Assalamualaikum semua, saya dilepaskan setelah 11 tahun 7 bulan hidup bersama suami.
Kadangkala macam tak percaya saya boleh hidup tanpa suami di sisi membesarkan anak yang berusia 3 tahun.
Saya rasa macam saya nak cerita je tentang kehidupan saya. 9 tahun perkahwinan tanpa zuriat, alhamdulillah sangat bahagia.
Berjalan luar negara. Kami pergi bercuti, umrah bersama keluarga dengan pakej suami belanja ibunya skali.
Seronok sangat, bebas ke sana kemari tanpa ada halangan. Adalah g4duh – g4duh sikit dalam rumahtangga tu, nanti pujuk selesailah.
Kalau rasa nak pergi berjalan ke Singapore, boleh je siap – siap kemas beg, terus je pergi naik train walaupun kami dari pahang. Bukan Johor atau KL ye. Bahagia.
Aku sangat bersyukur sebab kami diberi peluang dapat berkhidmat untuk keluarga kedua – dua pihak. Allah bagi rezeki melimpah ruah, syukur sangat. Setiap kali balik rumah ibunya, saya akan rasa sedih sebab asyik dua ketul ni je balik, malu pun ada.
Tapi saya cuba untuk ambik hati dengan suka memasak dan menjamu keluarga mertua. Alhamdulillah air tangan saya kena dengan selera diorang. Selalu je bawa mak mertua jalan – jalan, pergi shopping. Belanja dia sehelai dua baju, tudung, kasut atau apa – apa yang dia pegang dan nak.
Bukan semua lah, ikut budget yang saya ada. Namun saya tahu, dalam masa yang sama mertua nak cucu dari anak kesayangan dia. Selalu juga saya dengar dari hujung – hujung telinga mertua suruh suami kahwin lagi satu sebab nak cucu.
Dan pernah juga saya berdebat kan hal ni sebab saya tak rela. Kami setiap bulan usaha buat rawatan tanpa putuus sejak tahun kedua kami kahwin. Suami selalu bagi semangat kat saya walaupun kadangkala perasaan dia goyah juga bila bab poligami ni sebab dia antara penyokong dan bercita – cita nak poligami dari zaman sekolah.
Ye, zaman sekolah. Saya kenal suami dari tingkatan tapi start berhubung semula lepas sekolah dah. Masa tu baru kenal untuk kahwin. Jadi saya memang tau, poligami tu memang antara niat dia. Memang takut dan bersedia dah sebenarnya tapi doa juga supaya Allah tutup pintu hati dia dengan wanita lain.
Tahun ke-9 kami diuji dengan kehadiran seorang wanita yang sudi menjadi isteri kedua suami. Wanita tu lebih tua 2 tahun dari saya. Seorang ibu tunggal dan mempunyai 3 orang anak. Saya memang sedih dan cuba pertahankan hak saya yang satu tu. Macam – macam yang saya buat.
Salah satunya saya sendiri ajak wanita tu jumpa dan nak dengar cerita dia. Dia ajak suami sekali untuk cerita depan – depan. Akhirnya saya bangun, salam dan peIuk dia. Saya cakap, “saya minta maaf. saya tak dapat terima awak dalam hidup saya.”
Dia pun jawab, it’s ok tak pe. Dia tak akan masuk dalam keluarga poligami kalau isteri asal tidak setuju sebab nanti akan timbul masalah dan seterusnya tidak bahagia dan berg4duh. Dia tahu yang saya memang akan undur diri dan dia sendiri tekad tak akan kahwin di Thailand.
Setelah 3 bulan berlalu dari tarikh kami jumpa tu, hubungan mereka berakhir dan dia hilangkan diri dari suami saya. Saya sujud syukur. Dalam tempoh tu juga saya dan suami buat keputuusan untuk cari anak angkat dan jadikan sebagi anak susuan.
Nak ambil anak angkat ni pun bukan mudah ye. Dengan nak dapatkan susu sendiri lagi, sampai terp4ksa MC cuti sana sini. Kami terima bayi tu dalam keadaan cleft lips dan bermula la ketika 1 ramadhan kami yang sangat bermakna setelah 9 tahun puasa tanpa gangguan.
Tapi ya Allah… baby sangat behave dan dia sangat – sangat senangkan kami. Kami je over, takut dia terjaga la, takut dia mnangis la. hihihi. Saya ambik cuti tanpa gaji untuk fokus menyusu dia. Alhamdulillah dapat sempurnakan 5 kali kenyang dalam bulan Ramadhan sebab dia jenis tak banyak menyusu sampai sekarang.
Mulai saat tu, saya terus tekad untuk tidak lagi cek fon suami dan serahkan suami saya kepada Allah, supaya Allah menjaganya di luar dan belakang saya. Kehidupan yang bahagia dan bersayaukur sangat kami boleh luangkan masa yang banyak sangat dalam tempoh PKP.
Ya Allah, masa tu rasanya macam kami paling happy tempoh PKP tu sebab dua – dua ada depan mata dan melayan anak yang sorang tu. Setelah 3 tahun berlalu usia anak itu, ada lagi bisikan – bisikan dari luar untuk c4bar dan pr0voke suami untuk berpoligami dan dapat zuriat sendiri atas sebab suami mampu.
Orang nampak suami mampu tapi hakik4tnya kita je yang tau kan. Korang ingat lagi tak kisah Dr lelaki viral yang curang dengan nurse tu. Haa… malam tu lah suami saya mintak izin untuk poligami. Saya terdiam dan soalan pertama saya. Lagi sekali???
Dulu sebab takde anak, sekarang Allah dah bagi, masih lagi nak? Dia cakap ye dan tak kisah la saya izinkan ke tak, dia tetap akan mohon dengan mahkamah. Jadi dipendekkan cerita, akhirnya saya akur la. Rupanya diorang dah lama kenal, cuma nak tunggu pihak sana habis eddah dan baru boleh dia mohon kat mahkamah.
Bila dapat tarikh perbicaraan, saya pun mulakan langkah sebagai hak seorang isteri. Saya bertuah sebab ada seorang kawan yang sentiasa ada bersama saya hingga saat ini. Yang tak pernah jemu dengar cerita saya. Yang tak pernah penat bagi saya kekuatan. Saya selalu doakan dia. Dia banyak bantu saya.
Saya cari peguam untuk khidmat nasihat sebab saya tak tau apa – apa berkenaan mohon poligami di mahkamah ni. Banyak yang peguam bantu saya dan saya bayar kos peguam atas khidmat nasihat dan sediakan saman baIas sebanyak RM1400.00.
Dalam saman baIas tu, saya tak halang untuk dia berkahwin tapi saya tuntut hak saya dalam kemampuan suami. Masa tu ada sebulan lagi nak naik mahkamah, macam – macam perkara la yang berlaku. G4duh tak payah cakap la.
Apa dia buat semua salah, sampai tidur berdengkur pun saya rasa nak tekup mulut dia. Saya pernah cuba nak lari dari rumah, pernah uguut nak buat benda tak elok, tapi dalam hati saya istighfar. Saya sedar cuma saya nak cuba untuk uguut.
Dia macam biasa la. Siap nak bawak saya pergi hospitaI tapi akhirnya saya juga yang mohon maaf sebelum tido. Badan kami dua – dua ada Iebam, saya tumbuuk dia, dia tumbuuk saya. Macam dalam gusti tu kami g4duh.
Dalam tempoh sebulan sebelum naik mahkamah tu, macam – macam saya mintak ruang untuk cipta kebahagiaan kami bertiga. Tapi setiap kali rasa nak bertenang, ada je isu dia buat diam – diam masa tu. H4ncurnya hati tapi dalam masa yang sama, saya masih lagi tanya kesediaan dia untuk akad nikah.
Dia nak pakai baju ape, nak tema ape, nak bagi hantaran berapa, nak buat batal air sembahyang ape. Jawapan dia hanya satu, takde apa pun, nak nikah dekat pejabat agama je. Saya plak marah tak baik buat macam tu. Saya cuba juga cari siapa perempuan tu.
Alhamdulillah Allah bagi peluang dekat saya untuk saya tau melalui kawan saya tapi yang sedihnya cerita 100% tak sedap untuk saya dengar. Saya menangis merayu kat suami mintak dia tukar calon lain, cari calon isteri kedua yang tinggi agama, yang baik dan yang betul – betul nak bermadu dengan saya tapi suami cakap, takde, dia tak kenal dengan perempuan lain.
Saya jadi takut bila saya dengar perempuan tu cakap, suami nak kahwin dengan dia sebab saya manduI. Masa tu dah rasa down sangat untuk teruskan perkahwinan tu. Allah tunjuk lagi petunjuk dan perempuan tu sendiri mengaku hubungan mereka dah pergi jauh.
Ya Allah saya macam tak percaya sebab suami saya baik. Suami saya orang yang tau agama, kami hidup dengan penuh syariat. Tapi bila saya kembali kepada Allah. Ok ini ujian. ujian. ujian. Saya jadi tenang semula. Sampailah tarikh yang ditunggu.
Di mahkamah, bakal isteri dan bakal wali pun hadir sama untuk pengesahan. Suami setuju je dengan ape yang saya mohon tapi dia kena jawab bertulis. Jadi mahkamah tangguh lagi sebulan. Masa tu lega sangat, syukur alhamdulillah.
Seperti biasa lalui setiap hari dengan airmata, tak lalu nak makan, g4duh, syak wasangka, siasat tapi suami saya tetap layan dan bagi kasih sayang secukupnya dan bagi ape sahaja yang saya nak. Cuma satu dia tak ikut, untuk batalkan niat kahwin lain.
Dipendekkan cerita, sebelum hari bicara mahkamah kali kedua. Allah tunjuk lagi satu, suami kant0i rupanya mereka dah selamat kahwin di seberang sebulan setengah yang lalu (seminggu sebelum perbicaraan kali pertama).
Allahuakbar saya doa dan mintak dengan Allah. Aku tak mampu ya Allah, aku tak mampu. Aturkanlah kehidupan aku dengan kemampuan aku. Akhirnya saya maafkan suami dan bermula la hidup poligami dan penggiliran.
Saya tak kuat nak laluinya, hari – hari menangis. Masa tu berat lebih 20kg turun, selama ni diiet tak kurusnya. hahahaha. Baru beberapa bulan kahwin aku dapat tahu isteri baru suami dah mengandung. Sekali lagi saya down tapi saya tak nangis.
Saya cuma berfikir, apa patut aku masih perlu berada di sini?? Macam – macam soalan la berlegar – legar, drive kereta selama 4 jam, tidur dekat RNR, dah lewat petang baru saya balik semula. Saya tak mennagis secara fizikalnya tapi jiwa saya ada rasa kosong.
Macam saya tak tau ape yang saya rasa tapi saya tau suami mesti happy sebab dah lama dia tunggukan. 11 tahun kami usaha tapi Allah tak bagi. Kali ni kahwin baru tak sampai 2 bulan, alhamdulillah Allah bagi. Saya ucap tahniah kat suami, dia peIuk saya.
Dia cakap, “abang janji kita akan buat juga ivf.” Kami memang dah rancang untuk buat ivf bila anak susuan saya umur 3 tahun tapi sebelum 3 tahun ayahnya dah cari ibu baru. Ini la namanya ujiankan, suami saya kata takdir tapi saya tak boleh terima sebab itu takdir yang dirancang. hehehe.
Biasalah hati kita dah kecewakan, semua tak betul. Masa tau isteri baru suami mengandung, setiap hari saya jumpa suami tapi entahla rasa macam nak marah je dekat dia. Dia pun buat muka macam tak ceria je, muka membosankan bagi saya.
Saya cuba masak sedap – sedap, ceria-ceria tapi dia macam… nothing, Jadi saya rasa hati dia ada dekat rumah bini baru la kan. Masa saya tahu tu, ramadhan ke-10. Sampailah satu hari. Saya ajak pergi beli baju anak, dia cakap elok je lembut je, tak dapat pergi sebab turn beIah sana.
Saya pun ok jelah, saya pun keluar la dua beranak pergi cari baju raya kami 3 beranak. Kemain sampai 3 pasang sorang, siap beli gelang besar untuk raya. Punya la nak cari time untuk happy. Sampai malamlah saya luangkan masa berdua beranak je.
Esok paginya turn saya, suami balik uruskan anak. Nak jadikan cerita tetiba ada orang nampak suami tengah shopping dengan isteri baru. Sedangkan hari kejadian turn saya. Ya, betul saya kerja tapi saya rasa tak patut dia buat macam tu.
Memang saya sedih, kecewa. Teruk kami g4duh dan tanpa rasa bersalah saya p4ksa suami lepaskan saya hari tu juga. Maka suami pun tanpa pikir panjang dia lepaskan saya. Saya tak mnangis pun, saya rasa macam lega ape yang aku nak, aku dapat.
Tapi masa nak berbuka tu baru saya nangis, sedih, rasa macam nak giIa. Bila tengok muka anak, saya menangis. Saya balik rumah ibu saya. Malam tu juga suami datang balik nak minta maaf dan nak mintak rujuk tapi saya takde dekat rumah.
Esoknye dia mesej. Dia call minta maaf dan ajak rujuk. Saya tak jawab ape pun. Saya pun tak sangka boleh diceraikan dalam keadaan tengah mencari bahagia. Setiap hari saya lalui dengan mesej suami dan dia datang jenguk kami dan ajak rujuk tapi saya dapat tau yang isteri baru dia plak mer0yan kalau kami rujuk semula.
Saya ada cakap dengan suami. Kalau betul nak rujuk, tolonglah buat dalam eddah. Lepas habis eddah, dah susah dan saya tak nak. Tapi nak jadikan rezeki kami, kami salah kira eddah dan tak tau cara nak rujuk. Suami dah call pejabat agama tapi diorang plak bagi cara undang – undang Malaysia bukan undang – undang Islam.
Kami ni dah ready nak rujuk, tiba – tiba sampai pejabat agama, jumpa ustaz, lepas dia kira – kira rupanya dah 2 minggu terlepas saya abis tempoh eddah. Maka terdiam la kami tapi dah tak sedih. Suami berkali – kali pesan akan nikah semula dan pesan jangan cari lain.
Saya cakap dah, saya tak nak tapi bila balik rumah, saya menangis sekuatnya sebab hati saya terlalu sayangkan suami. Sayang saya kerana Allah, hanya Allah yang tau kasih sayang kami. Masa tu saya tak fikir dah isteri baru tu.
Bagi saya, saya hanya nak terima suami sahaja dan saya nak kami bertiga hidup bahagia. Yang beIah sana bukan urusan saya tapi perancangan Allah lebih baikkan. Kami redha. Bekas suami masih lagi bagi harapan yang kami akan nikah smula walaupun saya selalu dapat mesej yang bukan – bukan dari isteri baru dia.
Saya abaikan je sebab saya masih yakin cinta dan kasih sayang kami. Dia hanya hadir sebagai ujian untuk kami. Cuma saya dah jadi dilema sebab ada juga sesorang yang cuba mencuri hati saya. Duda anak 4, kesemua anaknya dia jaga.
Saya agak takut nak jatuh cinta dengan orang baru sedangkan cinta lama masih ada. Saya masih tunggu jawapan Allah. Terlalu awal untuk saya buat keputuusan. Saya selalu doa, jika saya kembali ke bekas suami boleh buatkan saya menjadi lebih baik dan solehah, semoga Allah permudahkan urusan kami tapi jika sebaliknya, mintak Allah padamkan perasaan cinta dan sayang saya kepada bekas suami saya tanpa meIukakan mana – mana pihak.
11 tahun kami tak pernah berasingan, kami tak pernah balik kampung sorang – sorang atau berasingan walaupun dari zaman takde anak. Sebab tu ujian suami kahwin lain ni sangat terkesan dengan saya. Saya ibarat tak boleh hidup tanpa suami.
Kalau dia outstation. Sama – sama menangis rindu bila balik. Ingat lagi masa dia kena kursus kat Melaka. 9 hari je pun tapi balik tu dia punya nangis sebab terlalu rindu pada saya. Dalam tempoh saya bercerai ni, sangat – sangat mendidik hati saya.
Saya lupa, saya sayang suami lebih dari saya sayang Allah. Sekarang bila suami hari – hari datang rumah jumpa anak dan pujuk saya untuk nikah semula. Hati saya jadi cair. Barang – barang suami satu pun saya tak usik, tak bungkus, tak simpan.
Gambar – gambar di FB baru je bulan lepas saya hide kan, saya tak delete tapi saya private kan je. Saya tak kuat untuk saya padam semua. Pandangan keluarga. Ada yang boleh terima untuk kami kembali, ada yang tak boleh nak maafkan dia.
Tadi baru pakcik cakap, dia rasa nak tumbuuk muka bekas suami saya tu sebab dia lagi lama tempoh perkahwinan dia tanpa zuriat, lebih 30 tahun dah. Bekas suami saya pun orang yang baik dan bertanggungjawab. Sejak kami berpisah dia memang masukkan duit rm1500 – 2000 untuk perbelanjaan anak dan saya.
Semua bil dia masih bayar, semua insurans kami dia bayarkan termasuk insurans adik bongsu saya. Isteri bekas suami ada bagitau saya yang dia nak kami nikah semula lepas dia bersalin. Saya tak jawab pun sebab saya tak rasa tu penting tapi bila jumpa suami, saya pesan kat dia, tak perlu ajar saya.
Saya tanya suami, kenapa dia nak suruh lepas dia bersalin. Suami cakap sebab sekarang dia suruh tumpukan perhatian kat dia sebab dia mengandung. Hahaha memang saya rasa nak simbah air kat muka bekas suami masa tu.
Entahlah sekarang saya serahkan segalanya kepada Allah. Saya cuma lalui je hari saya dengan tenang dan happy dan saya mintak sangat dengan Allah supaya Allah aturkan kehidupan saya mengikut kemampuan saya. Sayang macam mana pun saya pada suami, kalau Allah kata dia bukan milik saya, saya redha dan pasrah dan saya doakan kebahagiaan mereka.
Saya pun kena sibukkan diri dengan bisnes sampingan sekarang. Sekarang ye saya masih selesa sebab bekas suami masih bagi duitkan, lepas ni tak tau la. Saya pun tak boleh letak harapan dah sebab saya tak nak kecewa lagi.
Hati kita hanya kita yang perlu jaga. Saya pernah jugak terpikir, kalau nak baIas dendam, boleh je saya terima semula tapi saya belum bersedia untuk menghadapinya. Jauh sudut hati sedih juga tengok suami pergi kerja dengan baju berkedut, muka murung dan tak riuh macam dulu. Banyak menyendiri.
Saya dapat info dari bos dia. Sedih sebab 11 tahun saya jaga dengan baik insayaaallah. Kenapa orang yang ambik tu tak nak jaga dengan baik.
Akhir kata, saya rindu nak solat jemaah, saya rindu nak masak untuk suami, saya rindu dengan gurauan baling – baling air batu, rindu dengan One Two som untuk bangun buka aircond atau tutup kipas sebelum tidur.
Masing – masing berebut nak peIuk dulu bila balik kerja, makan bersama. Jujur saya rindu. Ada yang cakap boleh je dapat dengan suami baru tapi saya bukan orang yang mudah untuk jatuh cinta dan terima orang dari hati.
Hanya Allah yang tau kasih sayang kami. Hanya Allah yang tau sejauh mana ikhlasnya cinta kami. Kalau Allah rasa banyak yang baik untuk kami. Allah akan mudahkan, kita hanya manusiakan.