Macam ada ‘orang dalam’ yang bocorkan waktu penghantaran stok emas, wanita ini rugi RM1.8 juta emas 7kg kena rembat

Oleh INFORAKYAT

Macam ada ‘orang dalam’ yang bocorkan waktu penghantaran stok emas, wanita ini rugi RM1.8 juta emas 7kg kena rembat.

Dua pekerja pembekal emas bagi sebuah kedai emas di Pekan Kuala Pilah trauma apabila 7 kilogram (kg) emas dilarikan dua lelaki bertopeng

dalam kejadian samun di lorong belakang sebuah kedai emas, di sini hari ini.

Macam ada 'orang dalam' yang bocorkan waktu penghantaran stok emas, wanita ini rugi RM1.8 juta emas 7kg kena rembat

Dalam kenyataan dan hebahan yang tular dalam kejadian pada pukul 11.37 pagi tadi, dua individu bertopeng dan bersenjatakan parang melarikan emas dianggarkan bernilai RM1.8 juta.

Perompak menaiki dua kereta jenis kereta Toyota Altis dan Toyota Camry sebelum melarikan diri sebaik melakukan samun.

Video kejadian itu tular di media sosial dan polis masih menjalankan siasatan selain giat memburu individu berkenaan.

Sementara itu, Pengurus Kedai Emas Nur Jannah Kuala Pilah, Noorhasliza Abd Rahman berkata, mereka mengetahui kejadian berkenaan sebaik dimaklumkan dua kakitangan pembekal yang terus ke kedai mereka selepas disamun.

Menurutnya, kejadian berlaku di lorong belakang serta parkir kedai dan bukanlah berlaku di dalam premis Nur Jannah.

 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintendan Syahrul Anuar Abd. Wahab ketika dihubungi menyatakan kenyataan media berhubung kejadian berkenaan akan diberikan selepas

BACA:

Risau anak lelaki dianiaya lepas kahwin, bapa ‘grill’ calon menantu siap tanya kalau kakak gaduh dengan adik siapa minta maaf dulu

Asyik lupa renew lesen tapi tarikh birthday je ingat? Kini lesen memandu boleh renew sampai 10 tahun!