Lipan suka kawasan lembab dan sejuk, ini cara paling berkesan basmi lipan pasti jadi

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Kehadiran lipan berbisa sudah menjadi perkara biasa di beberapa bilik air disebabkan oleh kecenderungan mereka terhadap kawasan yang lembap dan sejuk.

Biasanya, lipan yang muncul adalah yang masih dalam peringkat kecil.

Disarankan agar tidak menunggu lipan tersebut membesar sebelum menghapuskan mereka,

Lipan suka kawasan lembab dan sejuk, ini cara paling berkesan basmi lipan pasti jadi

kerana gigitan mereka berbisa boleh menjadi ancaman kepada kita.

Mari kita lihat perkongsian dari pakar kawalan haiwan perosak yang dikenali sebagai Naim AJ Pest tentang cara yang berkesan untuk mengusir dan membasmi lipan yang menghuni bilik air anda.

1) Bilik air yang kering

Pastikan tandas ada pengudaraan yang baik supaya ia cepat kering selepas setiap kali digunakan. Lipan memang sukakan tempat yang lembab dan sejuk iaitu bilik air.

2) Tabur garam

Taburkan garam di tempat yang selalu ada lipan tetapi tidak digalakkan di bilik air. Kesannya akan cepat hilang kerana keadaan yang basah. Sesuai sekiranya di dapur, beranda atau luar rumah.

3) Semburan cecair pencuci pinggan

Sediakan botol penyembur, kemudian bancuh cecair pencuci pinggan dan masukkan ke dalam botol.

Sembur di kawasan yang lembab atau boleh sembur terus pada lipan yang kelihatan. Lipan yang terkena semburan ini akan mati apabila air sabun mengering.

4) Dapatkan khidmat kawalan haiwan perosak

Petugas yang bertauliah akan menyembur secara berjadual di rumah. Semburan dari racun itu mempunyai kesan berpanjangan.

Setiap kali lipan lalu berhampiran kawan semburan, ia akan terus mati. Termasuklah haiwan melata yang lain juga.

BACA: Semua kakitangan syarikat ini dapat bonus RM20k sempena Tahun Baru Cina