Macam tak percaya bila Noorkhiriah dedah umur dia sampai Ustazah Asma pun terkejut

Oleh AHMAD SULAIMAN

Siapa yang tidak mengenali Noorkhiriah Ahmad Shapie atau lebih dikenal sebagai Noorkhiriah?

Beliau ialah seorang artis dan pelawak yang terkenal di seluruh Malaysia.

Namanya menjadi terkenal di dalam dunia seni tempatan kerana telah meraih gelaran Artis Komedi Wanita Popular ABPBH sebanyak tiga kali berturut-turut.

Macam tak percaya bila Noorkhiriah dedah umur dia sampai Ustazah Asma pun terkejut

Bermula dari tahun 1999, perjalanan kerjayanya yang berterusan telah menjadikan Noorkhiriah sebagai seorang wanita yang gigih dan tegar.

Noorkhiriah sekarang lebih gemar menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan di Malaysia kerana kini dia ingin mencari kebahagiaan abadi bersama rakan-rakan yang boleh memberikan sokongan dan mengingatkannya tentang kehidupan akhirat selepas ini.

“Saya Lagi Tua Dari Ustazah”
Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok @norkhiriah77 telah menjadi perbualan hangat. Video tersebut telah ditonton sebanyak 627 ribu kali, mendapat 26 ribu tanda suka, dan menerima 200 komen.

Dalam video itu, Noorkhiriah ditanya tentang umurnya oleh Ustazah Asma Harun kerana dia kelihatan lebih muda dari sepatutnya.

“Tak berubah ke, umur berapa”-tanya Ustazah Asma Harun

“Saya lagi tua dari Ustazah, doakan saya ustazah, saya lagi 3 tahun nak 50 tahun”-kata Noorkhiriah

Kebanyakan netizen turut menunjukkan reaksi yang serupa dengan Ustazah Asma Harun kerana terkejut mendengar umur Noorkhiriah.

Mereka terkejut kerana Noorkhiriah tetap muda seperti zaman dahulu.

“Ustazah Asma terpegun sebab Noorkhiriah memang nampak muda tak berubah, saya pun suka tengok muka nur”

“Wehhh aku ingat dia awal 40 hahaha adoi”

“Seriusss ni?? saya ingat akak masih dalam 30an”-kata mereka

Walau bagaimanapun, marilah kita berdoa untuk yang terbaik bagi diri kita sendiri dan orang lain supaya masa yang kita miliki ini dapat dihabiskan dengan melakukan perkara yang memberi manfaat.

Semoga kita semua mendapat keberkatan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

Baca:“Aku dah kahwin dan bahagia pada mulanya tapi entahlah, sejak dua menjak ini perasaan aku berbolak balik terhadap isteri”