Malam Nisfu Syaaban menteri umum pertandingan “Tik Tok”

Malam Nisfu Syaaban menteri umum pertandingan “Tik Tok”

Selepas menteri air suam, menteri doraemon, menteri MEWA pembentung, menteri ops arak kini muncul pula menteri tik tok.

Tindakan Menteri Pengajian Tinggi mengadakan pertandingan tik tok satu perkara yang dangkal. Apatah lagi, ia mempromosikan penyertaan tik tok di malam Nisfu Syaaban 1441H. Malah beliau turut mengumumkan hadiah yang menarik kepada peserta yang kreatif.

Selaku Menteri Pengajian Tinggi, banyak lagi perkara yang perlu difikirkan buat pelajar-pelajar IPT di saat covid-19 sedang melanda. Ini bukan kali pertama Menteri tersebut menyusahkan pelajar IPT, sebelum ini di sebuah universiti tempatan, pelajar-pelajar telah menjalani latihan tarian semata-mata untuk menyambut kehadiran beliau.

Jelas menteri-menteri di bawah kerajaan pintu belakang ini gagal menyenangkan rakyat tetapi menyusahkan rakyat serta memalukan imej negara.