Sebaik sahaja selesai graduasi di institusi pengajian tinggi, setiap individu memulakan langkah ke alam pekerjaan.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang menunjukkan pelajar lepasan ijazah dan diploma yang baru graduasi
disoal mengenai anggaran tawaran gaji yang mereka harapkan apabila mula bekerja kelak.
“Berapa anggaran gaji yang anda rasa sesuai selepas konvokesyen ini?”
Bila ditanya seorang individu kepada sejumlah graduan terpilih.
Dalam video tersebut, kebanyakan pelajar menyatakan jangkaan tawaran gaji yang bakal diterima bermula dari sekitar RM2,500 hingga RM4,000.
Namun, terdapat beberapa respons yang menarik perhatian netizen, di mana mereka mendakwa layak menerima gaji permulaan setinggi RM5,000 hingga RM6,000 dengan alasan kelayakan pelajaran yang tinggi serta kemahiran dan pengalaman yang diperoleh semasa menuntut di universiti.
@umpsamalaysia “Selepas konvokesyen, apakah jangkaan gaji graduan UMPSA? Mari kita bincangkan cabaran dan peluang yang ada! Bagaimana pendapat anda tentang nilai sebenar kelayakan kita di pasaran kerja? #GraduanUMPSA #GajiGraduan #Kerjaya #konvoUMPSA #KonvokesyenUMPSA ♬ Positive background music such as play and games(1251730) – earbrojp
Susulan itu, ramai netizen memberikan nasihat kepada mereka untuk berpijak di bumi yang nyata kerana persaingan yang sengit serta keadaan ekonomi yang semakin mencabar.
Ada juga netizen yang mendedahkan bahawa pada masa ini, ramai graduan lepasan ‘master’ pun belum tentu dapat mendapatkan gaji sebanyak itu, walaupun mereka mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam dalam sesuatu bidang.
Bahkan, ramai yang menjangkakan bahawa majoriti daripada mereka mungkin hanya akan menerima sekitar RM2,500 sebagai gaji permulaan di sesebuah syarikat memandangkan tiada pengalaman yang relevan dalam bidang pekerjaan.
BACA: Najib Razak diarah membela diri, ini kronologi mudah faham kes 1MDB