Yong tau foo selalunya dibeli di pasar malam sudah tentu harga tidaklah mencecah hampir RM100
Tapi wanita ini terkedu apabila makan di Mall ‘hava-have’ untuk 2 mangkuk sudah mencecah harga RM94.
Namun wanita tidak marah dan bengang pun dalam hal ini, cuma terkejut je, tapi dia makan sampai licin maklumlah sedap.
Harga makanan di dalam mall berkenaan juga bezanya jika dibandingkan dengan di kedai biasa walaupun makanan tersebut serupa. Lagi ‘hebat’ mall itu, maka lagi mahallah harganya.
Baru-baru ini, ada seorang wanita berkongsikan pengalamannya makan dekat foodcourt di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur.
Terlebih dahulu, niat wanita yang dikenali sebagai Azura Baharudin ini bukanlah mahu memburukkan dan menularkan kedai makan tersebut, tapi niatnya hanya sekadar nak kongsikan pengalaman yang membuatkan dia rasa terkedu.
“Sebab kita dah biasa makan yong fau foo pasar malam semangkuk besar 1 family pun kadang RM30 ja. Ni tiba2 beli 2 orang makan RM94.20.”
“Tak salah pun harga nya kerana kita kena faham tentang lokasi iaitu P yang mana memang sedia maklum tempat shopping orang have-have. Tapi Kak Jura pergi bukan shopping. Sekadar nak makan ja.”
Menurut Azura lagi dia begitu faham mungkin pihak penjual mahu dapatkan pulangan modal kos sewa dan pekerja, dengan tempat semegah itu pastinya harga mahal.
“Cuma kita yang tak faham sama sekali tak menjangka harga begitu kerana lokasi nya pun sekadar di food court. Tapi ye lah food court P. Bukan food court A*n.”
Jelasnya lagi, dia tak boleh nak salahkan penjual kerana jelas ada tanda harga. Dia juga akui bahawa silapnya juga kerana tidak tengok harga makanan langsung.
“Hal Kak Jura pulak silapnya tak tengok langsung harga kerana bayanganku makan yong tau foo time2 diet ni sesuai dan mungkin tak mahal sangat sebab nama pun yong tau foo.”
“Tapi jangkaan ku silap maka bayarlah dengan senyuman. Dalam hati aku kalau tak habis ni sat lagi memang wajib bungkus. Sayang oiii harga kayangan.”
Dengan perkongsian yang telah meraih 1.3K jumlah perkongsian ini, Azura berharap agar ia dapat dijadikan pengajaran untuk golongan yang bersederhana untuk tidak melakukan kesilapan sepertinya.
Apapun, Azura tidak marah dan bengang pun dalam hal ini, cuma terkejut je, tapi dia kata hujung-hujung dia makan sampai licin sebab katanya sedap.