Lihat isu Rohingya dari sudut kemanusiaan, bukan sentimen kaum atau agama

Lihat isu Rohingya dari sudut kemanusiaan, bukan sentimen kaum atau agama

Dalam isu Rohingya ini, Pendirian aku sama seperti pendirian Berkenaan Etnik Uighur melibatkan tuntutan .kemerdekaan “Turkestan Timur” ETEM… atau kelompok tamil Eelam melalui pergerakan LTTE…Abu sayaf melibatkan Etnik Moro.. dan suatu ketika GAM di Acheh Indonesia, juga PULO di Patani..

Kebanyakan gerakan mereka ini menuntut kemerdekaan..mereka menuntut wilayah yang kononnya pada sudut sejarah ianya pernah menjadi wilayah jajahan dan Kesultanan mereka dulu..

Sudah pasti negara mana pun, akan bertindak keatas mereka..hatta Junta Myanmar, mahupun kerajaan Komunis China kepada etnik Uighur..hatta Tentera Nasional Indonesia sendiri biasa bertindakan keatas pejuang gerakan Acheh Merdeka(GAM)..

Itu sebab nya aku sejak dulu tak bersetuju dengan sebahagian perjuangan , kelompok NGO yang cuba membangkitkan sentimen Agama dan kaum, samamada menyentuh kononnya melibatkan Pengganas Budha..mahupun kekejaman Komunis di China..

Kita harus melihat dari sudut Politik… Bukan terperangkap dengan agenda barat dengan memainkan sentimen Perkauman dan Agama.. Syria ,Iraq hancur atas sebab sentimen ini, mereka bakar soal Sunni Syiah..suatu ketika PAS dan UMNO mainkan sentimen Pengganas Budha mahu Komunis..

Samada isu LTTE,Rohingya, GAM,Abu Sayaf hatta ETEM adalah satu gerakan Politik.. dalam mana mana negara, Kerajaan yang sah akan bertindak kepada sebarang unsur dan gerakan kemerdekaan.. Bukan soal Komunis China itu anti Islam.. tidak.. ini sebab Politik..

hatta dalam peristiwa Lahad Datu, Kerajaan Malaysia bertindak sama sepertimana kerajaan lain kepada Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo kepimpinan Jamalul Kiram yang memuntut Wilayah mereka di Sabah..

Dalam isu Rohingya.. kita melihat dari kacamata Politik dan kemanusiaan.. begitu juga Uighur…Ia bukan soal Budha dan Komunis menentang Islam.. dan alat paling ampuh, dengan memainkan sentimen kebencian kaum dan Agama ini..

tu sebab dulu aku tak setuju himpunan Najib dan Haji Hadi di Stadium Titiwangsa.. Bukan tak sokong Etnik Rohingya dibela.. Tetapi itu bukan caranya.. Sebagai Kerajaan kita kena guna kuasa, Saluran Diplomatik menyatakan pandangan sebagaimana yang dilakukan Tun Mahathir di pentas PBB.. bukan menjerit dan beretorik menjerit di dalam Stadium..

Pun begitu..bila berlaku kematian pelarian Rohingya di atas sebab tindakan kerajaan Malaysia , yang aku pertikai bukan soal hak dia untuk duduk di Malaysia..tapi soal Kemanusiaan..Dua perkara berbeza… kita boleh berbeza pandangan soal mereka itu patut kita terima atau tidak..mahupun mereka itu dihantar balik.. Tetapi bukan dengan menghina sesama muslim..

Malah kalau dalam tongkang itupun mereka itu warga Israel..kita kena selamatkan mereka dari bahaya atas sifat kemanusiaan..Bukan membiarkan mereka mati kelaparan dan kelemasan.. jangan alihkan soal PATI, Pekerja Asing bagai..takda kena mengena…semua tu berlaku bukan sebab rohingya pun, sebab kelemahan Kerajaan sejak dulu..

Pelik aku cerdik pandai boleh terperangkap dengan mainan Ashabiyah, kebencian Agama.. apalagi menghina mereka sebagai pengotor, Pemalas. Perogol..lalu menyokong tindakan yang menyebabkan kematian mereka… Menyelamatkan nyawa manusia itu lebih utama..tak malukah kita ada negara Kafir seperti Italy, germany menyelamatkan pelarian Libya dan Syria..

Tak malukan Ummat Islam menyebarkan kebencian seperti itu ? ni bukan apa..dah selalu sangat label Syiah laknatullah..Yahudi laktullah.. kalau cina jer..Komunis, begitu juga kebencian kepada DAP..sampaikan kebencian atas sebab sejarah dan pengalaman peribadi lalu jadi alasan menyokong usaha menyebarkan Kebencian kaum dan Agama..

jangan kata Rohingya..Kalau Yahudi sendiri kita tak boleh hina.. apapun sejarah silam depa..Sebab kita kena bezakan yahudi dan Zionis..Yahudi dan Kristian itu mereka sendiri beriman dengan Agama Nabi Nabi kita..

Tu sebab aku kata dari dulu..Selagi mana Ummat Islam masih tebalnya semangat Ashabiyah, Sentimen kaum dan Agama..selagi itu lah kita tidak akan maju.. Ummat Melayu ni sampai bila akan dibodohkan UMNO dan PAS..

Ipohmali

Sumber :

COMMENTS