Luna Maya dedah pernah curang, puncanya memang tak masuk akal

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Tanpa rasa bersalah, pelakon Luna Maya mengakui pernah bersikap curang dalam hubungan yang lalu.

Walaupun enggan mendedahkan identiti bekas kekasihnya, Luna menjelaskan bahawa tindakan tersebut dilakukan kerana dia merasa bosan.

“Tak pernah curang? Ruginya! Saya pernah curang dulu,” ujar Luna.

Kini, Luna sedang menjalin hubungan cinta dengan Maxime Bouttier.

“Saya buat sebab bosan, lagipun saya masih muda waktu itu,” katanya dalam sebuah sesi podcast di Indonesia.

Luna Maya dedah pernah curang, puncanya memang tak masuk akal

Luna juga berpendapat bahawa perbuatan curang bukanlah satu masalah besar, kerana pada masa itu hubungan mereka masih dalam peringkat mengenali hati budi.

“Tapi masa tu kami belum berkahwin. Kalau setakat bercinta, saya rasa tak ada masalah. Namun, setelah saya tertangkap curang, hubungan kami pun berakhir, dan saya akui saya sedih,” jelasnya.

Luna kini sedang menjalinkan hubungan serius dengan aktor Maxime Bouttier sejak dua tahun lalu.

Untuk rekod, Luna pernah bercinta dengan penyanyi Ariel Noah sekitar 2010, namun hubungan mereka tidak bertahan lama disebabkan beberapa faktor yang dirahsiakan.

BACA: Michelle Yeoh dedah perkara yang mengejutkan tidak mampu miliki zuriat