‘Macam dah lain muka Zarina, cantik yang dulu’ – netizen

‘Macam dah lain muka Zarina, cantik yang dulu’ – netizen

‘Macam dah lain muka Zarina, cantik yang dulu’ – netizen. Enggan bergantung pendapatan dengan kerjaya lakonan semata-mata, aktres ini bijak menggunakan bakat yang ada untuk menceburi bidang perniagaan makanan.

Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon hebat Zarina Zainudin, kecekalan wanita tabah ini dalam meniti kehidupan seharian nyata mencetus inspirasi. Dalam kesibukan menguruskan dua anak istimewanya namun Zarina Zainuddin tetap ligat merancang masa depan dengan segala kudrat yang ada.

Perniagaan pulut kuning yang diusahakan Zarina Zainuddin bukan lagi rahsia. Saban tahun, dia ligat mencari pelbagai idea baharu untuk melariskan jualan. Yang pasti, bisnes pada mulanya sekadar ‘suka-suka’ kini berkembang maju dan meraih pulangan menguntungkan.

'Macam dah lain muka Zarina, cantik yang dulu' - netizen

Terdapat juga sesetengah netizen mengatakan itu hanyalah sekadar ‘filter’ yang menampakkan hidung semakin mancung.

Terbaharu, pelakon Zarina Zainudin telah berkongsi satu video mempromosikan jualan pulut kuning di sebuah booth di Singapura. Malah, apa yang menarik perhatian apabila ramai yang berperasan terdapat perubahan pada bentuk hidung pelakon tersebut.

Rata-rata netizen tidak ketinggalan memenuhi ruangan komen dengan mengatakan wajah terdahulu kelihatan lebih cantik berbanding dengan wajah terkini. Apapun, setakat ini pelakon tersebut tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dengan perubahan wajah tersebut.

BACA JUGA : 

Ekonomi mencabar 2023, Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri gesa rakyat berjimat

Pernah buat kapal satu dunia jam teruk, Evergreen beri bonus 52 bulan kepada pekerjanya

Covid makin parah di China, Sabah wajibkan ujian saring pelancong

CATEGORIES