Kadangkala walaupun anak ini masih di usia muda, mereka sudah memahami situasi malah melihat tingkah laku ibu bapanya.
Tapi bila anak dah besar mula mengukit segala duit yang dilaburkan masa anak tersebut kecil seolah-olah mereka minta dilahirkan.
Di bawah adalah perkongsian daripada seorang anak yang diabai ibu bapa semasa kecil.
Terdetik dihati nak mencoret kisah saya lepas terbaca confession tentang kisah anak terpinggir, saya adalah salah seorangnya. Ini kisah saya. Saya Maisara berumur 20 an.
Berasal dari sebuah negeri di pantai timur. Bekerja dalam bidang perbankan di ibu kota. Ibu dan bapa saya bercerai ketika saya berumur 10 tahun. Saya merupakan anak tunggal.
Selepas bercerai ibu keluar rumah dan berpindah ke utara. Saya masih ingat kehidupan saya ketika itu ibarat sebiji bola. Ditendang ke sana ke sini.
Hujung minggu biasa nya ibu saya akan mengambil saya balik ke rumahnya. Pada hari persekolahan saya tinggal dengan ayah.
Begitulah rutin saya lebih kurang dalam setahun. Tak lama kemudian ibu saya berkahwin baru.
Ibu dah jarang dah balik untuk mengambil saya. Katanya sibuk. Tak mengapa lah saya cuba faham keadaan ibu walaupun dalam usia sebegitu saya sangat memerlukan ibu.
Kadang-kadang saya menangis sebab rindukan ibu.
Disebabkan ayah pula sibuk bekerja selepas balik sekolah saya akan pulang ke rumah nenek iaitu ibu kepada ayah dengan menaiki bas.
Di rumah nenek ada nenek dan seorang makcik saya yang saya panggil maksu. Saya akan mandi dan makan dirumah nenek.
Lepas ayah balik kerja dia akan singgah ke rumah nenek untuk mengambil saya.
Tak lama selepas itu ayah pula berkahwin lain. Ibu tiri adalah rakan sekerja ayah. Layanan ibu tiri kepada saya biasalah seperti tipikal ibu tiri yang lain.
Didepan ayah bukan main baik pijak semut pon tak mati. Tapi dibelakang ayah macam- macam saya kena diherdik, dimaki dipukul dan pernah kena cubit sampai berbekas.
Tapi saya tak pernah beritahu ayah sebab takut. Biasalah budak-budak.
Satu malam ayah masuk ke bilik saya. Ayah suruh saya call ibu saya dan beritahu yang saya nak tinggal dengan dia.
Sebab masa tu saya masih kecil tak tahu apa-apa. Saya buat macam yang ayah suruh.
Saya call ibu siap nangis-nangis. Tapi ibu kata saya tak boleh tinggal dengan dia sebab ibu sibuk kerja.
Masa tu kan perasaan saya sedih sangat. Nampak sangat ibu tak perlukan saya pun apalagi merindukan saya. Huhuhu.
Satu hari ketika di rumah nenek saya terdengar ayah bergaduh mulut dengan nenek dan maksu.
Saya ingat lagi ayat nenek, “Kalau susah sangat biar aku yang jaga Sara kau jaga lah keluarga baru kau”.
Saya menangis teresak-esak masa tu. Faham la saya ayah tak nak saya tinggal dengan dia lagi. Kemudian nenek masuk ke dalam bilik saya.
Nenek peluk saya dan bagitau “Sara.. Sara balik rumah ambil barang-barang Sara ye. Sara tinggal je dengan nenek ye. Nenek dan maksu akan jaga Sara”.
Bermula kehidupan baru saya dirumah nenek. Alhamdulillah nenek jaga saya dengan penuh kasih sayang.
Makan pakai semua cukup. Maksu pon. Apa yang saya nak, maksu akan cuba penuhi walaupon maksu hanya kerja kilang je.
Alhamdulillah daripada segi akedemik saya boleh dikatakan cemerlang. Masa PMR saya dapat straight A.
Masa Majlis Penyampaian Hadiah batang hidung ayah pun tak nampak. Sedih jugak masa tu bila tengok kawan-kawan semua ada bersama ibu bapa masing-masing.
Begitu jugak dengan aktiviti lain yang melibatkan ibu bapa, ayah tak pernah datang. Nasib baik ada nenek dan maksu.
Pernah nenek datang ke mesyuarat PIBG saya walaupon kurang sihat. Maksu pula kena kerja.
Nenek selalu pesan walau apa pun terjadi, saya tak boleh patah semangat. Hanya pendidikan yang boleh membuka mata kedua ibu bapa saya.
Sejak haritu saya bertekad akan belajar bersungguh-sungguh bukan untuk ibu dan ayah. Tapi untuk nenek. Untuk balas segala jasa nenek dan maksu.
Alhamdulillah saya dapat keputusan cemerlang dalam spm dan berjaya ke IPT di Kuala Lumpur.
Alhamdulillah.. Betul kata nenek. Masa tu baru ibu tunjukkan muka dia. Ayah pula dah rajin call tanya keperluan itu ini. Saya kata tak apa, semua dah cukup.
Sepanjang pengajian saya pernah tiga kali ibu datang melawat saya di kolej. Tapi perasaan saya masa tu entah la. Tak ada rasa apa.
Tak ada rasa rindu atau teruja. Rasa kosong dan biasa saja. Ayah pula bila tahu saya balik cuti semester sibuk nak ambil saya di stesen bas.
Saya kata tak apa saya boleh naik bas dan terus balik ke rumah nenek. Kenapa sekarang setelah saya dah pandai berdikari baru nak peduli hal saya ye.
Kenapa tak peduli masa saya sangat perlukan diorang. Kenapa baru sekarang?
Selepas habis belajar alhamdulillah saya terus dapat kerja di KL. Sedikit demi sedikit saya balas jasa nenek dan maksu.
Saya kumpul duit gaji saya dan ubahsuai rumah nenek, beli perabot baru, beli penapis air, aircond dan macam-macam lagi.
Nenek menangis terharu bila nampak rumah papan dia bertukar batu. Saya juga buat loan untuk beli kereta baru maksu. Kereta kancil lama asyik rosak je.
Itu saja yang saya mampu buat untuk balas segala jasa nenek dan maksu selain dari doa yang tak pernah putus untuk diorang.
Pasal ibu dan ayah pula. Sekarang barulah nak tunjuk caring. Pernah ibu tiri masak macam-macam dan ajak saya makan malam dirumah bila tahu saya ada dekat kampung.
Cakap pun bukan main lembut sebelum ni pandang pon tak.
Ayah pula pernah bagi hint katanya gaji saya dah besar siap boleh hulur kat nenek RM1k sebulan tak kan tak boleh hulur sikit untuk dia. Saya buat tak dengar je.
Ibu pon pernah call saya nak pinjam duit katanya untuk buat umrah tapi saya bagitau ibu, “Maaf ibu kakak tak ada duit sekarang sebab kakak pun tengah nak kumpul duit untuk nenek pergi umrah jugak”.
Entah la saya tahu macam mana buruk pon merekatetap ibu dan ayah saya. Saya dah maafkan semua tapi saya mungkin belum melupakan.
Setiap hari saya berdoa kepada Allah supaya putih kan hati saya daripada dendam ini.
Pernah sekali saya bawak nenek dan maksu bercuti ke Vietnam dan saya upload gambar di Facebook dan tag ayah dan ibu tiri saya.
Saya sengaja nak mereka tengok yang saya bahagia dengan nenek dan maksu, terasa hitamnya hati saya.