Majlis Berkhatan dah macam konsert, telan belanja hampir RM1 Juta!

Majlis Berkhatan dah macam konsert, telan belanja hampir RM1 Juta!

Majlis Berkhatan dah macam konsert, telan belanja hampir RM1 Juta!. Majlis sunat macam konsert telan belanja RM856,000 tarik perhatian netizen. Sebuah majlis berkhatan di Bandung, Indonesia menjadi perhatian ramai kerana disambut secara besar-besaran sehingga kelihatan seperti acara konsert selain turut menelan belanja sebanyak 3 bilion rupiah (RM856,029), lapor portal berita Wolipop.

Berdasarkan hantaran tular di laman TikTok, majlis berkhatan itu dihiasi pentas besar dan disertai oleh kumpulan muzik Koplo dari Tuban, Jawa Timur.

“Menjadi sebahagian daripada majlis mewah anjuran orang kaya. Acara selama empat hari dan empat malam,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.

Wolipop menghubungi individu yang memuat naik hantaran tersebut bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai acara itu.

Menurut Gito yang merupakan pemilik Pixel Visualindo, acara itu diadakan oleh hartawan dari Bandung yang memiliki perniagaan angkringan (warung tolak) terkenal di Kota Kembang.

Majlis sunat macam konsert telan belanja RM856K tarik perhatian netizen

Majlis Berkhatan dah macam konsert, telan belanja hampir RM1 Juta!

“Daripada maklumat yang saya tahu, kos majlis itu ialah 3 bilion rupiah (RM856,029),” kata Gito.

Tambahnya, majlis berkhatan itu berlangsung selama empat hari.

“Tujuan keluarga berkenaan menganjurkan acara berkhatan yang meriah sebegitu adalah kerana mempunyai ramai tetamu selain mahu memberikan hiburan kepada penduduk setempat,” jelasnya.

Tambah Gito, ia turut kelihatan seperti acara konsert kerana mempunyai pentas besar, sistem bunyi dan multimedia.

@gitopixel Jadi bagian dari hajatan sultan .. 4 hari 4 malam Di angkringan Teh Ita , support multimedia , Led , Lighting System #adella #angkringantehita #tehita #lalawidy #omadella ♬ Aa Ulah Depo Wae – rhoma irama

“Saya berasa seperti berada di sebuah festival muzik dipenuhi bakat-bakat tempatan yang membuat persembahan,” ujar Gito.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Ini yang dinamakan bersedekah untuk menghiburkan diri sendiri dan orang lain,” kata seorang pengguna media sosial.

BACA: 

Ibu bapa M40 sebak dapat bantuan RM150, “jarang golongan kami dapat macam ni..”

Netizen puji usaha Shuk buat aksi mesra pujuk Sera masa umrah

Tahun 2023: Laporan sahkan gaji pekerja Malaysia bakal naik sehingga 20 peratus

CATEGORIES