‘Mak terkejut bila aku cakap nak pindah keluar dari rumah dia sekarang, aku nak jaga suami aku dari stress dengan mulut kakak ipar’

Oleh AHMAD SULAIMAN

Nama aku Nadhir (bukan nama sebenar), umur aku belum menjangkau 30 tahun lagi.

Aku lahir di salah sebuah negeri utara tanah air. Aku dah berkahwin, isteri aku orang pantai timur umur dia dah pun masuk 30 tahun.

Jadi maknanya isteri aku lebih tua dari aku la, tapi korang orang tetap cakap aku lebih tua dari dia sebab dia rendah.

Untuk pengetahuan korang isteri aku OKU (orang kelainan upaya) (fizikal) Kami ada anak sorang umur 4 tahun perempuan. Aku sayang sangat dekat anak bini aku.

Pada tahun pertama perkahwinan aku terlibat dalam kemaIangan jalan raya, keced3raan di bahagian kepala, seminggu juga la aku koma.

'Mak terkejut bila aku cakap nak pindah keluar dari rumah dia sekarang, aku nak jaga suami aku dari stress dengan mulut kakak ipar'

Berdasarkan orang cerita sebulan jugak la aku berper4ngai macam budak – budak, kawan aku cerita isteri aku la yang jaga aku, siapa lagi kan.

Walaupun banyak kali dah aku tolak dia, aku marah – marah dia dan macam – macam la aku buat, tapi dia tetap sabar. Tambah plak dalam aku keadaan koma ada collector datang mintak bayar hutang kat isteri aku. Sebelum aku kemaIangan aku ada buat pinjaman wang berlesen, aku tak bagitahu pun aku buat pinjaman.

Kawan aku cakap dia kesian tengok bini aku, gaji aku semua bini aku bayar hutang collector tu. Tambah lagi tekanan dari mak ayah dia dan aku. Adik beradik aku lagi push dia konon suruh jadi macam dorang, hatta mandikan anak pun kena ikut cara adik beradik perempuan aku makna kata kakak – kakak aku la.

Nak layan aku yang waktu tu tak berapa nak betul lagi pemikiran. Bila aku dah sembuh, ayah aku uruskan duit p4mpasan aku. Salah seorang kakak aku cakap, “Haaa duit p4mpasan tu nanti bagi la sikit kat kami, jaga kau waktu kau s4kit dengan per4ngai hauk kau lagi.”

“Bini kau boleh cari yang lain, keluarga kau tak boleh cari yang lain!” Dorang tak puas hati dekat bini aku, sebab bini aku tak ngam dengan dorang dari segala aspek la. Aku kesian dekat bini aku dari mula kahwin sampai la sekarang.

Bini aku orang kampung, dia ni macam lurus sikit, tapi orang tak tahu dia ni ada ijazah. Macam aku cakap la sebab dia macam lurus – lurus kan. Tapi yea la dia tak dapat la kerja berdasarkan ijazah dia. Dia sebelum ni sales marketing tapi sebab company dia kerja tu bankrap dia diberhentikan kerja. Aku la yang kerja sorang.

Sebelum aku terlibat dalam kemaIangan, aku pernah jumpa surat tawaran untuk dia sambung master di UKM, aku tanya dia nak pergi ke dia jawab “Nanti anak siapa yang nak jaga?” Tapi aku tahu kenapa, sebab pekerjaan aku yang gaji cukup makan, dia takut tak boleh tampung dia nak belajar nanti.

Jadi dia nak kerja, semua dia dah mohon termasuk la kerja kedai makan lorong rumah sewa kami ni ha.. tapi orang tak nak ambil risiko ambik dia kerja. Berbalik cerita pasal keluarga aku, selepas 6 bulan aku tak kerja sebab kemaIangan aku dah start kerja.

Dalam sebulan aku kerja aku nak bina balik hidup kami anak beranak, mak aku ditakdirkan s4kit. Nak cari rumah sewa balik faham – faham je la kalau dah sampai 6 bulan tak kerja siapa nak bagi duduk free. Tuan rumah tu cakap elok – elok kat bini aku tu yang penting.

Kepantangan aku, aku tak boleh dengar orang marah bini aku, aku cepat panas. Kakak aku jaga mak aku, itu pun mak aku yang mintak sebab mak aku segan dengan bini aku, ye la dah jaga aku 6 bulan, lepastu nak jaga plak dia.

Itu pun jadi isu, lama – lama mak aku plak yang macam tak suka kat bini aku. Ye la sebab bini aku lepas dia masak – masak, kemas rumah dia akan duduk je dalam bilik. Bini aku cakap dia panas nak buka tudung, ada plak suami kakak aku yang duduk sekali.

Kalau masa ipar aku kerja bini aku duduk la luar macam tu la sebaliknya. Dorang cakap bini aku, tak pandai bergaul dengan dorang, duduk je dalam bilik, masak tak sedap, kemas rumah tak pandai. Kebetulan anak sed4ra aku dapat straight “A”.

Dorang sindir makcik tak pandai nak bagi penghargaan kat anak buah. Depan bini aku plak tu, kejadian ni masa aku pergi kerja. Bini aku jawab “Anak kakak saya ujian UPKK pun straight A, saya tak bagi apa – apa pun, kakak saya tak marah pun, anak buah saya tetap sayang kan saya.”

Kakak aku menyirap sebab dia memang tak suka kalau orang Iawan cakap dia, bagi dia apa yang keluar dari mulut dia tu semua betul. Bermula pada kejadian tersebut isteri aku di pulaukan, sebab selama ni dia diam, dia menjawab sekali orang tak terima.

Orang mesti tertanyakan apa yang dia buat dalam bilik, meh sini aku nak cerita. Kan aku cakap bini aku ada degree, jadi dia buat blog. Cerita cerpen la. Dapat LA income sikit kat situ. Itu pun kakak – kakak aku sindir bini aku, kerja tak menentu sampai panggil bini aku tu, “anak tak guna”.

Pada suatu hari, per4ngai isteri aku berubah per4ngai dia banyak diam dari bercerita, aku balik dari kerja dia akan keluar bilik hidangkan makan aku. Aku dah mula tak sedap hati ye la kadang – kadang aku dengar dia nangis, tapi bila aku tanya dia cakap dia teringat arw4h mak dia.

Aku dah mula risau, sebab dia macam nak mengelak je dari aku, dan korang tahu dia tak pernah minta duit kat aku. Susu Pampers anak tu dia guna duit simpanan dia. Aku tengok dia pun dah m4kin susut dah badan. Satu hari aku jumpa plastik maggie dalam almari baju, aku tanya isteri aku, “Sayang makan dalam bilik ke?” dia angguk je

Sumpah aku rasa pelik, selepas tu aku nak ambil telefon aku tengah cas, kebetulan plak telefon dia pun dia cas, dia gelabah macam aku nak ambil fon dia. Aku dah rasa macam lagi pelik. Tapi aku diam je. Suatu malam aku tengok isteri aku dah tidur nyenyak, aku diam – diam ambik telefon dia, apa rahsia terbesar sangat.

Aku cek whatsapp dia, baru aku tahu kenapa dia berubah per4ngai, family aku ser4ng dia, cakap bini aku tak layak satu sen pun duit pamp4san aku. Siap ugvt kalau bini aku mintak duit kat aku, sampai dorang tak dapat hak dalam duit pamp4san dorang akan hantar bini aku balik rumah ayah dia dan anak kami dorang akan ambik dan tak bagi jumpa anak dengan bini aku.

Patutlah setiap malam dia menangis, patut la setiap kali aku bagi duit kat dia, dia tolak. Aku peIuk bini aku dalam tidur. Esoknya aku jumpa kawan aku, aku nak mintak tolong dia carikan rumah sewa untuk kami anak beranak dengan segera.

Dalam masa dua hari aku dah dapat rumah jauh dari rumah mak ayah aku. Aku bagi tau family aku, aku nak pindah. Mak aku tanya, “bila nak pindah”. Aku jawab, “sekarang”. “Lah mak tak dapat la main dengan cucu mak”

Korang tahu sepanjang tempoh dua hari aku nak pindah, dia lagi pendiam dan bila malam aku bawak anak bini aku keluar makan, dia akan makan macam orang kelaparan. Percaya tak lepas dia makan nasi dia minta plak Burger kat aku. Tapi aku layankan sebab tu bini aku.

Bila aku dah pindah, aku cek balik fon bini aku. Aku block kan segala akses whatsapp ke, ig ke dan FB supaya dorang tak contact bini aku. Alhamdulillah baru aku dapat bini aku yang dulu, yang ceria dan sentiasa senyum.

Sebelum aku pindah, aku jumpa mak ayah aku dan kakak aku. Aku bagi amaran kat kakak aku, “Kau jangan cakap yang bukan – bukan pasal bini aku, kau tak layak!” Kakak aku jawab, “Kau sayang ye kat si c4cat tu, hidup menyusahkan orang, kau dapat yang lebih layak lagi.”

Aku senyum, “Kenapa kau jeles, laki kau tak sayang kau ke, bini aku tetap manusia.” Maaf mak orang terp4ksa cakap kasar dengan anak kesayangan mak. Salahkah aku jauhkan bini aku dengan family aku. Tolong la kalian jawab. – Nadhir (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Nuriah Abdrazak : Tak salah. Betul dah tuuu.. Tolong jaga dia baik – baik. Hati dia.. perasaan dia. Memang orang kata. ISTERI boleh cari baru tapi nak cari yang jaga kita masa kita tak sihat dan tiada apa – apa tuu memang susah.

Itu menunjukkan.. mentua kamu dah didik dia dengan penuh ilmu. Dia taat dan wajar dia bahasakan kakak ipar dia. Sis paling meluattttt dan benci orang yang suka meminta – minta nii. Paling pantang hakkuuuu. Air dicincang tak akan putus. Duduk jauh – jauh nii..WANGIIII… Dekat – dekat.. busuk nak m4tiiii.

Hafizul Rahman : You made a right choice brader. Besar pahala jaga orang 0KU ni tambah lagi isteri sendiri. Isteri diuji saat suami tak punya apa – apa, suami diuji saat dia punya segalanya. Dah jelas isteri kamu tulah isteri yang terbaik. Tolong hargai isteri dan jaga perasaannya. Hats off. Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan dan sentiasa diberkati.

Siti Abdullah : Terima kasih sebab bertanggungjawab sebagai seorang suami yang sepatutnya. Bela dan jauhkan isteri dari orang – orang yang buat dia sedih walaupun tu keluarga bro sendiri. Satu keputusan yang sangat tepat. Kalau dengar ceramah UAI pun memang macam ni la penyelesaiannya dalam agama Islam. Semoga selalu bahagia dengan anak isteri.

BACA: 3 tahun sejak PRU15, Bersatu belum ‘move on’, guna mahkamah kosongkan 5 kerusi parlimen