Maria Farida dah capai usia 53 tahun, “hari-hari orang tanya, tak tahu nak jawab apa”

Maria Farida dah capai usia 53 tahun, “hari-hari orang tanya, tak tahu nak jawab apa” “Hari-hari orang tanya sampai saya sendiri tak tahu nak jawab macam mana sebenarnya.” Demikian kata model dan pelakon, Datin Seri Maria Farida apabila berdepan dengan netizen yang sering bertanya mengenai rahsia awet mudanya.

Menurut Maria,53, dia akui tiada merujuk sebarang penjagaan khusus, sebaliknya memilih untuk jalani hidup dengan tenang dan positif selain bersyukur dengan genetik yang dianugerahkan.

“Sebenarnya saya tidaklah menjaga sangat. Cuma saya rasa bertuah kerana mungkin memiliki genetik yang baik daripada keluarga. Jujur saya tidak berapa nak ambil apa-apa misalnya produk anti-aging dan sebagainya.

“Cuma mungkin sebab saya juga tidak merokok. Cuba jaga kesihatan dan selalu jadi seorang yang positif.

“Mungkin saya ‘dapat’ (awet muda) daripada ibu. Umurnya sudah lebih 70 tahun, tapi ramai yang anggap dia muda berbanding usia sebenar,” katanya.

Ditanya mengenai harapan bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang disambut Mac lalu, Maria berharap semoga dia sekeluarga dilimpahkan rahmat dariNya.

Maria Farida dah capai usia 53 tahun, "hari-hari orang tanya, tak tahu nak jawab apa"

“Saya hanya mendoakan diri saya sihat sentiasa, tiada apa-apa penyakit yang kronik. Saya harap ahli keluarga saya juga terhindar dari sebarang musibah termasuk Covid-19 dan semoga semuanya menjadi lebih baik, insya-Allah,” katanya.

Menyambut kedatangan 1 Syawal di ibu kota, Maria seperti biasa meraikan lebaran dengan apa adanya, mengenangkan situasi semasa ketika ini.

“Raya kami sekeluarga sederhana sahaja sebab kita tahu, virus Covid-19 masih lagi belum reda. Meski ada kelonggaran itu dan ini, tapi saya jujurnya masih lagi rasa risau. Jadi kami tidak buat rumah terbuka, hanya ahli keluarga sahajalah.

“Masih lagi rasa takut-takut, tak berani nak keluar tanpa hal penting. Alhamdulillah saya masih belum terjangkiti (Covid-19). Cuma sebelum ini suami dan ibu pernah disahkan positif.

“Saya melihat sendiri bagaimana ia berlaku dan itu sesuatu yang sangat merisaukan. Alhamdulillah mereka kini sudah pun sembuh daripada virus berkenaan,” katanya lagi.

BACA:

Kecoh Rosnah Mat Aris bomohkan suami, ini respon tuan badan

Kambing peliharaan gadis ini jadi tumpuan, “minta tidur atas riba je, manja sangat”

Gara-gara raya terkejut, tuan rumah sediakan duit syiling untuk tetamu satu tong

CATEGORIES