Mantan Penyelaras DUN Serkam hulur sumbangan kepada penduduk Kg Tedong Pantai

Mantan Penyelaras DUN Serkam hulur sumbangan kepada penduduk Kg Tedong Pantai

Mantan Penyelaras Dun Serkam terus membantu masyarakat yang terkesan akibat arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang kini memasuki fasa keempat.

Petang tadi Ustaz Muhammad Kamal telah menyerahkan sumbangan kepada isteri arwah Imam Abdul Hadi dan beberapa penduduk di Kg Tedong Pantai.

Arwah Imam Abdul Hadi sentiasa dekat dihati saya. Boleh dikatakan semasa arwah masih ada, setiap hari Rabu beliau akan hubungi dan ingatkan saya untuk hadir ke surau beliau.

Selepas ketiadaan arwah, isterinya pula selalu hubungi saya dan ingatkan kehadiran ke surau beliau. Boleh kata keluarga ini sering berbakti dengan surau bersebelahan rumahnya.

Semoga Allah ampunkan dosa arwah,merahmatinya dan ditempatkan bersama orang-orang soleh.

Sumber:

COMMENTS