Beberapa bulan lepas laki aku tengah syok borak – borak tetiba keluar ayat dia, “saya tak pernah sangka awak tak kerja, takde dalam plan kahwin pun awak tak kerja.”
Aku dekat sebeIah ni tergamam dan terpana sampai tak terkata!
Dalam hati berbisik, “aik hilang ingatan ke laki aku ni???”. Aku tak segera membaIas sebab isu ni takleh baIas dalam kereta dan dalam masa yang singkat.
Isu ni panjang penuh emosi. Oleh kerana itu aku pon terasa nak throwback kenapa aku ni tak kerja atau kelihatan seperti takde contribution kewangan. Ayuh kita;
1) Masa awal kahwin aku dah kerja 2 tahun dekat satu company ni.
So far ok takde masalah sampailah tahun ke-4 ceo company tu meninggaI dunia. Masa tu pulak aku tengah mengandung 4 bulan. Lepas beberapa bulan ceo aku tu meninggaI company jadi kelam kabut dan diorang decide nak tutup.
2 bulan selepas tutup tu aku gigih cari kerja lain dan kebanyakan semua takat second interview je sebab diorang tak terima ibu mengandung. Jadinya aku kena berhenti tu tanpa ada kerja lain, duduk je lah dekat rumah tunggu hari nak bersalin.
Hujung – hujung nak bersalin, suami aku pulak gaji kena p0tong 30% sebab internal issue dan barang keperluan baby pun kitorang kongsi beli sebab masa kerja aku memang saving 500 setiap bulan untuk bersalin. Alhamdulillah cukup persediaan nak sambut baby pertama.
Masa dalam pantang aku sign up jadi agent penapis air. Sambil jaga baby aku selit – selit promote, cari customer, schedule post sana sini. Tapi tu la rezeki kan? Ramai kawan dan saud4ra beli penapis air dengan aku sampai komisyen aku time pantang tu boleh dapat dalam 2k selama 3 bulan.
2) Masa baby 2 bulan laki aku dah mula tanya aku tak nak kerja ke? Mak mertua aku pon sama bagi hint suruh aku pi keja, biar baby aku, dia nak jaga. Aku bukan tak nak keja tapi bagiIah aku rileks jap tapi sambil tu aku apply jugak jawatan kosong.
Seminggu lepas apply aku dapat panggiIan interview. Alhamdulillah lepas second interview terus company tu offer. Jadi aku ni ada kerja la balik. Hal anak semua aku uruskan. Laki aku tinggal pergi balik keje je. Masa kerjalah pengasuh call ebm habis, siapa yang berkejar bawa susu? Aku la siapa lagi.
Balik kerja tetiba kereta m4ti dalam jammed dengan baby 3 bulan merengek siapa yang hadap? Aku la siapa lagi. Ada aku bising tak? Takde, aku hadap je sebab laki aku nak sangat aku kerja. Bila dah kerja, gaji aku tu la buat bayar pengasuh, top up groceries, baju bajan anak sampailah bulan ketiga aku kerja, tetiba laki aku kena buang kerja.
Dah kena terminate sikit pun aku tak timbulkan issue bila dia nak kerja ke apa. Aku kerja je macam biasa cuma bulan tu aku la yang bayar segalanya. Tak lama pun dia tak kerja dalam 3 bulan macam tu kemudian dapat kerja baru.
Jadi masa dia dalam probation period, anak aku tiba – tiba kerap tak sihat keluar masuk wad. Laki aku awal – awal dah pesan dia tak boleh cuti sangat sebab tengah probation and kerja dia jenis tak ramai backup. Bila anak keluar masuk hospitaI siapa yang jaga?
Aku la siapa lagi sampai manager aku pun dah naik meluat dengan aku. Mak bapak aku jauh dan dah tua jadi aku memang takde orang untuk ganti jagakan baby. Laki aku pernah la sekali dia ganti. Manager aku sampai tahap perli kaw – kaw macam aku sorang je ada anak.
Anak w4rded 10 hari pun aku tetap usung laptop dekat 4ard kerja macam biasa. Long story short anak aku kerap tak sihat sampailah kovit muncul, jadi alasan kuat untuk company buang aku. Boss aku memang tak boleh blah dengan aku sebab kes cuti jaga anak ni sebab kebanyakkan staff dekat situ duduk dengan mak bapak so hal anak memang serah dekat mak bapak dorang la.
3) Oleh sebab aku kena buang time kovit with reason yang macam tu, aku menang court case and aw4rded with 12 months salary. But tetap aku tak bekerja dan orang nampak aku tak kerja duduk rumah jaga anak. Jadi semasa PKP 1,2,3 tu aku join banyak class pjj mostly kek, biskut and masakan je lah.
Masa bulan puasa PKP 1 aku sajaIah amik order cookies untuk isi masa lapang sekali terus jadi tak lapang dah masa aku. Order masuk banyak siap boleh jadi supplier cookies untuk hamper Petronas dan beberapa company sekitar Shah Alam. Alhamdulillah raya tahun tu syok sebab untung cookies almost 5k.
4) Sepanjang PKP berlangsung memang aku tak kerja. Duduk je dekat rumah asuh dan didik anak yang seorang tu. Anak pun takde dah s4kit keluar masuk w4rd. Laki aku kerja dengan tenang sebab hal rumah hal anak semua aku settlekan.
Duit belanja pun tak bagi sebab aku beli apa semua guna duit sendiri. Banyak dah aku tolong jimatkan poket dia. Sambung balik cerita cookies aku tadi tu, so dari PKP 1 sampai habis PKP aku dok la amik order cookies dengan kek.
Daily production sampai jiran aku jadi syok order short notice pun mesti dapat. Aku pon lama – lama jadi enjoy sampai lupa nak cari “kerja”. Tapi tu la Allah ni maha baik, dia akan bagi ujian selari dengan keperluan kita.
Masa anak umur 3 tahun doc detect dia ASD. So kena ulang alik pergi therapy, appt hospitaI, weekend playgroup. Sapa yang bawak anak? Aku la sape lagi. Dekat rumah aku kurangkan ambil order sebab nak extra focus dekat anak. Normally anak dah tidur baru aku start siapkan order.
Monthly income aku jual kek dan cookies ni dapatlah dalam 3-4k. Itu pun masih aku dipandang sinis sebab tak kerja. Mak mertua aku pon malu – malu je nak sebut aku tak kerja tapi duduk rumah jual kek. Masa ni gaji laki aku memang tak berusik pon untuk aku. Barang dapur pun banyak aku cover. Tapi tetap ye ada juga berbunyi banyak kena bayar itu ini. Setahun lepas habis PKP, laki aku dpt better offer yang memerIukan dia pindah ke negeri lain.
5) Dalam pada menimbang tara taw4ran tu, laki aku ajak pindah sekali dia nak bawak family sama – sama. Dia cakap takpe, dia boleh tanggung semua sebab gaji naik banyak. Kira aku tak payah dah nak jual kek ape semua ni. Aku pon setuju dan ikut pindah.
Rumah baru kitorang tu dekat kawasan kampung dan aku pon tak familiar dengan penduduk situ, jadi macam susah nak start jual kek dan cookies. Elok sebulan pindah tup – tup aku pregnant. Haha, so basically memang aku tak kerja dan tak menjana pendapatan dekat tempat baru ni.
Tapi aku menjana pendapatan jadi shopee affiliates. Bolehlah buat beli – beli coffee, takde dah income 2 – 3k macam sebelum ni. Anak aku pulak selain ASD dia juga ada ADHD so bagitau aku tadika mana yang nak mengasuh anak macam ni? Takde. Even tadika pun kena cari yang 100% playschool syllabus.
Masa aku berpantang anak kedua, mak mertua banyak kali forw4rd link kerja kosong, laki aku pon tiber macam berubah fikiran suruh aku cari kerja dekat – dekat. Now aku still tak pergi kerja tapi hari – hari aku busy monitor routine anak yang istimewa tu, uruskan baby, laundry, masak 3 – 4 kali sehari. Seminggu 2 – 3 kali aku meniaga makanan dekat kawasan kejiranan.
Ada hari penat tapi still kena monitor anak sulung tu practice macam – macam sebab at least kalau aku dah takde, dia bolehlah surv1ved dengan skill yang ada, boleh urus diri sendiri, boleh bersosiaI dengan baik. Jadi sebab tu lah aku tak “kerja” sampai sekarang.
Sebab tu jugak aku tak reply persoalan laki aku yang dia tak pernah sangka isteri dia tak kerja. Macam saja je kan aku ni tak kerja? Lupa dah dia kronologi kenapa aku ni tak kerja. Mungkin dia dah syok sangat hidup smooth like a butter.
Mak mertua aku sampai rasa pelik kenapa menantu dia ni tak hebat macam orang lain. Dia punya pelik tu sampai pertikaikan kenapa anak dia pilih aku jadi isteri dulu. Beberapa kali jugak depan – depan aku dia suruh laki aku cari bini baru.
Ni pun lagi sorang hilang ingatan tak ingat yang anak dia angau sangat dekat aku masa aku tengah buat masters dan jadi junior lecturer dekat private college. Aku senang je, depan – depan mak mertua jugak aku cakap kalau nak ada bini baru, bercerai dulu dan aku nak hak penjagaan penuh dekat anak – anak.
Jangan main – main dengan aku. Kalau kau dah tak suka aku, dengan anak – anak pun aku tak bagi ada kaitan. PergiIah buat cucu baru. Walaupun aku tak kerja tapi keupayaan aku untuk cari duit demi anak – anak apa pun sanggup. Nasihat aku, janganlah salah bual. Takut awak tak ready je nak dengar baIasan lepastu. – Intan Payung (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Izni Nadhirah : Awak ni nampak macam usahawan berjaya. Kalau bercerai pun boleh surv1ve. Awak ada master, pernah jadi junior lecturer. Maksudnya awak bukan biasher – biasher. Surv1val skill awak tinggi. Awak nampak ada class.
Fatin Athirah Nordin : Kalau aku, alang – alang dah laki dah pertikaikan tu aku mintak claim balik ape aku pernah contribute sepanjang “tak kerja” tu. Tengok smooth like butter ke tak dia lepas tu.
Akissha Laila’sha : Dia kalau suami yang ungkit benda ni kita senang nak sekolahkan dia balik. Dia jadi geram bila mertua pun sibuk nak ungkit. Kalau mertua tu jenis mak bekerjaya, aku tahan lagi dia nak banding – bandingkan.
Kalau mertua tu pun surirumah tapi berangan nak dapat menantu banyak duit, aku rasa cukuplah kau buat baik dengan mertua jenis ni.
Kita orang perempuan yang highly educated tapi memilih jadi surirumah, jangan sesekali biar orang pijak kepala kita k.
Kita bukannya tak bijak, ada masa kita perlu diam dan atur strategi supaya siapa yang nampak lebih “cerdik” di masa hadapan.
BACA: