Lizzy dedah sesuatu pasal suaminya yang buat ramai geram, “ada perempuan mesej pukul 3 pagi..”. Sejak kebelakangan ini, isu orang ketiga banyak berlaku dan dikongsikan di media sosial. Pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan juga baru-baru ini mendedahkan suaminya juga pernah diganggu oleh orang ketiga sewaktu awal perkahwinan mereka.
Menurut Elizabeth, suaminya iaitu Dr Siew Jim pernah menerima kiriman mesej di Instagram daripada seorang wanita yang mengajaknya untuk bertemu pada jam 3 pagi. Namun begitu, lelaki itu berterus terang dan bersikap jujur apabila dia menceritakan perkara itu kepada Elizabeth sendiri.
“Mujur suami berterus terang mengenai gangguan dari wanita itu dan isu itu dapat diselesaikan dengan cepat. Malah, wanita itu juga tidak berani menghubungi suami saya lagi sampai sekarang.”
Jujur adalah kunci kebahagiaan
Tambah Elizabeth lagi, sikap jujur dan saling mempercayai satu sama lain adalah kunci kebahagian dalam rumah tangganya yang dibina sejak dua tahun lalu. Malah suaminya itu juga sangat memahami karier seninya sebagai pelakon di mana dia perlu banyak bergaul dengan pelakon lelaki semasa berada di set penggambaran.
“Begitu juga saya tidak mengongkong suami untuk bertemu dengan rakan wanitanya di luar. Namun bila sudah berkahwin, saya juga mengingatkan suami perlu tahu batasnya dalam pergaulan dengan wanita lain.”
Semasa ditanyakan tentang soal anak pula, Elizabeth atau mesra dipanggil Lizzy ini memberitahu dia sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata pada tahun ini. Pada usia yang hampir mencecah 30 tahun, dia percaya sudah sampai masanya untuk mereka memiliki anak bagi mengeratkan lagi ikatan rumah tangga.
View this post on Instagram
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.
BACA:
Pelaburan makin mencanak naik bawah PMX, Intel pula nak labur RM30 Billion
Fakta patung Buddha di Kelantan lebih besar dari patung di Brazil kejutkan netizen