“Made in Janda Baik”, Fizo Omar suruh tengok video kejutan sampai habis

“Made in Janda Baik”, Fizo Omar suruh tengok video kejutan sampai habis. Fizo Omar tampil menjelaskan maksud sebenar rakaman video yang menyebut ‘Made in Janda Baik’ sehingga mengundang rasa kurang senang segelintir pihak termasuk netizen.

Fizo berkata, dia tidak menyangka apabila perbualan spontan bersama isterinya, Fazeera Nazri itu dijadikan tajuk utama sesetengah portal berita.

“Saya akui terkejut apabila perkataan ‘Made in Janda Baik’ dijadikan tajuk berita sesetengah portal online.

Made in Janda Baik, Fizo Omar suruh tengok video kejutan sampai habis

“Sebenarnya saya tak tahu menahu mengenai kejutan yang dibuat. Lagipun kami baru sebulan berkahwin dan tiba-tiba dia (isteri) beri saya kit ujian. Mulanya, saya ingatkan kit ujian saringan Covid-19 sebab dia beritahu positif.

“Tapi lain pula yang berlaku apabila dia maklumkan sedang berbadan dua. Perasaan saya ketika itu bercampur baur sebab kami baru bercadang nak pergi berbulan madu.

“Sebenarnya apa yang keluar daripada mulut saya sangat spontan dan ia hanyalah gurauan antara suami dan isteri memandangkan saya kerap ke Janda Baik untuk urusan perniagaan,” katanya.

Menurut Fizo, dia memohon maaf sekiranya video yang dikongsi itu menimbulkan rasa kurang senang dan berharap orang ramai dapat menonton video yang dimuat naik terlebih dahulu.

“Kalau orang tengok video yang dikongsikan sampai habis, saya percaya rata-rata akan mengatakan ia hanyalah gurauan antara suami dan isteri.

“Saya harap netizen di luar sana dapat menonton keseluruhan video yang dikongsikan dan faham maksud sebenar. Saya tiada niat nak ketengahkan perkataan itu tapi saya faham mungkin cara itu dapat menarik perhatian pembaca,” katanya.

Dalam masa sama, Fizo memaklumkan kandungan isterinya kini sudah memasuki trimister kedua.

“Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya, isteri dan anak sulung, Wan Maryam yang begitu gembira dan teruja menunggu kehadiran adiknya.

“Boleh dikatakan setiap hari Cik Yam (panggilan Wan Maryam) tanya bila adiknya nak keluar daripada perut umi,” katanya.

Terdahulu Fizo dikatakan tidak sensitif dan seolah-olah membuka cerita dalam kain gara-gara memuat naik rakaman video yang menyebut ‘Made in Janda Baik’.

Fizo bertemu jodoh kali kedua dengan Fazeera dan bernikah pada 21 Oktober tahun lalu dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Terdahulu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim pada 2013 dan bercerai pada Julai 2019. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan Wan Maryam, kini berusia lima tahun.

Tonton:

Baca:

Ini yang akan terjadi kepada kita jika bumi berhenti berputar

“Dah kenapa mata isteri Aliff Syukri berdarah ni? Dah macam pontianak…”

Takut rugi, pengusaha ini mengaku sembunyikan berjuta paket minyak masak

CATEGORIES