Mahkamah benar Tommy Thomas batal saman Najib

Mahkamah benar Tommy Thomas batal samam Najib

Mahkamah benar Tommy Thomas batal saman Najib. Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas untuk membatalkan saman difailkan Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan salah laku dalam jawatan awam.

Najib memfailkan saman itu pada 22 Oktober tahun lalu bagi menuntut ganti rugi RM1.9 juta kerana mendakwa Thomas dan kerajaan menyalahgunakan kuasa dengan mengemukakan pendakwaan terhadapnya dalam beberapa kes termasuk kesalahan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Datuk Ahmad Bache membenarkan permohonan Thomas selepas mendapati saman yang difailkan Najib tidak boleh dipertahankan berikutan ia adalah remeh, menyusahkan dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Beliau berkata, Thomas ketika itu adalah peguam negara kerajaan dan bukannya peguam negara politik yang menjalankan kuasanya dengan bebas berdasarkan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan beliau mempunyai kuasa budi bicara yang luas untuk menjalankan pendakwaan.

Katanya, tindakan undang-undang yang mencabar kuasa peguam negara juga tidak boleh dibicarakan di mahkamah dan peguam negara mempunyai imuniti daripada disaman.

Mahkamah benar Tommy Thomas batal samam Najib

Thomas dan kerajaan melalui notis difailkan pada 18 November tahun lalu, memohon mahkamah membatalkan saman berkenaan dengan alasan jika diteruskan dan didengar akan menyebabkan kes jenayah terhadap Najib yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi akan tergendala.

Kedua-dua defendan itu berkata, saman berkenaan juga adalah tindakan serangan sampingan oleh Najib bagi menghalang pendakwaan jenayah terhadapnya.

Bagaimanapun pada 8 September lalu, Najib menarik balik saman berkenaan terhadap kerajaan.

BACA:

Tak sangka ini respon Tun M selepas Anwar angkat sumpah PM-10

“Tak sia-sia saya kena maki” – Abby Abadi luah perasaan

TPM dari BN dan GPS akan dilantik – Anwar

CATEGORIES