“Mak mertua kaki putar belit, aku menyesal pelawa mak mertua duduk sekali, akhirnya aku bocorkan rahsia mak mertua”

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Salam, hi semua. Di sini saya mahu menceritakan sedikit luahan hidup saya. Hidup saya bahagia bersama suami

. Kerana kami sering bertolak ansur dalam segala hal. Incase hal kecil pon kami akan bincang sebelum buat keputusan.

Cuma kesilapan besar saya adalah membawa masuk ibu mertua ke dalam rumah kami.

Mulanya, saya memang kasihan kan ibu mentua saya. Kerana dia tinggal berdua saja dengan cucunya yang berumur 2 tahun.

Biasalah budak lelaki umur 2 tahun semestinya dalam tempoh tantrum dan lasak. Kena pula dia jenis yang suka menangis.

"Mak mertua kaki putar belit, aku menyesal pelawa mak mertua duduk sekali, akhirnya aku bocorkan rahsia mak mertua"

Pada ramadhan yang lepas, ibu mertua saya s4kit kaki sehingga kan tidak dapat berjalan dengan betul. Dia terp4ksa menolak bakul baju untuk dia bergerak. Hati manusia mana yang tak kesiankan keadaan itu kan. Saya mudah sangat kesian kan orang. Tanpa memikirkan kesan pada diri sendiri.

Mula dari tu saya pujuk suami untuk bawa ibu mertua beserta anak buah saya tu tinggal bersama saya. Kerana saya kasihankan ibu mentua saya tu. Tapi m4kin lama m4kin hidup saya yang tak selesa. Selama ni kalau suami tiada di rumah. Saya akan berdua sahaja dengan anak kami. Saya bekerja shift.

So bila balik kerja malam. Memang saya da biasa urus anak saya dari berpantang sampai la saya mula bekerja. Saya berpantang pon berpantang sendiri walaupun ini anak pertama kami. Anak saya memang aktif, saya sangat bersyukur anak saya aktif.

Umur anak saya sekarang sudah setahun. Dan dia memang akan explore ke mana saja dia nak. Saya memang akan pastikan di rumah tak ada benda yang berb4haya. Dan saya biar je dia pergi ke mana saja. Sekarang tidak lagi.

Sejak ibu mertua duduk di rumah saya. Setiap kali anak saya masuk ke bilik dia. Atau mengganggu anak buah saya yang di dalam buai. Buai tu ada di ruang tamu kami. Dia akan bagi anak saya kepada saya. Kalau contoh saya kerja malam.

Saya akan kurung anak saya bersama saya dalam bilik. Sebab saya tidak mahu anak saya ganggu mereka. Pernah saya tidur di dalam bilik. Saya terbangun dan tengok anak saya bersama saya dan pintu bilik di tutup. Saya rasa terkilan. Biar la anak saya nak teroka.

Lagi pon saya akan terbangun kalau anak saya menangis. Saya pon tidur sekadar 2 jam dan bangun untuk masak makanan anak saya. Saya urus anak saya seperti biasa. Saya tak mengharapkan ibu mertua untuk berbuat apa – apa pon untuk saya. Cukuplah dia buat hal dia saya buat hal saya.

Bagi saya, kenapa tak buai cucu di dalam bilik dan tutup pintu bilik kalau tak mahu diganggu. Kadang – kadang anak saya menangis ketika saya mandi or masak. Ibu mertua leka bermain hp. Saya ada memberitahu suami “Kenapa ye mak tidak mahu ambil peduli pada anak kami”. Sesekali je dia akan layan.

Rupanya, suami saya pun sama mengalami perkara yang sama ketika turn dia menjaga anak. Dia kata memang begitu. Mak akan fokus pada perkara yang dia buat sahaja. Ada satu hari tu, kami membawa ibu mertua untuk makan luar. Bersempena hari jadinya.

Selepas itu, kami pergi ke pasaraya untuk beli lauk sekadar berharga RM120. Kerana ketika itu sudah penghujung bulan. Jadi kami akan beli yang perlu sahaja. Asalnya kami berdua sahaja yang ingin turun kerana dalam list kami cuma susu anak, ikan dan sayur sahaja. Tetapi mak mertua saya pun ikut sama masuk.

Okay lah, dalam fikiran saya dia mahu ikut sahaja. MaIangnya dia telah mengambil barang di luar list kami sehingga kan suami terp4ksa bayar sehingga RM260. Suami saya jenis suka asing – asingkan duit. Duit belanja kerja dia lain. Duit dapur lain. Duit dapur memang tinggal RM120 sahaja.

Ya, saya faham dia tak tahu situasi suami saya yang tidak berduit ketika itu. Tetapi bagi saya kalau dia inginkan sesuatu. Bayar sendiri. Jangan harapkan suami sahaja. Seolah – olah mengambil kesempatan. Sedangkan dia mempunyai duit sendiri.

Jika suami saya serba mampu. Untuk apa saya yang sepatutnya dinafkahi suami sepenuhnya pergi bekerja. Baik saya duduk di rumah sahajakan. Selepas itu, suami saya terus bermasam muka kerana baki dalam dompet dia tinggal RM40 sahaja.

Hmm mana isteri yang suka tengok suami dalam kesusahan. Nasib dia bawa duit extra ketika itu. Ada perkara yang saya turut kecewa, suami membelikan saya iron steam. Masa saya excited membuka iron steam. Ibu mertua saya cakap. Iron ni banyak tau pakai elektrik.

Dalam hati saya, ya Allah apa salahnya saya mahu pakai iron steam ini. Suami saya telah pon hadiahkan dia basikal elektrik berharga RM3200 beserta handphone baharu berharga RM1500. Apa kurangnya lagi. Bagi saya, masing – masing sudah dapat bahagian masing – masing. Tak perlu la pertikai lagi apa yang suami beri pada saya.

Lagi pon bil elektrik kami sebelum ni RM30 – 50 paling tinggi. Sekarang hampir mencecah RM100. So di situ dah nampak siapa sumbang lebih banyak pakai elektrikkan. Saya tak kisah pon asal suami saya okay saya pon turut okay. Sebab semua perbelanjaan dia yang tanggung. Saya sekadar membayar kereta milik saya sahaja.

Okay pasal cucu dia pula, setelah saya bincang dengan suami. Saya beri pandangan supaya siang dihantar pengasuh. Sabtu ahad dan malam sahaja ibu mentua akan jaga. Tapi itu pon masih mengeluh dan kadang – kadang membentak cucu dia jika tidak mahu mandi or makan.

Ibu mertua saya selalu mengeluh dengan kami kata str3ss jaga cucunya tu. Tetapi tidak berterus terang dengan anak dia yang dia tidak mahu jaga cucunya itu. Pernah sekali dia berkurung bersama cucunya di dalam bilik dari pagi sampai 12 tengahari. Saya sekarang malas mahu masuk campur urusan dia. Kerana hal anak saya pon dia tidak ambil peduli.

So saya pon malas mahu tolong dia urus cucu dia. Cukup la saya sudah bagi jalan untuk kurangkan str3ss dia menjaga cucu dia. Anak dia pon kalau pulang ke rumah kami, tidak mahu mengurus anak dia. Macam sudah lepas tangan. Membuat ibunya seperti h4mba.

Walaupun saya ni mungkin bukan menantu yang baik. Saya tidak sampai hati la nak mengh4mbakan ibu bapa. Di sini saya mahu pendapat dan nasihat yang baik – baik untuk saya meneruskan hidup dengan lebih bahagia.

Kalau mahu diceritakan. Banyak lagi hal – hal lain yang meruntun jiwa. Saya sekadar ingin meluah dan ingin pendapat dan nasihat yang membina. Mungkin banyak juga khilaf dari saya. Saya cuma mahu bahagiakan orang lain. Tetapi saya yang d3rita atau mungkin saya yang tidak ikhlas. Sekian. C4ncer f1ghter.

Sambungann… Salam semua, saya pernah berkongsi cerita di laman ni sebelum ni. Ibu mertua saya memang duduk dengan saya. Sebelum ni dia ada jaga cucu dia. Tapi sejak dia mengeluh pada saya dan suami. Suami saya terus beritahu kakak dia tetang mak dia yang suka mengeluh itu ini. Str3ss jaga cucu bagai.

Selepas beberapa hari, mak dia boleh cakap kat suami saya. Di sudut hati mama kesian dekat kakak. Eh kitaorang auto confuse. Kau ni sebenarnya nak mana satu. Nak jaga cucu ke tak nak sebenarnya. Entah apa la yang dia ngadukan kat anak perempuan dia. Tau – tau anak perempuan dia terus ambik anak dia pulang ke rumah dia.

Dia selalu m4ki hamun cucu dia. Merentan. Mengeluh cakap di usia begini patut ke dia jaga cucu. Umur mertua saya sekarang 67 tahun. Kami kalau mak mertua tak mengeluh kami pon tak nak campur urusan dia jaga cucu. Tapi kalau dah tiap kali mengeluh je. Mesti la kitaorang take action.

Dah kakak ipar saya salah anggap. Dia cakap kami yang tak suka anak dia duduk dengan kami. Entah apa mak dia cerita kat kakak ipar. Jadi lain pula cerita. Mak mertua saya memang tidak akan berterus terang dengan kakak ipar saya jika memang dia tidak mahu jaga cucu.

Saya pernah slowtalk dengan dia banyak kali. Saya cakap ma, saya ambik mama duduk sini untuk tenang tenang. Tak payah buat apa – apa hanya urus je la diri sendiri. Saya cakap lagi kalau tak mahu jaga cucu berterus terang sahaja dengan kakak. Tak perlu nak menyusahkan diri.

Lepas tu saya juga kerap bertanya dengan dia. Mama okay ke tinggal dengan kami. Dia selalu jawab mama follow the flow. Jadi, maksudnya ok la kan. Sejak kakak ambil anak dia, hubungan kami dengan kakak agak tegang. Mungkin dia dah salah faham atau memang sengaja tidak mahu faham.

Okay nak di pendekkan cerita. Baru – baru ni dia datang ke rumah kami. Sebelum ni dia pernah cakap, kononnya dia tak akan jejak kaki lagi dekat rumah kami. Tapi dia sendiri yang tak boleh ikut undang – undang yang dia buat. Alasan dia nak ambik bahulu yang di order dari mak dia.

Ketika dia datang rumah saya tu, saya baru balik kerja malam. Anak saya pula meragam badan naik merah – merah gatal. Saya dah sapu macam – macam pon tak kurang. Saya tak marahkan anak saya. Cuma saya macam burn out. Ikhtiar terakhir saya mandikan anak saya.

Saya keluar bilik saya buat biasa je la bila nampak kakak. Tapi memang muka saya agak str3ss la dengan masalah saya tu. Kakak terus cepat – cepat masuk kereta dengan anak dia. Tak lama dia update story kat fb dia tentang saya. Dia kata saya macam – macam. Dia kata saya buat muka la. Tak puas hati dengan dia la.

Nampak sangat dia penakutkan. Kenapa tak tanya saya depan depan masa jumpa kat rumah tu. Kenapa mesti update story kat fb. Saya geram. Saya terus ser4ng dia kat group family dia. Saya cakap kalau dia rasa tak puas hati dengan saya.

Dia boleh tanya mak dia apa yang selama ni mak dia burukkan dia sampaikan saya termakan dengan kata – kata mak dia yang kononnya hidup dia terpaling terani4ya. Lepastu saya cakap lagi selama mak dia jaga cucu di rumah saya. Apa yang mak dia telah buat dekat cucu dia.

Saya ni sebenarnya tak suka mertua saya m4ki hamun budak 3 tahun macam budak tu dah besar panjang. M4ki hamun siap cakap keturunan tak elok la. Macam – macam la dia cakap. Kesian budak tu. Dah la kurang kasih sayang. Mak bapak bercerai. Bapak tak pernah ambik peduli.

Mak pula hidup seolah macam tak ada anak. Lepas tangan ke orang lain. Hidup dengan nenek asyik kena d3ra mental ye. Okay pada hari itu juga, sebelum saya berg4duh dalam group wasap family dia. Mak dia senyap – senyap ikut kakak dan tak balik rumah saya lagi.

Kalau nak cerita sangat panjang ye. Cuma saya nak jelaskan di sini. Kebaikan saya selama ni digunakan oleh mereka ye. Mak mertua saya memang tak akan mengaku silap dia walaupon dia tau silap dia. Kakak ipar percaya bulat – bulat apa yang mertua cakap.

Saya memang dah lama sangat kecil hati dengan mertua. Sebab dia selalu mengadu itu dan ini. Setelah saya tolong. Dia boleh buat uturn. Dia buat saya ni yang salah dalam hal ni. Sejak itu, setiap kali cuti memang saya akan bawa lauk masak di rumah mak saya.

Bila malam saya balik untuk tidur. Bercakap dengan dia pon tidak. Tapi saya rasa bahagia sangat bila dia dengan rela ye keluar dari rumah kami. Sebab saya dah tak mampu nak layan drama mak mertua saya yang suka belit – belit cerita. – Yana (Bukan nama sebenar)

BACA: “Lepas abah meninggal, mak nak bagi sama rata harta abah sedangkan along cuma anak angkat, bila kami bantah, mak tuduh kami anak derhaka”