“Manis sangat ni” -Anak Erra Fazira bertudung dipuji

Manis sangat ni Anak Erra Fazira bertudung dipuji

“Manis sangat ni” -Anak Erra Fazira bertudung dipuji. Baru-baru ini pelakon, Erra Fazira memuat naik posting di Instagram menunjukkan dia meluangkan masa berkualiti bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya.

Menerusi entri tersebut, dapat dilihat Erra Fazira mengenakan pakaian sedondon dengan anak perempuannya ketika menghadiri sebuah ‘event’.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Erra Fazira (@errafazira)

Walau bagaimanapun, ruangan komen Erra dihujani dengan pujian warganet yang kagum dengan kecantikan anak dara pelakon Sembilu itu.

“Cantiknya anak dara Kak Erra, persis ayahnya, mewarisi kecantikan ibu,” kata seorang peminat.

Manis sangat ni Anak Erra Fazira bertudung dipuji

“Cantik Aleesya bertutup sopan dan ayu macam mama,” ujar seorang warganet.

“Suka Aleesya sebab tak perlu seksi-seksi untuk popular. Pemalu pun ye,” kata seorang lagi netizen.

Sekadar info, Erra Fazira pernah mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin pada tahun 2007 namun berpisah pada 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya.

BACA:

Kecoh satu taman tengok bapa hantar anak sekolah pakai pesawat ‘Microlight’

Anak berlumuran darah menangis tengok mayat ibu depan mata di Sabah

Anak Sultan Brunei dan Azrinaz dah besar, “cantik macam bidadari”

CATEGORIES