Logiknya bila dah jadi kerajaan makin mudahlah pinda RUU355 – Hanipa

Logiknya bila dah jadi kerajaan makin mudahlah pinda RUU355 – Hanipa

Arakian, satu waktu dahulu berkatalah seorang YB @ ostad bahawa ” siapa pun yang mengatakan pinda Akta 355 harus, sunat ke, makruh ke, haram ke saya nak ajak berhujah dengan saya. Saya berani berhujah pinda Akta 355 adalah WAJIB !!!!”

Itu antara sedutan ucapan verbatim Menteri Parti Ehem yang antara tugasnya jaga kelapa sawit sebab kelapa sawit itu anugerah Tuhan!

Tapi….tak dan/sempat nak berhujah dengan Menteri tu, tup-tup seorang lagi Timbalan Menteri parti ehem yang jaga agama pula berkata dalam Dewan Rakyat ketika “TIDAK JAWAB” soalan YB Tampin bahawa Gomen Tebuk Atap yang Khianat Mandat Rakyat ( yang parti ehem adalah sebahagian daripada Gomen tersebut ) TERBUKA dengan cadangan penambahbaikan …. walaubagaimanapun cadangan ini memerlukan pertimbangan dan penelitian secara menyeluruh bagi memastikan cadangan tersebut selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan”.

Aisey, lain macam pula bunyi sekarang. Macam dah TERBUKA tembelang je- mak datuk busuknya aroma!

Dulu-masa jadi pembangkang-lantang “menjerit” dan berkata bahawa meminda Akta 355 adalah WAJIB.

Maka beribu-ribu berkumpul di Padang Merbuk sehingga ada yang naik basikal untuk datang ke Padang Merbuk. Ramai yang hadir di Padang Merbuk itu ” berfatwa” bahawa adalah wajib sokong pindaan kerana pemimpin kata ianya WAJIB.

Ehem..tapi itu DULU, masa tak ada kuasa. SEKARANG dah ada kuasa. SEKARANG dah ada beberapa orang menteri dalam Gomen Tebuk Atap termasuk Menteri yang kata pinda Akta 355 itu WAJIB dan menteri yang pernah bentang pindaan RUU 355 di Parlimen tapi tak pernah bahas jauh sekali lulus dan ada Menteri MEWA yang jadi orang nombor dua dalam parti ehem . Malahan ada duta khas PM gomen tebuk atap lagi.

Logiknya, jika belum ada kuasa amat SENANG berkata-kata, sudah tentu bila sudah ada kuasa lagi SENANG nak pinda – kan kerja pindaan itu ibarat JIHAD sebab WAJIB!

Pindalah segera ! Takkan nak biarkan ruh perhimpunan keramat di Padang Merbuk sekadar hanya jadi ruh berpesta himpunan jersey ungu semata-mata!

Takkan nak guna alasan Perlembagaan pula sekarang ni? Kan dulu masa kata pindaan Akta 355 itu WAJIB dan masa berhimpun sakan dengan pakai jersey UNGU , masa tu pun Perlembagaan Persekutuan yang kamu sebut sekarang ni pun duduk kekal Perlembagaan itu juga- yang sama dan tidak berubah !!!!

Sumber :

COMMENTS