Mana pejuang Melayu ketika banyak jawatan tinggi kini diganti bangsa lain?

Mana pejuang Melayu ketika banyak jawatan tinggi kini diganti bangsa lain?

Dalam ucapan Ramadhan baru ini, Presiden Amanah sebut bahawa hakikat sebenar yg berlaku adalah, pengkhianatan mandat rakyat yg memilih Pakatan Harapan dua tahun lalu merupakan kecelakaan sungguh besar khasnya buat bangsa Melayu dan agama Islam.

Sekali pun komplot pengkhianat itu menggunakan slogan bangsa & agama sebagai sentimen laungan mereka, tapi apa yg berlaku adalah mereka bergelumang dgn puak perasuah dan kleptokrasi utk terus merompak Negara. Bahkan kejahatan komplot jahat pengkhianat negara ini tak pernah pun sesekali dilakukan oleh DAP atau Pakatan selama diberikan amanah kuasa sejak 2008 lagi.

Contoh berlambak di depan mata. Baru dua bulan, mereka berpakat merebut jawatan dan khazanah Negara dgn cara sungguh hina. Hingga sanggup janjikan semua Ahli Parlimen yg dah pun dibayar elaun RM26k sebulan, digandakan pula dgn habuan elaun puluhan hingga ratusan ribu sbg Menteri, Timbalan Menteri, Pengerusi GLC/Kabinet yg kebanyakannya bukan kelayakan dan kemampuan orang terbabit.

Semua itu dibuat hanya kerana mahu kekalkan sokongan buat entiti tak berdaftar dan haram PN itu…

Itu tak pernah berlaku masa zaman Umno/BN dulu sekali pun. Kecelakaan dibuat oleh pengkhianat negara ini sudah jauh melangkaui jangkaan semua. Tempoh 2 bulan, PKP dan Ramadhan baru ini adalah masa segalanya berlaku.

Bukan itu sahaja, jika tetap mahu dilihat berdasar sisi pandang bangsa sekalipun, sudah berapa ramai penjawat Melayu yg diamanahkan menerajui post ketua dan pengerusi penting Negara sebelum ini yg sangat berkelayakan, hari ini dah pun bertukar pada bangsa lain, walau MCA hanya 2 orang sahaja dlm kabinet itu.

Contoh, dulu pintu masuk pelabuhan Negara diterajui Melayu masa Anthony Loke, hari ini semuanya sudah difaraidkan pada party Cina yg asalnya hubungan dgn komunis itu.

Dan semalam kita lihat bagaimana Ahmad Nizar Zolfakar dan Dr. Zainol Fuad yg menerajui CAAM di zaman PH, kini dah hilang jawatan itu buat bangsa lain.

Itu pun kalau kita masih mahu jadikan bangsa sebagai harapan buat si pengkhianat nasional itu….

Belum lagi isu agama…

Sumber:

COMMENTS