Maria Farida pakai baju tali halus sambil peluk anak lelakinya tarik perhatian, “ingat pakwe..”

Maria Farida pakai baju tali halus sambil peluk anak lelakinya tarik perhatian ingat pakwe

Maria Farida pakai baju tali halus sambil peluk anak lelakinya tarik perhatian, “ingat pakwe..” Selebriti terkenal, Datin Seri Maria Farida mendedahkan hubungannya bersama bekas suami masih baik meski telah bercerai lebih 17 tahun.

Dedahnya lagi, hubungan baik yang terjalin oleh kerana anak lelakinya, Mizan Ashley sering bertemu bapa kandungnya apabila waktu hujung minggu.

“Hubungan saya dengan bekas suami masih baik sebab anak lelaki saya masih lagi pergi jumpa dia kadang-kadang.

“Anak lelaki saya selalu pergi rumah dia bila hujung minggu dan semuanya masih okey sehingga ke hari ini,” katanya.

Menurut suami aktres berusia 53 tahun ini, Datuk Seri Rahman Shakur berkata dia bersikap terbuka dan menghormati bekas suami isterinya itu.

“Macam saya, kami berdua hormat antara satu sama lain dan dia pun sangat menghormati saya.

Maria Farida pakai baju tali halus sambil peluk anak lelakinya tarik perhatian ingat pakwe

“Jadi kita tidak boleh nak minta macam-macam. Bagi saya, kita kena hormat orang dan orang pun hormat kita. Syukur alhamdulillah,” katanya.

Imbas kembali, Maria pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas suaminya itu sekitar tahun 1999 sebelum bercerai pada tahun 2005.

Hasil perkongsian hidup bersama mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mizan Ashley.

Selepas 10 tahun menjanda, Maria berkahwin buat kali kedua bersama Datuk Seri Rahman Shakur pada 27 November 2015.

Maria telah berkongsi cerita tersebut menerusi program YouTube #MHThrowback Raya Media Hiburan, baru-baru ini.

BACA:

Situasi sedih di mesin ATM, bapa ulang-alik tengok baki akaun, “anak belum masuk duit, baki RM11”

Tengku Zafrul tegaskan OPR naik beri manfaat kepada M40, tak bebankan peminjam

Sufian Suhaimi pula tunjuk kekasih selepas MK, makin kecewa gadis-gadis

CATEGORIES