Letak cili kering pun beras penuh dengan kutu, guna je bahan ini pasti jadi!

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Bubuk, atau lebih dikenali sebagai kutu beras, sering menjadi musuh utama bagi suri rumah.

Walaupun pada mulanya hanya ada satu ekor dalam bekas beras, namun kutu ini akan berkembang biak dengan cepat.

Keadaan ini pastinya mencetuskan masalah kerana beras yang diserang oleh bubuk akan menjadi kurang enak, lembik, dan mudah basi.

Namun, membuang beras yang tercemar akan menjadi satu kerugian terutama jika bekas beras tersebut masih penuh dan plastiknya baru sahaja dibuka.

Tetapi, terdapat satu petua yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah ini, seperti yang dikongsikan oleh Ae Jaa melalui laman Facebook miliknya.

Letak cili kering pun beras penuh dengan kutu, guna je bahan ini pasti jadi!

Menurut Ae Jaa, bekas beras di rumahnya sudah lama tidak diserang oleh bubuk walaupun telah dibiarkan selama satu bulan.

Beliau menggunakan tiga keping penyerap oksigen di dalam bekas beras yang kedap udara.

Malah, Ae Jaa turut berkongsi bahawa beliau masih menggunakan penyerap oksigen yang sama sejak tiga bulan lalu dan tidak menemui sebarang bubuk di dalam bekas berasnya.

Kaedah ini terbukti berkesan dan menjimatkan kerana penyerap oksigen boleh diperoleh dengan harga serendah RM5 untuk 100 keping.

Walaupun terdapat cadangan menggunakan cili kering dan kayu manis untuk mengusir bubuk dari bekas beras, Ae Jaa menyatakan bahawa kaedah tersebut tidak berkesan baginya, dan beliau tetap setia menggunakan penyerap oksigen sejak setahun yang lalu.

BACA: “Malam lepas nikah, isteri tiba-tiba nak buat benda ni malam tu, berani dia minta sampai mak abah pun sakit kepala