Malaysia raih pelaburan RM30 billion dari Intel, ini yang rakyat bakal nikmati

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Pada permulaan tahun ini, kita telah mendengar beberapa berita baik mengenai pelaburan dan kerjasama dengan pihak luar yang menyumbang kepada pertumbuhan negara.

Trend positif ini berterusan dengan pengumuman pelaburan oleh syarikat Intel.

Menerusi laporan terkini, Intel berkomitmen untuk melabur sebanyak RM30 bilion selama 10 tahun bagi memperluaskan operasinya di Pulau Pinang dan Kulim, Kedah.

Malaysia raih pelaburan RM30 billion dari Intel, ini yang rakyat bakal nikmati

“Pelaburan ini dijangka akan mencipta lebih daripada 4,000 peluang pekerjaan di Intel dan lebih daripada 5,000 pekerjaan dalam sektor pembinaan,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau turut menyambut baik komitmen yang diberikan oleh Intel dan percaya bahawa kerjasama seumpama ini akan mendorong syarikat-syarikat lain untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.

Intel telah beroperasi di Malaysia sejak tahun 1972 dan merupakan salah satu pelopor dalam industri Elektronik dan Elektrik (E&E) negara ini. Pada tahun 2021, Intel Corp mengumumkan pelaburan untuk membina kilang pembungkusan dan ujian cip baharu di Malaysia yang dijadualkan untuk memulakan operasi pada tahun 2024.

Selain Intel, syarikat P&G juga mengkaji peluang-peluang pelaburan di Malaysia dan memberikan komitmen untuk melabur lebih banyak di negara ini. Zafrul menyatakan bahawa Malaysia juga akan menerima pelaburan besar dalam sektor logistik.

Pelaburan seumpama ini jelas memberikan impak besar terhadap ekonomi negara, sambil membuka peluang pekerjaan yang luas untuk penduduk tempatan. Ini juga dapat menarik minat pelabur asing untuk ikut serta dalam pelaburan di Malaysia.

BACA: Ini cara baca kod yang ada pada ‘sportrim’ kereta ramai tak tahu