“Mak mentua sibuk ingatkan suami pasal adik ipar, meluat aku”

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Memang benar tanggungjawab menjaga adik beradik jatuh kepada si abang apabila ayah meninggal.

Namun jangan sampai lepas tangan hingga menganggu kehidupan si abang demi adik yang sudah besar semuanya.

Seorang wanita lelah melihat ibu mentua tak habis mengingatkan suaminya tentang adik-adik yang kesemua sudah berusia 20 tahun ke atas.

Saya sudah berkahwin selama lima tahun serta dikurniakan dua anak dan ini adalah luahan mengenai keluarga mentua.

Suami saya anak sulung daripada empat beradik, dua lelaki dan satu perempuan serta bapa mentua saya dah meninggal.

“Mak mentua sibuk ingatkan suami pasal adik ipar, meluat aku"

Lima tahun saya pendam perasaan ni, adik suami yang perempuan berumur 26 tahun ,manakala yang lelaki 21 dan 24 tahun serta semua masih bujang.

Sepanjang kahwin , mak mentua saya asyik ingatkan suami saya tentang tanggungjawabnya kepada adik perempuannya.

Tiap kali ada masalah tentang adik perempuanya, suami saya orang pertama kena bertanggungjawab

Tak pernah sekali mak mentua saya ingatkan suami tanggungjawabnya kepada saya dan anak-anak tapi asyik ingtkan hal adik perempuannya.

Kami tinggal berdekatan dengan rumah mentua, boleh dikatakan tiap bulan balik rumah mentua, tapi pernah mentua meluah dia masih rasa suami saya berjauhannya dengannya.

Berbanding dgn saya, jauh dengan keluarga, enam bulan sekali kadang baru boleh balik jumpa mak ayah saya.

Saya dah terlalu penat dengan drama adik perempuan yang tak sudah-sudah ingatkan abangnya untuk jaga dia.

Sampai bila nak harapkan abang dia untuk jaga, semua sudah besar, boleh fikir hal masing-masing.

Baca juga: Berjaya jual 400k botol sebulan, akhirnya terjawab siapa dibelakang Jungle Girl