‘Letih’ Watie jadi bahan kecaman netizen, akhirnya Shuib buka mulut buat makcik bawang terdiam

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

‘Letih’ Watie jadi bahan kecaman netizen, akhirnya Shuib buka mulut buat makcik bawang terdiam.

Sedia maklum, pelawak popular, Shuib Sepahtu baru saja melangsungkan majlis pertunangan bersama kekasihnya, Watie Hanifiah pada 6 Mei Lalu.

Boleh dikatakan selepas saja Shuib memaklumkan bahawa dia sedang bercinta dengan Watie,

'Letih' Watie jadi bahan kecaman netizen, akhirnya Shuib buka mulut buat makcik bawang terdiam

wanita tersebut tidak henti menerima kritikan daripada netizen serta dibandingkan dengan Allahyarham Siti Sarah iaitu isteri pelawak tersebut.

Susulan itu, pelawak serta penyampai radio Suria FM itu berharap agar netizen hentikan membuat perbandingan.

Sarah ada di tempat paling istimewa dalam hidup saya. Watie pun tahu tentang perkara itu.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, tidak adil buat bakal isterinya terus-menerus dikecam kerana wanita itu cuma mahu berada di sampingnya serta anak-anak sahaja.

Selain itu, Shuib berkata tarikh pernikahan mereka pada 23 Jun dipilih tanpa ada sebarang simbolik, sebaliknya mahu mengadakan disatukan pada penghulu segala hari iaitu hari Jumaat.

Sekadar info, Shuib dan usahawan wanita itu telah bertunang pada 6 Mei lalu di kediaman keluarga Watie di Shah Alam, Selangor.

BACA:

Ramai teringin pergi konsert Coldplay tapi harga tiket undang keluhan netizen

Doktor panjat perut ibu sambut bayi lahir sekali lain pula jadi tercabut kepala bayi