“Mak cuba selindung airmata, mak takde masalah dengan aku, rupanya keluarga adik ipar jadikan mak sebagai babu dirumah mereka”

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Pernah kan dengar kisah mak mertua pilih kasih kepada menatu dan anak? Banyak sangat berlaku yang mana , mak mertu ini kadang lebihkan anak lebih daripada segalanya

Tapi kenapa jadi begitu. Emosi mak terganggu atau sebabkan sikap anak lain yang kurang ilmu

Kisahku bermula sejak tahun 2009, selepas berkahwin bersama suami. Diawal perkahwinan kami serasi.

"Mak cuba selindung airmata, mak takde masalah dengan aku, rupanya keluarga adik ipar jadikan mak sebagai babu dirumah mereka"

Aku diajar menghormati mak mertua dan ayah mertua.

Kami laki bini tak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam memberikan nafkah yang kami mampu . Malah setiap kali musim perayaan setiap mak ayah kedua-dua pihak akan mendapat persalinan baju raya yang cantik.

Tiada beza antara mertua dan mak ayah sendiri.

Sejak melahirkan anak yang sulung tahun 2010, sejak dari itu mak mertua menunjukkan sikap yang pelik. Mungkin kerana anak kesayangannya masih tidak mendapat anak lagi. Ini persepsi aku

. Itukan rezeki. Masa berlalu dan berlalu… Kami masih lagi menghormati mak dan ayah mertua seperti mana yang agama syorkan.

Tapi, sebaliknya yang aku dilayan. Aku bagaikan tiada mak mertua. Sejak 2011, selepas anak kesayangan mak mertua melahirkan anak, mak lebih utamakan cucu tersebut. Cucu daripada anak hasil perkahwinan kami, bagaikan wujud sekali sekala.

Bagaikan chipsmore. Tiada rasa dan kasih sayang yang mak tunjukkan. Pernah mertua berkata ” anak-anak N tak mau kat mak”. Aku termanggu kehairannan. Sebab sejak Along lahir, anak aku di hantar ke taska.

Tiada masalah untuk mereka di besarkan dengan pengasuh.

2011, ayah mertua terpaksa berpindah ke KL kerana kehendak kerja. Pelbagai alasan mak diberikan untuk tidak ikut serta. Masalah jiwa mak semakin meruncing. Mak bagaikan seorang yang dungu dan hil4ng punca.

Dengan kami suami isteri banyak menyepi. Bila diajak ke rumah, ada sahaja alasan yang mak berikan. Prinsip aku mudah “mak bukan ke rumah N untuk bekerja, tapi berehat”. Andai ini yang mak salah faham, mak silap.

Tahun demi tahun berlalu, mak bagaikan tidak wujud. Jika wujud disamping abah sekali pun hanyalah 2 minggu atau sebulan. Mengimbau kenangan , anak yang sulung dalam 8/9 bulan ketika itu, 2 minggu di ward Hspital Serdang, tiada sekali mak datang melawat.

Tiada langsung. Alasan abah mertua kerana mak menjada anak “Si E”Pernah sekali, ketika itu aku difitnah oleh anak perempuan kesayangan mak. Apa motif yang hendak disampaikan sehingga kini aku tak ketahui.

Isunya, bila dikorek rupanya hati yg cemburu dengan kak ipar. Kakak ipar bekerja dan ada keluarga yang sempurna. Tahun lepas 2016, kami bawa mak shopping, itupun setelah paksa mak balik ke KL , dan meningg4lkan cucu yang mak terpaksa jaga. Kesian , mak cerita kami kami bahawa dia dah letih. Penat sangat.

Air mata mak nampak mengalir deras. Tapi cuba diselindung. Rupanya, mak ada masalah jiwa bukan dengan aku dan suami, tetapi dengan keluarga adik ipar yang menjadikan mak bibik di rumah mereka.

Mak terpaksa menangung keresahan jiwa akibat sikap anak sendiri, seolah -olah mejaga mak dengan penuh kasih sayang. Tapi jiwa mak merana.Sedih bila mengenangkan nasib mak. Waima dalam satu ungkapan yang ustazah kongsikan

Semoga aku menjadi anak soleh dan membahagiakan mereka bukan sahaja dunia tapi akhirat. Pesan suami, jadilah orang yang ada ilmu, bagaimana orang melayan dan fitnah kita, jangan dibalas seumpamanya. Sama-sama kita doakan mak dapat kembalik ke jalan pilihan mak sendiri bukan membuat keputusan kerana takutkan anak sendiri.

Rupanya mak bukan dengan rela menjaga cucu di nun jauh di selatan. Tapi anak kesayangan itu memaksa. Pernah mak bertanya ” berapa hantar mengasuh anak sebulan.”

“Jawab aku “RM1000.00″ juga mak.. kenapa” “Owh mahal yer… ” “jadi kenapa, mak kena jaga cucu sebab anak mak tak mampu ke?” Jadi mak jadi pembantu rumah di rumah mereka”… Mak sepi, tapi itu lah soalan yang aku lontarkan… sepi mak, tapi bermakna besar.

Semoga anak yang mak kandung dan jaga, akan mengerti satu hari nanti. Semoga tidak terlambat. Mak , baliklah kepangkuan abah. Tempat mak masih disisi dia selagi tiada pencer4iaan. Syurgamu di telapak kaki suami , mak… Semoga anak-anak mak sedar satu hari nanti.

BACA: “Cukup sehari rakaman suara tu aku letakkan disitu, tak sanggup rasanya dengar nenek fitnah ibu, aku takkan lupa sampai bila-bila”