“Makcik tak mampu jadi isteri solehah” wanita usia 50 tahun rela bergelar andartu

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Setiap individu pasti mengimpikan untuk hidup berpasangan dan membina perkahwinan yang bahagia.

Namun, bagi seorang wanita ini, dia lebih selesa menjalani kehidupan sebagai seorang bujang.

Wanita berusia 50-an yang menggelarkan dirinya sebagai ‘makcik’ ini mengakui pernah merasai keindahan hidup berumah tangga pada usia muda, tetapi kini memilih untuk kekal bujang.

“Makcik sekarang sudah 50-an dan tidak pernah bernikah. Masa muda dulu, dalam lingkungan umur 20-an, makcik masih kebudak-budakan.

Fikiran ketika itu belum matang sepenuhnya. Bila masuk umur 30-an, barulah terlintas untuk mencari pasangan hidup,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

"Makcik tak mampu jadi isteri solehah” wanita usia 50 tahun rela bergelar andartu

Jodoh dan Ketentuan

Bukan menolak takdir, wanita ini turut meluahkan pernah bertemu dan mengenali beberapa lelaki yang berpotensi menjadi calon suami. Bagaimanapun, dia mempunyai alasan tersendiri untuk tidak meneruskan hubungan ke peringkat seterusnya.

“Ada jumpa beberapa calon, tapi tiada jodoh. Masalahnya, makcik ada kesihatan mental yang tak stabil. Jadi, makcik takut menyusahkan pasangan apabila penyakit datang menyerang.

“Makcik risau tidak mampu menjadi isteri yang baik, taat, bertanggungjawab, dan solehah. Jadi, makcik selalu tarik diri sebelum hubungan itu berlanjutan,” jelasnya lagi.

Reda dan Fokus pada Keluarga
Wanita ini juga mengakui tidak lagi mencari calon suami dan reda dengan status sebagai ‘andartu’ (anak dara tua).

“Bila masuk umur 40-an, makcik sedar lebih baik teruskan hidup sebagai seorang bujang. Makcik belajar menerima diri seadanya. Jadi, makcik berhenti mencari pasangan,” katanya dengan nada tenang.

Sokongan Warga Maya
Perkongsian wanita ini turut mendapat sokongan daripada warga maya yang memahami situasi dan pengalaman serupa.

Ada yang mengakui masih bujang atas pelbagai faktor, namun tidak menolak sekiranya jodoh hadir suatu hari nanti.

“Mungkin jodoh makcik akan tiba nanti. Tapi kalau tidak, tak apa. Bertemankan amalan saja.

“Kalau sunyi, boleh sertai geng surau atau buat aktiviti bersama komuniti. Sekarang banyak aktiviti menarik di rumah orang tua yang boleh disertai,” komen seorang pengguna.

Seorang lagi menambah, “Saya 43 tahun dan masih belum bertemu jodoh. Biarlah single.

Kalau ada, syukur. Jika tiada, saya reda. Semuanya ketentuan Allah.”

Perkongsian ini mengingatkan bahawa setiap perjalanan hidup adalah unik, dan kebahagiaan bukan semata-mata bergantung kepada perkahwinan, tetapi juga kepada penerimaan dan rasa syukur dengan takdir yang ditentukan.

BACA: Baru tahu sebab PMX selalu bersongkok ke luar negara