Assalamualaikum admin. Mohon jasa baik admin untuk post supaya saya dapat ketenangan. Saya lelaki.
Married with kids. Sepanjang bernikah. Saya tidak pernah sekalipun mengabaikan tanggungjawab saya sebagai suami.
Tempat tinggal. Makan pakai. Cuma saya jauh hati dengan isteri. Kami berdua bekerja bidang professional.
Bekerja office dalam office hour. Rutin harian kami, Pagi dia akan masak dan pack barang – barang anak.
Saya akan siapkan anak. Mandikan dan pakaikan baju.
Load barang – barang dalam dua – dua kereta. Keluarkan dua – dua kereta dari porch. Buang sampah.
Bila dia dah bersiap, dia just drive kereta and drop anak dekat pengasuh dan terus ke office (~10 mins drive). Saya continue journey saya ke office (~45 mins drive).
Balik kerja, saya akan terus kutip baju basuh. Sementara run mesin basuh, saya sediakan dinner. Dia mandi dan bersiap. Kemudian selepas dinner, saya pula mandikan anak dan bersiap. Lepas maghrib, saya akan rush untuk 2nd job saya buat daripada rumah. Dia akan layan anak dan tidur.
Dalam pukuI 10pm saya selesai kerja di rumah, saya terus load baju masuk dryer. And run 2nd time mesin basuh baju (kami run minimum 2x sehari, sekali untuk baju kami suami isteri, sekali utk baju anak. Asingkan sebab penggunaan sabun yang tidak sama.).
Kadang – kadang akan run lebih dari 2x sehari kalau ada cadar, selimut, kain lap – lap perlu dibasuh. Sementara run mesin basuh baju dan dryer, saya akan prep barang untuk dia masak bekal anak esok paginya. Sambil – sambil prep, saya clear sinki. Clear baju yang dah keluarkan dari dryer tadi.
Demi Allah saya penat. Tapi saya faham isteri saya pon penat. Dalam 11.30pm settle solat apa semua, saya masuk nak tidur untuk rehat. Isteri akan terjaga tidur. Dan minta saya urutkan dia sebab penat katanya. Lepas settle urut dia, dia terus tidur dan minta saya tukar pampers anak sebelum saya tidur.
Lepas settle tukar pampers anak, pukuI 1 am saya akan tidur. Esok bangun dan ulang rutin sama. So masalah dekat mana? Masalah dekat isteri yg expect everything saya buat is simple dan tidak memenatkan. Sedangkan, dia yang menyusukan anak dan tidur dengan anak itu sangat memenatkan.
Saya tak puas hati sebab kami berdua penat. Tapi bila isteri tidak hargai penat saya. It is frustrating. Saya confuse apa lagi tak cukup. Pernah sekali lepas masak semua, hidang atas meja dan sebagaimya. Dia tengah isi nasi dalam pinggan.
Saya duduk dan minta tolong dia isikan nasi dekat pinggan saya dah alang – alang dia tengah buat. Dia tutup periuk nasi. Terus duduk sambung makan. Saya gelak ingat dia bergurau. Rupanya tidak. Alasan dia tak nak biasakan diri jadi h4mba suami.
Allah… Tak tahu jadi h4mba suami macam mana kalau masak pon saya yang buat. Dan apa saya suruh tu sekadar minta tolong isikan nasi semata. Lepas makan, dia sekadar tinggal dalam sinki. Atau kalau mood baik, dia basuh pinggan dia semata – mata.
Bila balik kampung dia, ada masa mak mungkin tak sihat untuk masak. Atau ada makan – makan keluarga. Dan berpakat masing – masing adik beradik masak sikit sorang untuk jamu tetamu. Sungguh saya segan kami tak buat apa. Sayalah yang akan buatkan on behalf kami laki bini.
Saya yang akan beli barang dan masak. Bila balik kampung saya, saya dan adik – adik akan buat. Sekadar makluman, family saya buka sejenis family yang lelaki tipikal. Ayah, pakcik makcik semua jenis buat kerja rumah bersama – sama suami isteri.
Jadi ini kebiasaan saya dan keluarga beIah saya. Cuma saya malu, adik – adik ipar lelaki pon ada sama – sama buat kalau ada kenduri kend4ra. Sama – sama masak, bancuh air dan lain – lain. Tapi isteri saya buat sibuk dukung anak tak bantu apa.
Sedangkan luar waktu kenduri kend4ra atau jamuan, dia menyusukan anak dan pass dekat saya untuk jaga anak. Alasan anak nak dekat saya. Sampai masak, basuh baju, k3ncing pon sambil dukung anak. Tolong pembaca dan admin.
Tenangkan saya. What should I do to rectify this. Saya dah sem4kin lost. Talak tu terlalu mahal harganya untuk saya. Tidak mudah saya nak jatuhkan. Tapi tidak must4hil untuk saya lepaskan. Sekali saya lepaskan, tidak mungkin saya kutip balik.
Jangan nasihat saya untuk nikah lain, cerai dan sebagainya. Itu mengundang masalah bukan menyelesaikan. Nasihat, bincang, marah. Semua saya dah buat. Tapi itulah tu. Isteri liberal kah isteri saya ni? – Suami Atas Kertas (Bukan nama sebenar)
Sambungan… Terima kasih admin sudi siarkan confession saya yang lepas. Berlapang d4da dalam membaca kesemua reply. Terima kasih semua. Saya terima, hadam dan proses secara professional. Ada ruang saya juga membetulkan diri.
1) Soal gaji, pendapatan. Saya dan isteri kedua – dua golongan professional. Keseluruhan gaji isteri termasuk paif businessnya dalam 5.5k per month. Gaji saya termasuk 2nd job (business from home) around 8k per month.
Full expenses saya tanggung. Kecuali kos – kos kecil yang isteri pelawa untuk tanggung. Contohnya bil wifi dan utiliti. Installment rumah, petrol expenses 3 biji kereta kami, groceries, maintenance kereta, makan pakai, toiletries dan lain – lain berkaitan kami 3 beranak, saya yang tanggung. Ada kehendak – kehendak dia untuk beli, itu di luar tanggungjawab, ya ada dia beli.
2) Rupawan daripada keluarga berharta. Saya dan isteri datang daripada single income household. Di mana hanya ayah yang bekerja dan mak suri rumah. Kami berdua tidak terlalu senang. Tetapi dibandingkan, keluarga saya stabil sebab saya tiada adik yang masih belum bekerja atau masih bersekolah.
Kos hidup keluarga sebelah isteri, ada sebahagian ditanggung oleh anak – anak. Ini saya tidak masuk campur. Urusan isteri, menggunakan pendapatan dia yang tidak saya berhak daripada segi agama. Isteri tidaklah terlalu rupawan yang buatkan saya tergiIa – giIa sehingga sudi jadi h4mba abdi tanpa sedar.
3) Perkakas rumah. Ya kami ada beberapa electrical appliances yang membantu hidup. Dishwasher. Mesin basuh. Dryer. Water dispenser dan sebagainya untuk memudahcara hidup kami. Tapi, household chores yang memberat menjadikan electrical appliances ni run tanpa mampu menampung the amount of chores yang ada.
Dishwasher contohnya, masih perIukan manual handwash untuk cover saki baki yang tak muat. Wife punya per4ngai, malah 1 sudu pon tidak akan basuh. Jadi bertimbun sinki dengan segala benda sampai melimpah. Load into dishwasher pon boleh kira dengan jari berapa kali dia buat.
4) Daily routine. Ada suggest baju tak perlu basuh hari – hari dan sebagainya. Kenapa perlu asingkan baju dengan anak punya. Anak ada sedikit masalah ecz3ma yang memerIukan penjagaan rapi daripada segi kebersihan dan sebagainya.
5) Rutin isteri memasak. Dia utamakan bekal anak ke rumah pengasuh. Saya akan jadi terakhir. Ada masa ada bahagian saya. Ada masa, saya tangan kosong, sekadar tolong angkat bekal dia dan anak load dalam kereta sahaja.
6) Penat menyusu anak. Saya sedar dan faham. Sebab itu saya membantu. Cuma itu bukan alasan. Ada background history kenapa saya kecewa dan rasa itu sekadar alasan. Mula kahwin, tanpa anak, ini sudah dia mulakan. Alasan senggugvt yang kerap. Saya sabar.
Beberapa bulan kemudian, Allah rezekikan anak dalam rahim dia, dia kata penat s4kit letih sebab membawa pembawakan budak. Hujung trimester, berat membawa perut. Okay it’s okay. Saya masih faham. Lepas ada anak. Begini pula.
7) Cuba untuk tidak buat. Saya dah cuba. Dan dibaIas dengan m4ki hamun, marah – marah seawal 6 pagi sebab dia bangun untuk masak bekal anak, tengok sinki penuh. Malam sebelumnya saya tak nak buat sebab tak larat.
Sekadar on masa muat dalam dishwasher, dan basuh pam susu dia dan botol – botol anak. Cuma sinki untuk pinggan mangkuk kami sahaja saya tak larat untuk clearkan (kami ada sinki asing, barang kami dan anak). Saya pilih clearkan sinki barang anak sebab perlu guna balik esoknya.
8) Cuba marah, tegur, nasihat. Saya dah cuba slowtalk. Lepas bersama contohnya. Nasihat baik – baik. Curah hati lah orang kata. Tapi nothing. Dia perlekeh lagi ada. Saya cuba jerkah. Marah. Tengking sekadar untuk menakutkan dan serius berkenaan ini.
Dia perlekeh dan kata, kalau rasa tak tahan, go ahead. Dia tak kisah bercerai. Saya dah cuba asing tempat tidur. Dia buat tak tahu. Saya pernah cuba stop buat semua benda, dia ignore dan akhirnya saya sendiri tak tahan rumah serabut. So, I did everything already.
9) Kaunseling. Saya pernah slowtalk dengan dia untuk ajak ke kaunseling. Dia perlekeh kata ridiculous semua kaunseling ni. Pointless. Waste of money and time. Jadi saya pilih untuk jumpa kaunseling yang berbayar. Untuk tenangkan hati sendiri supaya emosi terkawal untuk handle situasi ni. Few times. Dia end up dapat tahu, and said “tu je lah hang boleh buat pon”. Which, saya tak faham apa lagi yang tak cukup.
10) Talak. Saya pernah ke tahap c4bar dia untuk ke rumah adik beradiknya berdekatan. Atas alasan saya nak jatuhkan talak biar ada yang saksi. Saya ugvt untuk tunaikan hasrat mulut dia yang berzikir untuk bercerai. Dia merayu, minta maaf dan sebagainya. Tak ulang lagi. Tapi end up, bila okay, dia akan naik kepala lagi.
11) Orang tua. Saya santuni ibu ayahnya dengan sebaik boleh. Ayahnya s4kit. Saya sama – sama EL dan terus balik untuk handle process admission, melawat, drive here and there. Sampai masa ayah saya s4kit, dia tak dapat nak balik. Ada urusan kerja. Jadi saya ok. Decide balik untuk jaga ayah saya. Lepas beberapa hari, dia marah – marah. Kata saya tak sedar dah ada isteri. Buat macam bujang. Dia ugvt, balik atau dia nak cerai. Ridiculous kan.
12) Ihsan semasa s4kit. Isteri bersalin czer. Ni peak dia dalam s4kit yang teruk. Nak bangun pon susah. Saya sangat simpati dan ihsan. Dia s4kit sebab melahirkan zuriat saya. Saya jaga tatang dia sebaik boleh. Maaf cakap, even cuci kemaIuan dia selepas buang air pon, saya buat semata taknak dia put pressure on the czer area semasa membersihkan diri. Mandikan dia.
Even dia buang air besar pon saya tunggu luar pintu, dan masuk lepas dia ready nak membersihkan. Takut. Takut isteri jatuh atau Iuka atau tumpah d4rah. Semua saya fikir dan cuba elak. Sepanjang pantang few weeks pertama dia memang lemah. Susu pon tak ada.
Jadi 1 minggu paternity leave memang saya manfaatkan untuk all out uruskan anak dan dia. Susu anak 100% saya handle. Masak untuk dia. Hidang sampai ke dalam bilik. Suapkan. Basuh balik. Everything. Dia cuma baring rehat semata – mata. Dari anak hingga dia. Saya uruskan. Sampai kesihatan saya drop menyebabkan tonsil sem4kin bengkak, Dr advise untuk operate. Tapi saya hold memikirkan anak kecil dan isteri belum fully recover.
13) Saya operation. Saya drive sendiri ke hospitaI sendirian. Saya duduk di hospitaI sendirian. Wife ada melawat. Saya faham dia nak uruskan anak. Saya taknak susahkan dia. Cuma saya harap bila balik daripada hospitaI, dia dapat drivekan saya balik.
Tapi dia nak balik kampung uruskan keluarga dia. Dan dari kampung dia terus balik ke rumah kami. Jadi saya uruskan discharge sendiri. Settlekan bil sendiri. Angkat barang sendiri. Menapak ke parking sendiri. Saya yang baru sehari operation, esoknya drive sendiri 1.5hours balik ke rumah.
Kantoi dengan orang tua saya. Sebab orang tua saya tanpa inform awal, datang ke rumah kami untuk tengok keadaan saya. Barulah mereka tahu saya drive seorang diri balik lepas operation.
14) Foundation marriage yang lemah. One week after our wedding, kami duduk rumah yang saya sediakan. Sebelum nikah, saya tinggal seorang diri. Lengkapkan rumah untuk sambut isteri. Persiapan ni saya buat almost 1 year before kahwin. One week duduk di rumah tu.
Dia complaint jauh dari tempat kerja dia. Walau location kind of middle between tempat kerja dia dan saya. Office saya around 30mins. Dia around 45mins. Dia insists pindah rumah serta merta. Maka kami berpindahlah. Dengan kos dan tenaga mengemas dan sebagainya 98% daripada saya.
Now distance saya ke office around 1hrs-1.5hrs, dia pula 15mins. Erti meratukan isteri kan. 🙂 Sadly, dia tak betah duduk dia negeri tersebut. Around 1.5months duduk rumah baru, dia apply kerja di negeri asalnya. Interview online. Got accepted.
Dia terima dan decide untuk pindah seorang diri balik ke negeri asalnya. While saya, orang terakhir yang tahu. Selepas seluruh keluarganya meraikan dia kembali dekat pada mereka. H4ncurnya saya masa tu. Meluah pada orang tua saya. What should I do. Is this the end of my marriage? Should I proceed with divorce pada masa dan ketika itu? My mom, cried heavily over the phone.
While my dad, dengan tenang. Ikutlah. Kalau itu boleh menyelamatkan. Ikutlah. Kalau itu boleh membetulkan keadaan. Bertambah h4ncurnya saya, ayah masih cuba untuk neutral dan nasihatkan yang baik – baik. Cut story short, Allah izinkan. One month later, saya dapat better job offer dan dapat duduk sekali.
15) Husband role. Saya faham ada yang kata saya perlu tegas. Tapi kau akan m4ti akal untuk membarankan diri bila facing this kind of individual. Sedikit jiwa saya terdetik, wife maybe ada sedikit masalah mental. Narc1ssistic ke? I dont know.
Betapa saya mencuba untuk bagi ketenangan dalam household saya ni. Saya dah cuba improve daripada segi rutin apa yang boleh kurangkan lagi beban dia since dia masih terik4t dengan menyusu anak. Saya sungguh faham. Cuma ya saya manusia. Ada masa saya juga penat.
Lets acknowledge it too. Let it slide even ada apa – apa yang tak teratur atau tak terkemas. Macam mana saya let it slide bila perlu kutip baju kotor dia yang dilempar atas lantai bila balik kerja. Macam mana saya let it slide bila dia campak merata beg, barang atas sofa sampai nak duduk pon tak boleh.
Macam mana saya let it slide bila saya perlu kutip kotak – kotak parcel yang dia dah buka tapi tinggalkan atas lantai, dengan pis4u atau gunting. Demi Allah, saya tidak memenangkan diri saya. Saya penuh khilaf. Cara saya sendiri salah daripada mula. Saya terima.
But past is past. I want to embrace it better. How to make it better for both of us. For the sake of our son. Yang sem4kin cerdik.Yang sem4kin besar. Yang sem4kin tau memujuk. He often pat my chest whenever my wife yell at me over small thing.
Macam mana my son go slap her mom bila mana she nagging non stop at me. Without me, myself yang ajar dia. Tidak ya. Rasa kelakar tengok budak tu. But I know it is not right untuk buat macam tu dekat mak dia. So instead of feel i wont the battIe, memang saya akan tegur anak. Light pat at his hand sebab buat macam tu dekat wife.
Gitulah hidup. Ye dak. Allah aturkan these few years I am stuck at the dead end. With non stop marriage issues macam ni. Berper4ng dengan emosi. Hari – hari drive dengan hamun dia dekat whatsApp. Jadi zikir pula.
Sampai wonder, hamun apa pagi ini? Topik apa pula? Gunting yang hilang? The one yang dia guna tapi tinggal atas lantai lepas buka parcel but she blame me because I took it and put somewhere else. Contoh ya contoh. Haha.
Okay that is all for now. Saya nak tidur. Today, I reached my limit. Atas saranan agama, dalam pertelingkahan, maka saya asingkan tempat tidur kami. Sadis juga tidur guestroom seorang. Anak takde dekat sebeIah. Sambil hujan renyai – renyai dekat luar. Guruh sedikit. Petir sedikit. Sunyi setakat bunyi angin aircond semata. How time flies, ya. How could I end up with life sebegini. Kah kah. -Suami Atas Kertas
Komen W4rganet :
Puteri Santubong : U already know what you should do. For the sake of your son, you yourself need to be happy first. Then only you can provide a happy life, happy environment for your son. A happy child need a happy mom / dad.
Orang kata, bertahan kerana anak. Tapi sepatutnya kalau dah t0ksik macam ni punya relationship, kerana anak tu lah sepatutnya melangkah pergi tinggalkan persekitaran t0ksik tu. Divorced family not necessary goin to be a broken family. It’s two different thing. But, tbh, looking at how your wife’s drama and attitude, even lepas cerai pun belum tentu kau akan terus happy jugak bang.
Diana Nabila : Sedihnya. Hidup pun kena bahagia, bukan mengejar syurga semata – mata. Seumur hidup itu terlalu panjang untuk dibazirkan tak bahagia.
Saya rasa dia dah naik lemak sangat sebab dapat suami kiriman syurga. Dan nampaknya dia masih takut satu benda; iaitu bila betul – betul nak talakkan, dia reti juga merayu memujuk bagai.
Apakata bagi je la dia talak tu, biar talak satu dulu, biar dia muhasabah diri. Kalau dia sedar, Alhamdulillah. Kalau tak sedar, carilah bahagia dengan orang baru.
Bahagia itu pasti ada, kalau bukan dengan dia, mungkin dengan orang lain. Cuma awak yang perlu berani memberi noktah dan mengorak langkah baru.