MAIS sahkan tidak akan iktiraf pasangan kahwin luar negara. Pasangan memilih berkahwin di luar negara termasuk Thailand bukan sahaja boleh didenda malah bakal berdepan kesukaran selagi mereka tidak mengesahkan status perkahwinan di negara ini.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pasangan berkahwin tanpa kebenaran pihak berkuasa agama negeri turut berdepan pelbagai risiko di masa akan datang.
“Apabila mereka akad nikah di negara luar, mereka akan kena bayar denda di sini, terpaksa pergi ke mahkamah dan akan dikenakan denda untuk mendaftarkan dan mengesahkan mereka berkahwin.
“Jabatan-jabatan agama Islam di sini, dari segi undang-undangnya juga tidak mengiktiraf (perkahwinan) mereka, walaupun mungkin dari segi agama adalah sah kahwin, cukup syarat dan sebagainya.
“Dari segi peraturan dan undang-undang negara termasuk Selangor, jika sekiranya mereka berkahwin di luar negara dan tidak didaftarkan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), jadi kita tidak akan mengiktiraf mereka,” katanya.
a peserta konvoi prihatin mangsa banjir ke Terengganu dan Kelantan.
Abdul Aziz ditemui pemberita selepas melakukan perlepasan konvoi prihatin mangsa banjir ke Terengganu dan Kelantan MAIS bersama agensi dan anak syarikat MAIS di lobi Bangunan Sultan Idris Shah di sini pada Ahad.
Hadir sama, Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar.
Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, anak hasil pernikahan pasangan terbabit juga akan berdepan kesukaran untuk melangsungkan perkahwinan sekiranya kedua ibu bapanya tidak mendaftarkan perkahwinan mereka.
“Misalnya anak nak kahwin, hasil nikah (luar negara) itu, kita kena semak, sama ada perkahwinan itu ada daftar di JAIS, kalau tak ada kita tidak boleh, kena pergi mahkamah untuk mengesahkan dan mungkin akad nikah balik.
“Itu sebagai contoh, atau pun dari segi urusan pembahagian harta pusaka pun tak boleh dilakukan sebab kita tidak mengiktiraf dari segi undang-undang dari segi peraturan kalau mereka kahwin di luar negara,” katanya.
Beliau menambah, pihak berkuasa agama negeri juga tidak pernah menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak yang menguruskan pakej perkahwinan di luar negara dengan dakwaan mendapat kebenaran pihaknya.
“Walaupun dalam pakej (diedarkan) tersebut tulis diiktiraf negara kita, saya tak pasti dan saya tidak fikir Selangor ada kerjasama seperti itu kerana ruang terbuka luas untuk kita yang hendak kahwin di sini,” katanya.
BACA JUGA :
Presiden UMNO: KJ sahkan bertanding lawan Zahid
Jalan di Selangor akan diturap secara besar-besaran tak lama lagi
Shuk tunai umrah dengan isteri – “nervous tapi happy sangat!”
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio