Liat nak bayar hutang, akhirnya Pas bayar hutang RM659000 pada bekas pencetak Harakah

Oleh AHMAD SULAIMAN

PAS akhirnya menyelesaikan sejumlah hutang yang berjumlah lebih daripada RM659,000 kepada bekas pencetaknya, iaitu akhbar rasmi parti tersebut, seperti yang diputuskan oleh mahkamah.

Menurut sumber, pembayaran tersebut dibuat melalui serahan cek kepada peguam yang mewakili NAJ Press Resources (M) Sdn Bhd pada 7 Mac lalu.

Pada 5 Disember tahun lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan tawaran NAJ Press Resources untuk penghakiman ringkas

Liat nak bayar hutang, akhirnya Pas bayar hutang RM659000 pada bekas pencetak Harakah

(keputusan tanpa perbicaraan penuh), dan memerintahkan PAS serta dua yang lain membayar RM656,233.69 kepada pencetak tersebut.

Walaupun PAS telah memfailkan rayuan pada 14 Disember, mereka akhirnya menarik balik rayuan tersebut terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Peguam yang mewakili NAJ Press Resources, Putra Taulan Rasul, mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi, dan menyatakan bahawa pihak PAS juga telah menyelesaikan bayaran penghakiman serta menarik balik rayuan mereka.

Terdahulu, satu surat dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, yang memohon sumbangan untuk menyelamatkan Harakah bagi membiayai perintah pembayaran mahkamah kepada NAJ Press Resources.

Bagaimanapun, kesahihan surat tersebut tidak dapat dipastikan selepas beberapa pimpinan PAS yang dihubungi tidak memberikan sebarang respons.

Sebagai catatan, pada Ogos 2019, menurut laporan Malaysiakini mendedahkan pertikaian hutang yang melibatkan Harakah dan dua pencetaknya ketika itu – Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd dan NAJ Press Resources.

Jumlah hutang dengan Angkatan Edaran dilaporkan berjumlah lebih daripada RM2 juta, namun syarikat tersebut telah diisytiharkan muflis.

Bagaimanapun, pengurusan yang sama menubuhkan NAJ Press Resources sebagai pengganti dan terus mencetak Harakah. Firma guaman Putra Taulan & Faiq Azizan mewakili NAJ Press Resources.

BACA: Pelanggan booking guna air liur, peniaga kecewa pelanggan tak jadi datang undang reaksi netizen