Assalamualaikum admin, pertama sekali terima kasih kalau admin sudi siarkan confession ni tapi kalau tak disiarkan takpe, aku anggap admin dah baca ok la
Aku tak pandai tulis karangan tapi malam ni, masa aku tengah tulis ni aku kecewa sangat dengan sikap nenek aku.
Mak aku balik rumah dari jenguk nenek dekat rumah dia tadi, dia balik nangis – nangis.
Tu mak aku, sebagai anak aku sedih, kecewa dan marah dekat nenek lepas mak cerita yang nenek marah dan halau dia tadi. Dipendekkan cerita, dari kecik memang nenek tak sayang sangat dekat mak.
Sebab apa, itu aku tak nak cerita nanti panjang pulak confession ni. Nenek aku kahwin 2 kali, perkahwinan pertama dapat mak aku, yang kedua dan terakhir dapat 5 orang adik beradik mak aku dari lain ayah. Ayah tiri mak aku dah meninggaI.
Masa aku kecik – kecik selalu nenek layan sepupu – sepupu yang lain lebih dari kitorang adik beradik ni. Banyak kali aku tengok mak nangis sebab nenek. Kau bayangkan lah aku kecik – kecik dah tau dah orang tak sayang kami adik beradik tapi aku ikut jugak mak balik kampung ziarah nenek sebab tu nenek kan.
Tu belum lagi aku cerita mak aku kena kutuk, kena fitnah, tak mengaku adik beradik dengan adik – adik mak. Tapi tiap kali kitorang jumpa aku masih senyum, masih salam dengan diorang. Nenek ni bias sikit dengan anak – anak dia, dia sayang lebih – lebih anak bongsu dia.
Segala benda dia bagi anak emas dia tu. Serius, semua benda. Tapi masa dia s4kit, mak aku la yang jaga dia. Berapa kali nenek masuk hospitaI, dia banyak peny4kit, k4nser usus, s4kit jantung, tiap kali dia masuk hospitaI mak aku la yang teman dia dalam hospitaI tu.
Anak – anak dia yang lain? Main tolak – tolak macam bola je. Basuh ber4k dia? Mak aku la. Bila suruh anak bongsu dia tu? H4ram tak nak, geli lah apa lah tapi dalam facebook bukan main post kata kata kononnya sayang mak.
Baru – baru ni nenek masuk hospitaI, anak – anak mak aku la yang tolong, abang aku uruskan bayaran nak masukkan bateri dekat jantung dia. Cucu – cucu yang dia benci ni la yang tolong dia. Aku turun naik hospitaI gilir – gilir teman dia malam – malam dengan mak.
Anak dia yang lain? Adaa. Tapi jenguk – jenguk masa waktu melawat, tu pun kadang – kadang tak datang langsung. Baru – baru ni mak nasihatkan anak emas nenek aku tu. Jangan susahkan nenek tu lagi. Kitorang baru tolong dia setelkan hutang – hutang yang dia ada.
Mak aku nasihat jangan cucuk nenek suruh meminjam lagi. Dia s4kit jantung tu pun kes kerja kuat nak setel kan hutang dia yang berlambak. Berhutang tu pun duk pergi berj0li dengan anak bongsu dia tulah. Bila mak aku nasihat, anak emas dia pergi mengadu dekat nenek, hasilnya tadi mak kena marah betul – betul dengan nenek sampai dia suruh mak aku bayar balik penat dia besarkan mak aku.
Nenek aku tak bagi mak jejak kaki dekat rumah dia lagi, dan nenek aku ada cakap yang dia nak buat solat hajat biar mak aku ni jatuh miskin. Aku bukan sebelahkan mak aku sebab dia mak aku, aku dah besar aku reti beza hak dengan yang batil.
Tapi aku boleh cakap yang mak ni baik betul, dari kecik dia dilayan macam sampah dengan nenek tapi dia masih lagi harapkan kasih sayang dari nenek. Dia masih hormat dan jaga nenek. Macam – macam dah nenek buat tapi mak masih lagi jenguk nenek dekat kampung.
Sungguh, kalau semua ni jadi dekat aku, memang tobat aku tak ambik tahu dah. Anak – anak nenek aku sampai ada dah yang buang dia, sampai ada yang tak mengaku mak. Cucu – cucu dia yang lain pun mana ada yang ambik peduli pasal dia.
Ni semua kes dia mewah dan rajakan anak emas dia tu. Anak – anak mak aku je yang peduli. Tapi hari ni mak aku janji dah yang dia tak akan ambik peduli dah. Aku rasa hati dia dah tawar betul. Sedih betul tengok dia tadi.
Bulan depan ni nenek ada appointment dekat hospitaI pasal bateri dekat jantung dia tu. Mak aku cakap dah dengan adik beradik dia, dia taknak dah pergi tolong. Dia suruh anak – anak nenek yang lain balik, jaga sendiri. Selama ni mak aku je yang bersungguh jaga nenek.
Banyak lagi kisah dia. Tapi aku tak nak cerita dengan terlampau mendalam. Takut korang malas baca. Hahaha. Sebagai anak, aku tak tahu. Berd0sa ke mak aku? Salah ke kalau mak aku macam ni? Kalaupun salah, habis perasaan mak macam mana?
Sampai tahap mana lagi dia kena bersabar? Aku tak sanggup nak tengok mak mend3rita lagi. Aku harap kalau confession ni disiarkan, para pembaca boleh bagi aku nasihat sikit. Aku patut nasihat mak aku macam mana. Kalau ikut hati, memang aku tak nak bagi dah mak aku balik.. Thanks. Assalamualaikum. – Cucu
Sambungan.. Assalamualaikum. Admin, terima kasih dah siarkan confession aku yang pertama. Semoga admin dirahm4ti Allah. Aku bersyukur sebab rasa lega bila selama ni yang aku pendam dapat terluah jugak walaupun hanya dalam bentuk penulisan.
Terima kasih jugak dekat pembaca dan semua yang bagi komen nasihat dan pendapat. Tuhan je yang dapat baIas jasa kalian. Korang nampak kata kata korang macam takde nilai kan? Hakik4tnya kata – kata korang tu dah gembirakan hati makhluk Allah yang lain.
Sebenarnya aku dah persiapkan diri aku untuk kena hentam bila buat keputusan untuk tulis confession sebelum ni. Aku tunggu je ada yang nak komen aku cucu yang derhaka, tak reti hormat nenek. Tapi setakat yang aku baca, alhamdulillah takde lagi. Terima kasih.
Korang kalau ada dekat tempat aku, korang akan faham jadi aku tak marah kalau ada yang kutuk sebab korang tak ada dalam situasi aku. Untuk yang tanya ayah aku ada lagi tak. Alhamdulillah, ayah aku masih hidup. Doakan dia panjang umur ye.
Cuma ayah tak pernah halang mak berbakti dekat nenek. Mak aku selalu kena marah, kena halau tu dah biasa dah, depan ayah pun nenek pernah marah tapi ayah tak halang lepas tu kalau pun mak nak balik jenguk nenek lagi.
Dan ya, mak kena marah macam mana pun masih lagi balik jenguk, jaga nenek. Sebab tu mak dia. Pasal hutang, bukan nak ajar bayarkan hutang nenek tapi dia dah tua kerja kuat sebab nak langsaikan hutang dia sampai jatuh s4kit.
Anak mana yang sanggup nak tengok mak dia s4kit lagi. Tambahan lagi nenek baru keluar hospitaI, tempat dia berhutang pun call tiap – tiap hari mintak nenek bayar. Mak taknak dia s4kit lagi. Kami adik beradik sedih tau bila tiap kali jadi macam ni.
Macam mana mak berk0rban pun macam sia – sia je. Masa s4kit tu dia puji mak sebab jaga dia bila sihat terus lupa. Sape yang tak sedih tengok mak dia kena layan macam ni? Aku memang bukan cucu yang baik, aku tak mintak kena puji pun sebab selama ni apa aku buat semua sebab mak aku.
Aku jaga nenek dekat hospitaI pun sebab kesian dekat mak. Mak tak sihat sangat, dia pun bukan muda lagi. Tapi, aku harap korang doakan nenek aku berubah. Dan doakan lah dia sihat. Aku tak mintak lebih, aku cuma harap nenek dapat sayang mak aku dan hargai mak sebab aku dapat rasa yang mak masih lagi berharap dan menagih rasa sayang nenek untuk dia.
Dari kecik dia tak dapat rasa kasih ibu yang sebenar, aku harap mak dapat rasa lepas ni, walaupun sikit. Terima kasih. Doakan yang baik – baik. Assalamualaikum. – Cucu
Komen Warganet :
Uul Md Yunos : Kekadang kita sebagai anak , banyak sangat tawar hati / kecik hati dengan mak sendiri. Jalan terbaik ambik masa pujuk hati kita dulu. Dah okkk, baru boleh layan dorang macam biasa. Berdiam diri bukan bermaksud mau berkurang ajar dengan mereka, tapi mau bermuhasabah diri dulu. Bagi tenang dulu, baru boleh pikir mana yang terbaik!
Noraini Othman : Nenek yang perintah supaya mak tak jejak kaki ke rumah dia lagi. Perintah nenek tu kena ikut ya. Alhamdulillah.. selamat dah mak. Tak d0sa mak sebab ikut perintah nenek.
Dan mak tak perlu dah sibuk – sibuk perihal apa – apa yang berkaitan dengan nenek sebab nenek dah tak suka. Mak dah cuba buat sehabis baik. Jangan risau Allah Maha Mengetahui dan Adil. InsyaAllah mak tak d0sa.
Husna Izzati Jaafar : Kepada confessor, jangan hasut mak tu terus terusan jeruk hati begitu, pujuk dia untuk maafkan mak dia. Nenek tu, biarlah anak lelaki lain yang uruskan, bukan dia seorang yang bertanggungjawab sepenuhnya pada nenek.
Tak perlu rase bersalah atau apa, you did your very best before. Nenek tu perlu diberi pengajaran sikit, kalau tak boleh tegur, buat dengan cara tinggalkan. Semoga nenek awak berubah dan hargai mak awak.