Mampukah Muhyiddin bertahan hingga pembentangan bajet 2021?

Mampukah Muhyiddin bertahan hingga pembentangan bajet 2021?

Bulan oktober hingga disember nanti, Parlimen bersidang untuk pembentangan bajet tahun 2021.

Perbahasan dan pengundian akan dibuat bukan sahaja untuk keseluruhan bajet, tetapi juga untuk setiap kementerian. Perbahasan dan pengundian juga akan dibuat di peringkat jawatankuasa yang memperincikan setiap butiran bajet.

Biasanya perbahasan di pelbagai peringkat boleh meleret sehingga lewat malam dan pernah sampai ke jam dua atau tiga pagi sebelum pengundian dibuat.

Sekitar 40 kali pengundian di buat keseluruhannya. Kalau tidak lulus, implikasinya sama seperti UNDI TIDAK PERCAYA kepada kerajaan.

Sangat memenatkan untuk setiap hari berjam2, berada di kerusi Dewan (air-con pulak sangat sejuk).

Sebab itu pembangkang akan menggunakan pelbagai taktik untuk menggagalkan bajet kerajaan. Ini termasuk membuat “ambush” pada bila2 masa meminta supaya undian belah bagi (head count) dibuat ketika pihak kerajaan kurang bersedia.

Ini adalah game biasa dalam sistem berparlimen kita. Kurang kehadiran sama seperti membiarkan pintu gol terbuka. Alasan penjaga gol ke tandas tak boleh pakai. Implikasinya sangat buruk.

Kerajaan yang mempunyai majoriti tipis berhadapan jalan sukar untuk mempastikan bajet tahun depan lulus dan kerajaan “survive”. Setiap masa dan ketika semua anggotanya mesti berada dalam Dewan. Baik di kalangan backbenchers mahu pun menteri dan Perdana Menteri. Tiada alasan keluar negara, tiada alasan tidak sihat, tiada alasan mahkamah, tiada alasan mesyuarat di luar, tiada alasan menerima tetamu negara, atau balik kawasan (kecuali hujung minggu).

Sekiranya Ahli2 Parlimen kita mudah ke sana – ke sini, keadaan semakin sulit (termasuk keluar masuk parti).

Kita belum berpengalaman melalui keadaan sebegini. Meniti atas tali merentasi bangunan yang tinggi adalah kerja akrobat. Perlukan keberanian, kemahiran, kesimbangan dan nasib.

Semoga dipermudahkan.

Ahmad Shabery Cheek

Bekas Menteri UMNO.

Berita penuh :https://shahbudindotcom.net/2020/06/01/belanjawan-2021-sukar-diluluskan.html

COMMENTS