Makan je terus dapat kanser, taiwan jumpa bahan terlarang dalam Mi Segera Indomie?

Oleh INFORAKYAT

Makan je terus dapat kanser, taiwan jumpa bahan terlarang dalam Mi Segera Indomie?

Dua jenis mi segera yang dibuat oleh jenama Asia Tenggara didapati mengandungi bahan yang mendorong kanser,

kata Jabatan Kesihatan Taipei pada Isnin lalu, 24 April. Penemuan itu hasil pemeriksaan mi segera yang terdapat di Taipei, Taiwan untuk tahun 2023.

Makan je terus dapat kanser, taiwan jumpa bahan terlarang dalam Mi Segera Indomie?

Mee Segera Dari Malaysia Telah Disenaraikan Antara Yang Terbaik Di Dunia

Ahli Kimia Ini Tampil Memberi Respon Isu ‘Fake Food’ Yang Tular Di Facebook

Menurut jabatan itu dalam satu kenyataan, pihaknya mendapati satu kumpulan mi segera berjenama ‘Ah Lai White Curry Noodles’ dari Malaysia

satu lagi kumpulan mi segera berjenama ‘Indomie: Special Chicken Flavour’ buatan Indonesia, mengandungi etilena oksida yang juga sebatian kimia dikaitkan dengan penyakit limfoma dan leukemia.

Jabatan itu berkata, ujian dijalankan berjaya mengesan etilena oksida dalam kedua-dua mi dan peket perencah produk Malaysia terbabit, manakala produk Indonesia berkenaan pula hanya terkandung dalam peket perencah.

Peruncit yang tidak didedahkan untuk ambil sampel mi segera berkenaan telah diarahkan untuk menarik balik penjualan kedua-dua produk terbabit.

Manakala, pengimportnya pula akan didenda antara NT$60,000 (kira-kira RM8,600) hingga NT$200 juta (kira-kira RM28.87 juta), menurut jabatan itu.

Ketua Bahagian Makanan dan Ubat-Ubatan, Jabatan Kesihatan Taipei, Chen Yi-ting, berkata pemeriksaan mi segera dilakukan dengan memilih secara rawak 30 produk dari pasar raya, kedai serbaneka, pasar raya besar, pasar basah tradisional, kedai makanan Asia Tenggara dan pengimport borong di bandar itu

BACA:

Aku cikgu umur 27 tahun, setiap hari murid tingkatan 5 hari bagi hadiah bukan-bukan sehinggalah ‘benda’ ini jadi”

Cara sebenar cuci langsir guna mesin basuh supaya tak rosak