Majikan paling kedekut dalam dunia! Ingatkan terjadi di Zimbabwe rupanya di Malaysia, ini puncanya. Majikan di Malaysia merupakan antara manusia yang paling kedekut di seluruh Asia Tenggara
dari segi bayaran upah apabila hanya membelanjakan 25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk gaji, lapor akhbar utama Utusan Malaysia.
Berbanding dengan jiran serantau, Malaysia hanya menyumbang 25 peratus daripada KDNK dari segi upah kepada pekerja, berbanding Singapura 40 peratus, Indonesia 84 peratus, dan 76 peratus di Filipina.
Angka-angka ini menyumbang kepada saiz penduduk negara-negara yang disebutkan di atas – dengan Malaysia mempunyai 33 juta orang, Singapura 5.6 juta, Indonesia 273 juta, dan Filipina 109 juta orang.
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor menganggap bayaran yang begitu rendah daripada majikan di negara ini tidak masuk akal kerana syarikat di Malaysia mempunyai kemampuan untuk membayar upah pekerja lebih tinggi daripada gaji minimum RM1,2000.
Majikan di Malaysia paling kedekut di seluruh Asia Tenggara
“Mereka sering berkata sekarang bukan masa sesuai untuk menaikkan gaji minimum ke RM1,500 kerana kesukaran ekonomi dan Covid-19. Alasan ini sudah menjadi standard, sedangkan kerajaan telah mendahulukan pelbagai jenis bantuan bernilai berbilion ringgit.
“Majikan sepatutnya menjadikan masyarakat berkuasa beli, bukan memberikan masyarakat kuasa berhutang. Apabila bayar gaji rendah, ini membuka ruang untuk berhutang, pekerja terpaksa buang masa kerja lebih masa.
“Bayangkan, majikan Malaysia hanya membelanjakan 25 peratus daripada KDNK untuk membayar gaji pekerjanya, Malaysia sudah menjadi negara paling kedekut di Asia Tenggara,” katanya kepada Utusan Malaysia
BACA:
Ini senarai bahan pelik digunakan masa nak buat KLCC, kalau korang tahu mesti taubat tak nak naik