Dia datang macam alim-alim lebai kemudian ajak mak aku kahwin. Mengaku duda isteri meninggaI.
Masa beberapa minggu lepas kawin tu, datang la isteri dan anak dia ser4ng mak aku kat rumah.
Sekarang bapak tiri ugut nak santau mak, mak halau dari rumah..
Sejak beberapa hari lepas aku ada terbaca kisah suka duka rumahtangga bila si isteri ni ditindas zahir dan batin. Contohnya laki tak bagi nafkah, lelaki curang dan sebagainya.
Sebab tu aku tulis confession ni, sebagai nasihat untuk diri aku dan wanita-wanita kat luaq sana. Mak ayah aku bercerai masa umur aku dalam 10 11 tahun macamtu dan aku dan semua adik beradik aku dijaga oleh ayah aku.
Pasal mak ayah aku, aku malas nak cerita lebih lebih, mereka bercerai mungkin sebab tekanan keluarga yang tak berkenan dengan mak aku sebagai menantu, ipar duai dan sebagainya. Tapi walaubagaimanapun mereka berdua adalah mak ayah yang terbaik untuk kami.
Masa mula-mula cerai tu susah la nak jumpa dengan mak aku, yela ada yang dok halang dari kami berjumpa. Kadang-kadang nak jumpa kena sembunyi-sembunyi, mak aku datang sekolah ke, takpun ada jugak masa mak aku kerja kat kedai runcit dekat dengan sekolah, jadi dapatlah curi-curi jumpa.
Tapi tu beberapa bulan je, lepas ada tu mak aku terus hilang tanpa khabar sampailah satu hari ada sebuah kereta kuning tunggu depan pintu pagar sekolah aku. Masa tu setahun lebih dah rasanya aku tak jumpa dan dengar khabar mak.
Aku pun dah pindah sekolah dan dijaga oleh mak baru aku. Aku yang tengah feeling-feeling jalan baru habis paper UPSR, tiba-tiba sorang lelaki asing dari kereta kuning tu keluar datang dekat aku. Dari jauh aku nampak macam kenal dengan wanita yang duduk dekat seat penumpang tu.
Lama-lama tengok aku yakin tu wanita yang aku rindu selama ni. Ya, mak aku. Tapi masa tu mak aku bertongkat dua. Masa tu aku baru tahu, yang mak aku terlibat dari kemalangan jalan raya dan mak aku baru beberapa minggu sedar dari koma.
Dan lelaki sebeIah dia tu, suami baru mak aku tapi aku tak tahu la bila dorang nikah. Haritu menjadi hari pertama aku mengenali jantan tak guna. Lepas pertemuan semula dengan mak aku, aku dan adik beradik berusaha untuk keluar jumpa mak aku yang tinggal dalam 100km dari rumah kami.
Setahun sekali dapat jumpa, kalau bernasib baik dapatlah berjumpa dua kali setahun. Tahun demi tahun banyak perubahan hidup mak aku, mak aku dah dapat kerja tetap, dah beli kereta, rumah dan sebagainya. Tapi yang buat aku hairan, lelaki yang bernama bapa tiri tu lepas mak aku kerja, dia tiba-tiba hilang kerja, kereta entah ke mana.
Dia hanya duduk rumah dan jaga anak kecik (mak aku dapat anak lain dengan suami kedua beliau). Mak aku ni jenis happy go lucky, waktu dia ada masalah pun dia gelak ja, tak pernah nak bercerita. Lagipun kami adik beradik bukan selalu dapat jumpa mak, jadi tak tahu sangat story, sampailah kami semua dah besar dan boleh drive sendiri kami dah pandai-pandai pergi rumah mak.
Aku tak tahu kenapa aku tak suka sangat dengan bapak tiri aku ni. Pernah sekali tu mak aku terlepas cakap, ‘tengok tu, dia solat’. Adik beradik aku ni bukanlah jenis alim bagai, tapi kami ni jenis menjaga solat 5 waktu. Mak aku kata kalau kami datang ja, tiba-tiba dia solat walhal sepanjang dia kahwin dengan mak aku, tak pernah pulak nak solatnya.
Anak dia pulak menambah, ‘haritu ayah tak posa’ masa tu bulan Ramadhan. Aku cam, hmm budak-budak, layankan. Oh ya, bapak tiri aku ni sejak dia dah tak kerja, dia buat meniaga kat pasar macam tu. Duit tu pun jarang-jarang dia nak bagi mak aku.
Duit rumah, kereta, bil api air, barang dapur, susu anak, pampers, duit sekolah semua duit mak aku. Malam-malam kerjanya lepak-lepak kedai kopi sambil hisap rokok. Aku ingat dia keluar masa kitorang datang tu sebab segan ke apa ke, rupanya memang habit macamtu, pukul 12 1 pagi baru nak balik rumah.
Kereta mak aku tu, dia ambik buat bawak barang berniaga dia. Mak aku pergi kerja naik moto buruk bapak tiri aku yang road tax pun berapa tahun dia tak bayar. Sampai kereta mak aku teruk gila pecah sini sana. Masa kitorang balik sana, mak aku baru berani mintak duit depan kami.
Terpaksalah dia hulur duit. Mak aku pun cakap, ‘haa kena mintak depan hampa, baru dia bagi’. Ciss berani-berani dia buIi mak aku. Okay dekat sini klimaks, satu haritu aku tumpang sepupu aku balik universiti, sepupu aku tu lebih kurang muda 5 6 tahun je dari mak aku.
Jadi, depa sangat rapat lak. Masa nilah terbukak segala pekung di dada bila sepupu aku mula tanya pasal bapak tiri aku. Kemudian dia tunjuk mesej bapak tiri aku hantar kat adik beradik mak aku, fitnah kata mak aku curang. Tak cukup macamtu, dia siap hantar dekat officemate mak aku.
Dia siap guna account facebook mak aku dan mesej buruk-buruk dekat kebanyakan ‘friend’ mak aku. Kemudian dia komen kat gambar makcik aku dengan ugutan nak buat yang bukan-bukan dekat mak aku. Dorang apalagi, screenshot habis la.
Masatu dia dah jarang balik rumah. Sampai ada satu hari dia balik tu gaduh besar dengan mak aku. Dia kata macam yang dia nak hantar sesuatu kat mak, yang boleh hilang. Pastu berani pulak dia buat pengakuan yang dia dan ‘gang-gang’ dia memang cari perempuan yang kerja kerajaan untuk buat bini supaya depa boleh duduk rumah goyang kaki.
Aku ni jenis malas-malas sikit nak ambik tahu kisah mak aku kahwin dengan dia dulu. Sepupu aku cerita yang dulu masa mak aku kerja kat kedai runcit tu, masatulah laki berkopiah ni datang. (They just suspect he use ‘something’).
Yela mak aku sungguh sungguh cari kerja dekat sebab nak jumpa anak-anak takkan hilang lepas seminggu dua kenal lelaki lain. Mak aku dulu bertudung labuh bulat camtu, dia datang macam alim-alim lebai kemudian ajak mak aku kahwin. Mengaku duda isteri meninggal.
Masa beberapa minggu lepas kahwin tu, datang la isteri dan anak dia serang mak aku kat rumah. Sampai anak mak aku dah besar pun mak aku masih dapat ugutan dari isteri dan anak-anak dia. Kampung sebelah sana, habis ditabur fitnah sampai mak aku tak boleh jejak kaki ke sana.
Mak aku dah lama dah sabar dengan bapak tiri aku tu, smpailah hari dia ugvt nak cederakan mak, nak hantar santau bagai, mak aku halau dia. Dah tu rumah mak aku, sesen pun dia tak bayar. Dan dia pun blah dengan tak malu bawak lari sekali dengan kereta mak aku.
Atas nasihat adik beradik semua, mak aku buat report polis dengan bukti-bukti ayat ancaman yang dia bagi melalui mesej, facebook dan sebagainya yang dia nak bunuh mak aku. Seram sejuk aku masa tu. Aku hanya mampu doa Tuhan lindungi mak aku je.
Allah.. masa-masa genting tu tetiba kawan si lelaki ni (sebab dia rasa bersalah jadi orang tengah) dia pun mesej mak aku cerita dan bagi gambar siap yang si bapak tiri aku ni dah kahwin lain pun. Dia antara orang yang ikut masa rombongan nikah tu.
Sebulan ke berapa minggu tu aku tak pasti tapi masa dia tak balik rumah tu la. Masa tu sakan la mak aku mintak balik kereta, alasan jantan tu bagi, ‘kereta ni dah buruk, h4ng tak leh naik dah pun.’ Yang tak tahan tu, kereta yang dia kata buruk tulah dia bawak pegi johor nikah lagi satu.
Mak aku duduk utara, kau rasa dia bawak sampai johor tu, power giler la kan kereta tu. Yang isteri lagi satu tu pun aku rasa m4ngsa keadaan (jenis ustazah-ustazah jugak). Yang bapak tiri aku tabur tabur fitnah mak aku curang, tapi siap pulak yang kahwin baru sekarang ni.
Dah dekat setahun lebih dah benda ni jadi dan mak aku dah berjaya bercerai lepas tuntut fasakh. Mak sekarang ibu tunggal, sambil jaga anak-anak dia sorang-sorang. Sampai adik-adik tiri aku ni, kalaulah bapaknya telefon, sorang pun taknak bercakap dengan dia.
Dia telefon pon tanya ‘topup masuk tak?’ Itu je! Aku tak pasti berapa makamah mintak dia bayar tapi setakat aku tahu paling banyak pun dia bagi 50. Takpun topupkan phone dorang. Makan pakai sekolah tak tanya langsung, semua mak aku urus sorang.
Ramadan baru ni, adik-adik tiri aku buka cerita yang mak tiri dorang (johor tu) ada contact mak aku lepas cari cari nombor. Punyalah dia baik mintak maaf sebab tak tahu yang laki dia tu ada bini dah. Dia ada cakap yang suami dia tu which is ayah budak-budak ni nak kahwin lagi satu.
Masa adik-adik aku tengah beria cerita tu, mak aku buat isyarat supaya tak payah cakap la benda tu. Mak aku ni baik betui. Kalaulah dapat jumpa depan mata, aku nak tampar-tampar je pakcik ni. Sampai hati buat mak aku macam tu.
Tapi bila fikir balik, tak guna pun benda dah berlaku. Jadi, doalah moga dia dapat hidayah Tuhan. Pengajarannya.. kepada wanita kalau nak berkahwin tu check dulu betul-betul latar belakang lelaki tu habis-habis. Kena kenal keluarga dia semua, jangan percaya bulat-bulat.
Pastu, amalkan doa pelindung, moga Allah lindungi kita dari benda benda yang tak sepatutnya. Dan yang penting tu iman dan akidah. Aku rasa punca perangai pelik pakcik ni mungkin sebab dia dah lama jauh dari Tuhan.
Orang yang hidup berTuhan takkan buat benda macamni. In case warga johor jumpa lelaki ni, bawaklah dia ke pangkal jalan. Kepada yang lelaki pulak, isteri dan anak-anak tu amanah Tuhan. Laksanakanlah tanggungjawab selayaknya sebagai ketua keluarga.
Akhir sekali, sebab aku tak sepenuhnya berada di tempat kejadian, cuma dari sumbe-sumber tertentu, jadi aku mohon maaf kalau ada ditokok tambah sebelum cerita sampai ke telinga aku. sekian. Doakan mak aku bahagia dunia akhirat dan dikurniakan syurga atas kesabaran dalam setiap ujian hidup beliau. – Sembilan