sayur tak guna kenderaan komersial.. mereka Selalu guna kereta, Guna van buruk untuk buat penghantaran ke pasar termasuk peniaga pasar tani.. tetapi bila Kerajaan buat sekatan dan kawalan yang agak melampau,Menyebabakan rantaian ini putus..

Bayangkan berita semalam, berlaku di kelantan..Sedangkan Timbalan Menteri pertanian sendiri orang kelantan , Apa yang mereka buat ? Jika pun nak ketatkan kawalan, apa salahnya disuntik kepada FAMA dan Kementerian untuk kerajaan membeli secara pukal terus dari Petani biarpun mahu buat sekatan dan kawalan..

Kerajaan boleh saja jadikan bahan pertanian intu sebagai komoditi bantuan, agihan percuma pada rakyat..yang penting Petani tak rugi dan boleh terus menghasilkan bahan Pertanian Sayuran dan Ikan.. kenapa tak guna Tentera untuk angkut barang Pertanian ? tak pasai apsai suruh jaga jalan.. jaga bank..

Dimanakah yang dikatakan Penyelesaian Islam ?, Jauh lebih Islamik Singapore dari kepimpinan bani melayu Islam dambaan Mufti Utara.. Bercakap memang pandai..Buat kerja fail..hari ini harga sayuran, telur dah mula melambung dikala harga minyak murah..Sebab Apa ? Sebab Kerajaan yang ada ni kerajaan yang gagal, Depa ni kerajaan tebuk atap..

Satu lagi..Antara faktor besar..Kurangnya permintaan dari kelompok perniagaan seperti Kedai makan bila Kerajaan menghadkan waktu operasi.. Sampaikan semalam aku lalu..kedai mamak Pelita pun tutup… Kedai mamak tak pernah pernah tutup hatta raya.. mana ada kluster Kedai mamak..

Tapi itu lah kalau nak tahu gambaran kegagalan kerajaan hari ini, mana Food Security nya..Mana Sembang Peruntukan penghasilan bekalan makanannya.. Sembang dalam ceramah sedap lah, Contohi jepun yang beri 100% subsidi Pertanian.. ini dalam keadaan bencana pun depa tak mampu urus..dah masuk minggu ke empat..

Agaknya Pegawai FAMA, Peladang dan Petani pun tengah tidur kat rumah kut..maklumlah , Cuti cutipun gaji tetap jalan..Tapi tak salah depa lah..sebab Menteri tak boleh pakai… 

Ipohmali