Majikan rugi RM 3.2juta selepas pecat pekerja

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Majikan alami kerugian sebanyak RM 3.2 juta selepas seorang bekas kakitangan memadam pelayar maya yang digunakan untuk menguji perisian sebelum pelancaran.

Kandula Nagaraju (39 tahun) telah dijatuhi hukuman penjara selama 32 bulan kerana melakukan jenayah siber ini.

Beliau dipecat oleh NCS pada Oktober tahun lalu atas alasan tidak memenuhi sasaran prestasi syarikat.

Kesal dengan pemecatan tersebut, beliau pulang ke India selepas gagal mendapatkan pekerjaan baru di Singapura.

Semasa di India, Nagaraju menggunakan komputer riba peribadinya untuk mengakses rangkaian NCS menggunakan akaun pentadbir yang masih aktif.

Majikan rugi RM 3.2juta selepas pecat pekerja

Pada Februari tahun ini, beliau kembali ke Singapura selepas mendapat pekerjaan baru dan pada bulan Mac, beliau menggunakan skrip program untuk memadam kesemua 180 pelayar maya NCS.

NCS hanya sedar bahawa pelayar maya telah dipadam apabila tidak lagi boleh diakses.

Siasatan polis berjaya menjejaki IP Nagaraju dan skrip yang digunakan ditemui dalam komputer riba peribadinya selepas penahanan.

BACA: Lelaki dedah pengalaman dijual kawan sendiri kepada sindiket pemerdagangan manusia