Setiap orang mengimpikan acara perkahwinan mereka tersendiri, kebanyakan anak sanggup berbelanja lebih untuk memenuhi permintaan ibu bapa.
Namun ada pula yang mengambil kesempatan atas kebaikan anak-anak hingga sanggup mengambil duit salam kaut walaupun tidak membantu sesen pun.
Seorang wanita mengakui ibunya bukanlah ibu yang bertanggungjawab, kerap melayan telefon berbanding meluangkan waktu dengan anak-anak.
“Aku anak kedua daripada tiga beradik dan baru sahaja berkahwin dengan suami tersayang lebih kurang sebulan lepas.
Aku bukan nak burukkan mak aku, cuma semua benda buruk yang jadi dalam keluarga ni mesti berpunca daripada dia.
Mak aku ni, dah tua dah dalam 40 nak ke 50 an. Tapi perangai, masih tak matang. Dia cemburukan anak-anak sendiri.
Pukul anak sebab tak dapat barang
Masa kecil mak selalu gaduh dengan ayah, punca sebab ayah tak belikan barang yang dia nak dan sebab tak puas hati dia akan pukul adik beradik aku.
Jadi ayah terpaksa ikut cakap dia sebab tak nak anak kena pukul. Lagi satu kalau anak-anak dia tak buat kerja rumah, memang habis badan.
Tapi mak aku boleh pula santai main telefon, mesej entah siapa-siapa. Bila gaduh dengan orang dekat media sosial, kamilah yang jadi mangsa.
Habis sekolah aku buat ‘part time’ dekat gedung pakaian hari hari dan kemudian aku ditawarkan kerja di Kuala Lumpur.
Sesen pun aku tak minta, aku kerja sampailah mampu beli kereta sendiri tapi bila balik rumah mak, ada sahaja benda dia nak ungkit.
Mak persoal sebab aku tak bagi duit, duduk rumah percuma tak bayar bil sedangkan aku balik rumah pun jarang-jarang.
Lagi geram bukan dia pun bayar semua bil, bapa aku yang umur 60 tahun tu juga yang sibuk bekerja tapi gaji semua habis dekat mak.
Demand macam-macam
Waktu aku nak kahwin, dia suruh buat besar-besaran tapi satu sen pun dia tak nak keluarkan untuk bantu. Semua duit aku dan suami.
Waktu bertunang pun, mak aku suruh pihak lelaki bawa dua cincin merisik dan tunang sebab katanya ikut adat.
Aku habis RM20k untuk puaskan hati mak, kau bayangkan tempat sanding tu ala barat tapi dia suruh aku pakai baju tradisional.
Semua benda dia atur, make up aku, baju aku semua ikut kehendak dia sampai aku terpaksa hadkan jemputan kawan aku kepada 15 orang sahaja, selebihnya kawan dia.
Disebabkan perangai mak aku tu, memang adik beradik belah ayah bermusuh dengan dia sampaikan dia tak jemput keluarga sebelah ayah.
Yang paling aku sedih, duit salam kaut majlis aku, semua dia sapu tanpa maklum. Padahal yang banyak keluar duit ialah aku dan suami.
Terkilan sangat. Majlis sendiri, tak boleh jemput kawan sendiri. Duit habis untuk ikut kehendak orang lain.
Sekarang aku lega sebab hidup dengan suami. Dapat suami yang penyayang, handsome, baik, alhamdulillah. Cuma mak aku je sampai sekarang tak berubah.
Setiap masa ungkit semua benda macam dia terpaling baik. Kebaikan aku dan adik beradik, dia tak pernah hargai.
Baca juga: “Dia cakap kerja bawa teksi, rupanya selama 6 bulan kahwin ni, pekerjaan sebenar suami tak halal!”