Mak berniqab sibuk pilih baju, buat tak nampak anak sendiri buli bayi 8 bulan

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Segelintir ibu bapa mungkin menganggap perbuatan memarahi, mencubit, atau memukul anak sendiri sebagai sesuatu yang asing,

kerana percaya ia bukan kaedah terbaik untuk mendidik.

Namun, jika ada pihak luar yang berani “menyentuh” anak mereka tanpa sebab, tidak hairanlah jika ibu bapa akan naik marah.

Inilah yang dialami oleh sepasang suami isteri ketika membawa bayi mereka keluar membeli-belah di sebuah pasar raya.

“Tadi aku keluar shopping dengan suami dan anak aku yang baru berusia lapan bulan. Tengah pilih baju, tiba-tiba seorang budak lelaki,

Mak berniqab sibuk pilih baju, buat tak nampak anak sendiri buli bayi 8 bulan

kira-kira enam tahun tapi saiz badannya macam budak darjah dua, datang dekat suami aku yang sedang dukung anak.

“Mula-mula aku sangka dia nak bermain, tapi tak sangka dia terus menampar anak aku. Suami aku terkejut, dan anak aku terpinga-pinga tak faham apa yang berlaku,” cerita wanita itu menerusi satu hantaran di media sosial.

Tidak berhenti di situ, budak lelaki tersebut terus membuat kacau di depan suaminya dan bayi mereka.

“Budak tu tak habis lagi. Dia naik panjat suami aku sebab nak capai anak aku lagi. Dia pukul-pukul, lepas tu nak gigit kaki anak aku pula. Aku tepis tangan dia sebab risau anak aku cedera,” tambahnya.

Apa yang lebih mengecewakan, ibu kepada kanak-kanak tersebut langsung tidak mengendahkan perilaku anaknya.

“Mak dia ada kat situ, tapi buat macam tak nampak. Kalau saya, dah marah budak tu. Umur enam tahun bukannya tak faham baik buruk, bukan umur dua tahun.

“Tapi mak dia sibuk pilih baju, suruh pekerja layan dia. Pekerja tu tengah layan orang lain pun dia tak peduli. Nampak pekerja tu dah serabut, tapi sabar je. Mak budak tu berjubah hitam dan berpurdah macam orang Arab, tapi langsung tak ada common sense. Geram sangat,” luah wanita itu.

Kejadian itu membuatkan dia dan suaminya membatalkan hasrat untuk membeli-belah kerana terlalu kecewa.

“Mak mana yang tak geram kalau anak kena macam ni? Apa mak budak tu fikir? Buat tak tahu je anak dia kacau orang,” katanya.

Insiden tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut mengecam sikap tidak bertanggungjawab ibu kanak-kanak itu.

“Kalau aku, memang cubit dah budak tu. Kalau betul mak dia orang Arab, sis patut je tegur sebab ni negara kita.

“Kalau mak dia minta maaf, okaylah. Tapi kalau tak, memang kena ‘petir’ kat situ juga. Anak buat salah, mak patut ambil tanggungjawab,” tulis seorang netizen.

“Budak umur enam tahun dah boleh faham apa yang betul dan salah. Kalau saya, terus tegur budak tu. Takkan nak biar je,” tambah seorang lagi.

BACA: ‘Kami beri tiga jam untuk padam fitnah atau berdepan saman’ – Peguam baby Adham