Makin miskin, harta Elon Musk hanya tinggal banyak ini sahaja sekarang

Makin miskin, harta Elon Musk hanya tinggal banyak ini sahaja sekarang

Makin miskin, harta Elon Musk hanya tinggal banyak ini sahaja sekarang. Gelaran Manusia Terkaya Di Dunia dalam senarai jutawan Forbes yang selama ini disandang oleh pemilik Tesla, Elon Musk dilapor telah dirampas oleh Bernard Arnault, iaitu ahli keluarga pemilik kumpulan barangan mewah terkemuka dunia, LVMH.

Dalam senarai jutawan Forbes masa nyata itu, Bernard Arnault berjaya memintas kedudukan Elon dengan nilai kekayaan sebanyak $188.6 bilion (RM830.78 bilion).

Manakala, Musk yang jatuh ke tempat kedua pula mempunyai nilai kekayaan bersih sebanyak $178.6 bilion (RM786.73 bilion).

Walau bagaimanapun, Senarai Bloomberg Billionaires masih menunjukkan bahawa Musk mengekalkan kedudukannya sebagai manusia terkaya di dunia dengan nilai margin kecil sebanyak $1 bilion (RM4.40 bilion).

Dalam senarai tersebut, nilai kekayaannya dianggarkan sekitar $168 bilion (RM740.04 bilion), manakala Arnault pula dalam lingkungan $167 bilion (RM735.63 bilion).

Makin miskin, harta Elon Musk hanya tinggal banyak ini sahaja sekarang

Sebelum ini, kedudukan dua orang jutawan dalam senarai tersebut kelihatan sering berubah-ubah sejak minggu lepas.

Musk sebelum ini pernah hilang gelarannya sebagai manusia paling kaya di dunia pada 7 Disember, berikutan penurunan mendadak nilai kepentingannya dalam Tesala dan pelaburan sebanyak $44 bilion ketika mengambil alih firma media sosial Twitter.

Pada masa yang sama, Bernard Arnault, Ketua Pegawai Eksekutif bagi kumpulan jenama barangan mewah, LVMH, iaitu pemilik kepada beberapa jenama seperti Louis Vuitton, Givenchy dan Kenzo terus mencatatkan pertumbuhan hasil dan keuntungan yang kukuh walaupun menghadapi masalah ekonomi global terkini.

Punca kemerosotan nilai bersih Elon Musk

Nilai bersih Musk telah merosot sehingga kurang daripada $200 bilion (RM 881.00 bilion) pada 8 November lalu disebabkan para pelabur mula melepaskan saham Tesla mereka.

Hal ini berikutan kerisauan mereka terhadap komitmen pemegang saham utama di syarikat pembuatan kenderaan elektrik tersebut yang kelihatan lebih mengutamakan Twitter.

Justeru, Tesla telah hilang separuh daripada nilai pasarannya dan nilai bersih Musk telah merudum sekitar $70 bilion (RM308.35 bilion) sejak beliau membida Twitter pada April lepas. Musk menutup perjanjian untuk Twitter pada Oktober dengan pinjaman sebanyak $13 bilion (RM57.26 bilion) dan komitmen ekuiti sebanyak $33.5 bilion (RM147.57 bilion).

Sebahagian besar kekayaan Musk terikat dengan harga saham Tesla, dan usahawan tersebut kelihatan menjadi pusat kontroversi selepas beliau mengambil alih Twitter pada lewat Oktober.

Selain Tesla, Musk turut mengetuai syarikat roket, SpaceX dan Neuralink, syarikat permulaan dalam bidang neuroteknologi, yang bertujuan untuk mengembangkan antaramuka otak–komputer berimplan (BMI).

BACA:

Tiga bekas menteri bergabung atas satu pentas

Makan maggi setiap hari, akhirnya ini yang terjadi kepada lelaki ini

Gadis dedah sikit lagi nak kena rogol lepas jogging di taman Temerloh

CATEGORIES