Seorang pengguna Facebook berjaya mencuri perhatian ramai baru-baru ini selepas berkongsi satu taktik rahsia untuk menggoreng kuih Popia Sira Sambal.
Menurut wanita dikenali sebagai Hazirah Zaihan itu, petua diamalkannya akan menjadikan Popia Sira
Yang sesuai dijadikan hidangan menu petang itu akan kekal rangup sehingga ke malam hari.
Berikut perkongsian resepi dan teknik yang betul daripada Hazirah yang dimuat naik menerusi satu hantaran di laman Facebook milik Masak Apa Hari Ini (MAHI).
Bahan untuk inti kuih Popia Sira Sambal
- Sengkuang (sagat)
- Lobak merah (sagat)
- Taugeh (sagat)
- Dua sudu udang geragau
- Lima ulas bawang putih (kisar halus)
Bahan untuk sambal:
- Lima ulas bawang putih (kisar halus)
- Lima sudu cili kisar
- Satu sudu biji bijan
- Sos cili (5 hingga 7 sudu gula ikut selera)
Bahan lain:
Kulit popia
Bawang goreng
Cara penyediaan kuih Popia Sira Sambal:
1. Panaskan minyak dan tumis udang geragau dengan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan sengkuang dan lobak merah dan perasakan dengan garam gula. Goreng sekata kemudian tutup api. Toskan inti bagi keluar minyak dan air.
3. Bagi resepi sambil, tumiskan bawang putih hingga wangi sebelum masukkan cili kisar. Tumis sampai naik minyak dan masukkan sos cili dan serbuk perasa.
4. Jangan masukkan air ke dalam sambal. Kacau rata dan masukkan gula. Tumis sampai keluar buih kemudaim letak bijan dan kacau-kacau. Tutup api biarkan sejuk.
5. Inti yang sudah sejuk boleh dibalut menggunakan kulit popia. Goreng dengan minyak banyak bersama api sederhana. Jangan terlalu kuat.
6. Setelah siap goreng, sejukkan sebentar. Akhir sekali boleh gaul popia dengan sambal sira. Tabur bawang goreng siap untuk dihidangkan.
Baca juga Sebelum jadi pusat pentadbiran kerajaan, ini sejarah kawasan asal sebelum jadi Putrajaya