Mahu hidup cashless, lelaki nekad tanam cip kad bank di tangan

Mahu hidup cashless, lelaki nekad tanam cip kad bank di tangan

Mahu hidup cashless, lelaki nekad tanam cip kad bank di tangan. Pada ketika ini, anda boleh membuat pembayaran dengan lebih bergaya menggunakan Apple Pay menerusi Apple Watch. Bagaimanapun, ada sebahagian individu yang sanggup mengambil langkah ekstrem untuk tampil lebih advanced berbanding orang lain dengan menanam mikrocip di dalam badan mereka.

Menerusi laporan The Sun, Arnie Szoke kini muncul sebagai individu pertama di Britain yang mendapatkan implan mikrocip beserta kad bank di bawah kulitnya supaya boleh membuat pembayaran menggunakan tangan. Beliau telah membelanjakan £350 (~RM1,877) untuk mendapatkan implan di Jerman.

Szoke yang berkerja sebagai pembantu kesihatan bersama agensi Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) berkata juruwang dan pelanggan lain di kedai terkejut melihat bagaimana cara pembayaran unik yang dibuat olehnya. Orang ramai sangat kagum dengan pembayaran menggunakan tangan secara terus itu.

Mikrocip itu menggunakan teknologi kad tanpa sentuh dengan medan magnet yang memindahkan data kepada alat pengesan. Pakar bedah perlu membelah bahagian sisi tangan untuk meletakkan cip keselamatan bersaiz pin yang berukuran setebal setengah milimeter sebelum menjahitnya semula dalam masa lima minit.

Dalam pada itu, beliau juga mengatakan perlu membiasakan diri dalam memahami posisi yang tepat untuk membuat pembayaran secara tanpa tunai itu. Hal ini kerana cip itu agak kecil dan perlu diposisikan pada terminal dengan betul dan beliau kini sudah selesa menggunakan tangannya untuk membayar barang dalam seharian.

Mahu hidup cashless, lelaki nekad tanam cip kad bank di tangan

Bagaimanapun, isteri beliau tidak mahu memiliki implan pada tangan sepertinya. Cip berharga £220 (~RM1,179) ini telah dibina oleh syarikat British-Poland namun mempunyai tamat tempoh seperti kad bank biasa. Szoke malah perlu menggantinya dalam operasi kedua dengan kos £130 (~RM696) pada 2029.

BACA:

Reka bentuk Chery buat rakyat Malaysia tak keruan, “kalah Honda HRV ni!”

‘Influencer’ iras anak patung ini bakal takluk kerusi Parlimen Batu

Caprice akui ada masalah mental, terpaksa jumpa psikiatri

CATEGORIES