Bila susah, pasanganlah yang sibuk membantu tapi bila senang boleh pula hulurkan segala duit kepada keluarga.
Masih ada pasangan yang berkahwin memilih untuk melebihkan keluarga hinya melukakan hati suami atau isteri.
Seorang wanita terkilan dengan sikap suami memilih untuk membelanja segala keuntungan perniagaan miliknya kepada keluarga mentua yang kaya raya.
Aku tak tahu macam mana nak mulakan cerita tapi aku rasa terbeban pula kalau tak luahkan hal ini.
Aku dengan suami sudah berkahwin hampir 13 tahun tapi belum ada rezeki untuk dapat anak.
Suami ni jenis yang suka buat perniagaan tapi selalunya bisnes dia tak berapa baik manakala aku pula baru berjinak dengan dunia berniaga.
Setiap keuntungan aku kena bahagi dengan suami atas alasan dia yang bagi modal waktu mula berniaga dahulu.
Walaupun modal dia tu aku dah habis bayar, keuntungan aku tetap kena bahagi dua sebab katanya dah janji begitu.
Walaupun aku yang penat kerja, tak pernah timbul rasa tak nak berkongsi rezeki dengan suami cuma ada satu hal ini sahaja buat aku kecewa.
Segala keuntungan tu, suami habis belanja dekat keluarga dia, sedangkan mentua ni memang kaya raya.
Paling terkilan, suami pesan dekat harta dan apa sahaja atas nama dia adalah untuk mak dia andai kata umur dia tak panjang.
Masa perniagaan suami lingkup dulu hanya aku yang setia dengan dia, sekarang bila dah senang mulalah nak terpaling ajar itu ini.
Sekarang aku terfikir nak ambil dahulu keuntungan sebanyak 20 peratus untuk simpanan andai kata jodoh tak panjang.
Kemudian lebihan 80 peratus tu barulah aku bahagi dengan suami, rasa macam berdosa tapi takut andai tiada simpanan kecemasan.