Masih ada ibu bapa yang terlalu memilih kasih hingga sanggup membandingkan anak yang duduk dengan duduk jauh.
Bagi mereka anak duduk jauh lebih berbakti berbanding tinggal berdekatan sedangkan anak itu jugalah yang menjaga kebajikan mereka.
Seorang wanita terkilan dengan sikap mentua menuduh suaminya kedekut dan pada masa sama memuji anak lain yang balik hanya sekali setahun.
Mak mentua aku ni boleh dikatakan agak mata duitan, dia selalu cakap cakap anak dia (suami aku) ni kedekut.
Entahlah, anak yang kedekut ni juga yang belikan barang dapur untuk dia walaupun tak banyak tetap dia kata kedekut.
Bila adik beradik suami balik, dipuji mereka melambung-lambung sedangkan mereka belanja barangan dapur juga bukan mahal.
Aku rasa tak puas hati bila dia rendahkan suami depan adik beradik lain, tak habis nak kata anak dia seorang ni kedekut.
Tapi suami jenis hati kering, aku pula yang tersentap dengan layanan diberikan mak mentua mungkin sebab keluarga aku tak pernah bandingkan kami adik beradik
Kalau bapa aku tahu anak dia susah, dia pula akan tolong anak menantu bukan banding macam apa yang mak mentua aku buat.
Lebih menyedihkan adik beradik dia balik setahun sekali sahaja, kalau nak dibandingkan dengan suami yang bagi RM50 sebulan untuk barang dapur kira baiklah tu.
Kalau mereka kirim duit tu fahamlah kalau mak mentua nak bandingkan suami tapi tidak, ini anak yang di depan matapula dilayan sebegitu.
Suami aku bukanlah kaya tapi dia cuba bagi sehabis baik untuk mak sendiri dan suami sendiri korban banyak benda sebelum kahwin untuk mak ayah dia.
Sampai satu tahap aku rasa nak ajar suami aku biar dia betul jadi kedekut baru mak dia tahu apa rasanya.
Betul suami aku tak kaya, sekurangnya dia tak pernah tanggungjawab pada mak ayah dia, ibu bapa mentua dia dan isteri serta anak-anak.
Baca juga: Ini cara paling berkesan nak hapuskan semut dalam soket ramai belum tahu